Petaling Jaya atau lebih dikenali sebagai PJ di kalangan penduduk tempatan merupakan kawasan luas yang meliputi sekitar 97.2 km persegi. Sebagai bandar terbesar di negeri Selangor, Petaling Jaya merupakan syurga makanan dengan pelbagai lokasi tempat makan menarik yang menawarkan beraneka makanan lazat dari yang viral, western hingga ne nasi campur. Jika anda seorang peminat food hunting, senarai tempat makan best di Petaling Jaya ini adalah wajib untuk anda kunjungi.
Senarai Tempat Makan Best di Petaling Jaya 2023
Contents
1. Shell Out
Shell Out yang mempunyai tujuh lokasi di sekitar Selangor ini adalah antara tempat makan best di Petaling Jaya yang menjadi pilihan ramai. Meskipun banyak restoran yang menawarkan shell out, restoran ini diketahui dengan makanan laut gaya Cajun yang segar serta gandingan kuahnya yang lazat. Pengunjung juga boleh memilih daripada pelbagai menu makanannya seperti deluxe set, celebration sets, supreme combo sets dan family special sets.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 16-1, Jalan PJU 5/15, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor |
Nombor Telefon | +6016 275 4616 |
Waktu Operasi | Setiap hari: 11:30 pagi –10 malam |
2. Restoran Ayam Kampung
Restoran Ayam Kampung yang terletak di Seksyen 6 Kota Damansara ini menawarkan beraneka makanan kampung. Restoran ini cukup terkenal dengan masakan ayam kampung dan juga ulam-ulaman. Jika anda sedang mengidam hidangan nasi campur, terdapat pelbagai pilihan lauk-pauk yang ditawarkan dengan harga yang murah. Restoran ini agak sibuk sewaktu makanan tengah hari namun terdapat banyak tempat meletakkan kenderaan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 53, Jalan Cecawi 6/33, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor |
Nombor Telefon | +6016 294 5991 |
Waktu Operasi | Setiap hari kecuali Jumaat: 11 pagi – 9:45 malam |
3. Nasi Kukus Ilham
Sebut sahaja Nasi Kukus Ilham, pasti ramai yang teringat akan ayam goreng berempah yang dihidangkan bersama kuah kari dan sambal belacan. Restoran ini cukup digemari oleh penduduk tempatan kerana keenakkannya serta harga yang murah, oleh itu tidak hairanlah ia mempunyai beberapa cawangan lain. Kami sarankan agar anda mencuba juga keropok ikannya.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | No.7,jalan PJU 7/16,Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia |
Nombor Telefon | +603 7499 3056 |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 11.30 pagi – 8 malam |
4. Williams Corner
Mengidam makanan western tapi risau akan harganya yang mahal? Williams Corner merupakan antara tempat makan best di Petaling Jaya yang menawarkan pelbagai jenis makanan western seperti fish and chips, burger, spaghetti aglio olio, chicken chop dan banyak lagi. Harganya juga murah berbanding restoran western lain dan hidangannya juga banyak, oleh itu anda juga boleh berkongsi bersama keluarga.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Jalan SS 26/4, Taman Mayang Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor |
Nombor Telefon | +6018 351 7921 |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 5 petang – 12