Seperti mana-mana negara, Malaysia mempunyai beberapa lokasi dan bangunan yang begitu kaya dengan unsur sejarah. Ia menjadi satu khazah warisan dan tarikan utama buat pengunjung yang ingin mengenali atau mempelajari kisah-kisah silam pada zaman terdahulu. Dari kubu hingga ke istana DiRaja, setiap lokasi mempunyai sesuatu untuk dihayati. Berikut Glitz telah menyenarai 15 tempat bersejarah di Malaysia yang harus dikunjungi.
15 Tempat Bersejarah di Malaysia
Contents
- 15 Tempat Bersejarah di Malaysia
- 1. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz (Selangor)
- 2. Galeri Sultan Azlan Shah (Perak)
- 3. A’Famosa (Melaka)
- 4. Masjid Jamek Jalan Dato’Bandar Tunggal (Negeri Sembilan)
- 5. Fort Margherita (Sarawak)
- 6. Masjid Kampung Laut (Kelantan)
- 7. Fort Cornwallis (Pulau Pinang)
- 8. Kuil Sri Maha Mahamariamman (Kuala Lumpur)
- 9. Istana Maziah (Terengganu)
- 10. Istana Pelamin (Kedah)
- 11. Bangunan Sultan Ibrahim (Johor)
- 12. Menara Jam Atkinson (Sabah)
- 13. Muzium Kota Kayang (Perlis)
- 14. Muzium Sultan Abu Bakar (Pahang)
- 15. Dataran Pahlawan Negara (Putrajaya)
1. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz (Selangor)
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz mempamerkan pelbagai koleksi DiRaja Selangor sambil mengisahkan riwayat kehidupan Sultan Selangor ke-8 dan Yang di-Pertuan Agong ke-11, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada 17 Oktober 2007, galeri ini telah dirasmikan oleh Baginda dan dibuka untuk dilawati orang umum pada 1 November.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat: | Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Bangunan Sultan Suleiman, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan. |
Waktu operasi: | Selasa hingga Ahad, 10 pagi-5 petang |
Nombor telefon: | +603 3373 6500 |
2. Galeri Sultan Azlan Shah (Perak)
Satu lagi galeri bersejarah, Galeri Sultan Azlan Shah mempunyai senibina yang menggabungkan unsur Asia dan Eropah. Ia turut mempamerkan sejarah dan pencapaian Sultan Perak ke-34 and Yang di-Pertuan Agong ke-9, DYMM Sultan Azlan Shah serta sejarah Kesultanan Perak, gambar, kenderaan, dan hadiah-hadiah yang telah diberikannya oleh ketua negara dari serata dunia.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat: | Jalan Istana, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak |
Waktu operasi: | Tidak disenarai |
Nombor telefon: | +605 776 0546 |
3. A’Famosa (Melaka)
A’Famosa merupakan binaan Eropah tertua di Malaysia dan menjadi kunjungan orang ramai, tak kira warga tempatan atau asing. Ini kerana kota Melaka begitu kaya dengan sejarah dan pernah menjadi pusat perdangangan yang unggul. Di kubu A’Famosa, kebanyakkan struktur tembok tersebut telah diruntuhkan oleh pihak British, namun beberapa tapak seperti Middelburg Bastion dan pintu masuk Porta de Santiago masih berdiri kukuh.
Alamat: | Jln Parameswara, Banda Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka |
Waktu operasi: | Dibuka selama 24 jam |
Nombor telefon: | Tidak disenarai |
4. Masjid Jamek Jalan Dato’Bandar Tunggal (Negeri Sembilan)
Masjid Jamek Jalan Dato’Bandar Tunggal yang dibina pada tahun 1924 menjadi antara bangunan bersejarah di Malaysia. Ini kerana ia merupakan masjid tertua di Negeri Sembilan dan mempunyai struktur rekabentuk yang lain dari masjid di negeri tersebut. Kini, ia mampu memuatkan lebih dari 1500 jemaah masjid dan menjadi pusat kelas agama, kelas Bahasa Arab, Feqah, tajwid, kelas mengaji, ceramah agama, dan pelbagai aktiviti komuniti.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat: | Bandar Seremban, 70200 Seremban, Negeri Sembilan |
Waktu operasi: | Dibuka setiap hari, 5 pagi-10 malam |
Nombor telefon: | +6012 692 6839 |
5. Fort Margherita (Sarawak)
Kubu yang dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke ini menjadi antara tempat bersejarah di Malaysia. Ia diberi nama sempena isteri Charles Brooke, Margaret Alice Lili de Windt dan kini menjadi tumpuan pelancong. Kubu tiga tingkat ini turut mempunyai Galeri Brooke yang memaparkan sejarah negeri Sarawak sepanjang pemerintahan Dinasti Brooke.
Alamat: | Fort Margherita, Petra Jaya, 93050 Kuching |
Waktu operasi: | Dibuka setiap hari, 9 pagi-4.45 petang |
Nombor telefon: | Tidak disenarai |
6. Masjid Kampung Laut (Kelantan)
Masjid Kampung Laut yang terletak 11 kilometer dari bandar Kota Bharu, Kelantan dibina pada abad ke-13 dan merupakan antara masjid tertua di Malaysia. Apa yang menarik tentang struktur masjid ini mempunyai senibina unsur Nusantara dan dibina tanpa mmenggunakan sebarang paku.
Alamat: | Jalan Tok Nek, 16200 Tumpat, Kelantan |
Waktu operasi: | Dibuka setiap hari, 4.19 pagi-12 tengah malam |
Nombor telefon: | +609 741 2400 |
7. Fort Cornwallis (Pulau Pinang)
Diberi nama sempena Gabenor-Jeneral India pada lewat tahun 1700-an, Charles Earl Cornwallis, Fort Cornwallis menjadi tumpuan pelancong ketika berada di Penang. Ia mempunyai galeri sejarah, kiosk informasi, kafe, dan kedai cenderahati. Walaupun kelihatan seperti kubu teguh, Fort Cornwallis tidak pernah terlibat dalam apa jua peperangan. Sebaliknya, digunakan sebagai pusat pentadbiran pada suatu masa dahulu.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat: | Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang |
Waktu operasi: | Dibuka setiap hari, 8 pagi-7 petang |
Nombor telefon: | +6016 411 0000 |
8. Kuil Sri Maha Mahamariamman (Kuala Lumpur)
Kuil Sri Maha Mahamariamman pula merupakan kuil Hindu tertua di Kuala Lumpur. Ia menjadi tumpuan penganut Hindu ketika perayaan Thaipusam. Pada mulanya, kuil ini milik persendirian keluarga K. Thamboosamy Pillai pada tahun 1873 namun ia dibuka pada umum pada lewat 1920-an. Kuil ini juga mempunyai menara Gopuram yang setinggi lima tingkat.
Alamat: | Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu operasi: | Selasa hingga Khamis dan Ahad, 6 pagi-8.30 malam | Sabtu, 6 pagi-9 malam | Isnin, 6 pagi-8 malam |
Nombor telefon: | +603 208 3467 |
9. Istana Maziah (Terengganu)
Istana Maziah pernah menjadi kediaman rasmi buat Sultan Terengganu. Kini, bangunan dengan seni bina Perancis ini menjadi lokasi upacara rasmi DiRaja atau majlis keraian rasmi negeri Terengganu. Apa yang menarik tentang proses pembinaan istana ini ketika dahulu ialah ia bahan pembinaannya menggunakan campuran bahan seperti kapur, tanah liat, garam pasir, putih telur, dan gula.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat: | Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu |
Waktu operasi: | Dibuka selama 24 jam |
Nombor telefon: | Tidak disenarai |
10. Istana Pelamin (Kedah)
Istana Pelamin pernah menjadi pusat pemerintahan Negeri Kedah selama 284 tahun. Ia telah mendapat nama kerana pernah menjadi tempat berlangsungnya istiadiat perkahwinan lima putera dan puteri Almarhum Sultan Abdul Hamid pada tahun 1904. Di sini menjadi pusat utama buat orang tempatan dan pelancong untuk mengetahui Kesultanan Diraja Kedah secara lebih mendalam.
Alamat: | Medan Bandar, Kedah, 05400 Alor Setar |
Waktu operasi: | Sabtu hingga Khamis, 9 pagi-5 petang | Jumaat, 9 pagi-12.30 tengah hari, 2.30-5 petang |
Nombor telefon: | +604 732 7937 |
11. Bangunan Sultan Ibrahim (Johor)
Bangunan Sultan Ibrahim pula mempunyai seni bina yang menggabungkan unsur Kolonial, Islam, dan Melayu Johor. Mempunyai 11 tingkat, ia pernah menjadi bangunan tertinggi di Malaya sebelum zaman kemerdekaan.
Alamat: | Jalan Abdullah Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru |
Waktu operasi: | Tidak disenarai |
Nombor telefon: | Tidak disenarai |
12. Menara Jam Atkinson (Sabah)
Terletak di kaki Bukit Bendera di pusat bandar raya Kota Kinabalu, Sabah. Menara Jam Atkinson menjadi tugu peringatan bagi memperingati Francis George Atkinson, pegawai daerah Jesselton yang pertama pada tahun 1905. Ia mempunyai ketinggian 15.24 meter dan mempunyai loceng yang akan berbunyi setia satu jam.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat: | Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah |
Waktu operasi: | Tidak disenarai |
Nombor telefon: | +608 821 2121 |
13. Muzium Kota Kayang (Perlis)
Muzium Kota Kayang mempamerkan harta warisan sejarah negeri Perlis. Ia telah dibina di kawasan tapak kota istana tempat bersemayam keluarga diraja Kedah-Perlis dan kini memparkan 400 koleksi harta warisan negeri Perlis dari enam galeri iaitu Galeri Sejarah, Galeri Arkeologi, Galeri Senjata, Galeri Kebudayaan, Galeri DiRaja, dan Galeri Menteri Besar.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat: | Kota Kayang Museum, 02000 Kuala Perlis, Perlis |
Waktu operasi: | Dibuka setiap hari, 9 pagi-5 petang |
Nombor telefon: | +604 977 0027 |
14. Muzium Sultan Abu Bakar (Pahang)
Muzium Sultan Abu Bakar ini mempamerkan pelbagai barangan yang terdiri daripada sejarah semula jadi, arkeologi, etologi, dan DiRaja. Bangunan ini juga pernah menjadi kediaman Residen British yang pertama di Pahang, John Pickersgill Rodger pada tahun 1888. Selain itu, ia juga pernah menjadi ibu pejabat Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat: | Muizum Negeri Pahang, Jalan Sultan Ahmad, 26600 Pekan, Pahang |
Waktu operasi: | Selasa hingga Khamis, Sabtu dan Ahad, 9 pagi-4.30 petang | Jumaat, 9 pagi-12.15 petang, 2.45-4.30 petang |
Nombor telefon: | +609 422 1371 |
15. Dataran Pahlawan Negara (Putrajaya)
Dataran Pahlawan Negara yang terletak di Putrajaya menjadi tempat sambutan Hari Pahlawan semenjak pembinaannya pada tahun 2013. Ia mempunyai keluasan 12 hektar dan nama-nama pahlawan yang gugur semasa bertugas diukir di atas marmar hitam yang besar bagi memperingati dan menghargai perjuangan mereka.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat: | Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya |
Waktu operasi: | Dibuka selama 24 jam |
Nombor telefon: | +603 8000 8000 |
Mana lagi tempat bersejarah di Malaysia yang belum kami senaraikan? Kongsikan di ruangan komen! Untuk mendapatkan info terkini, jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook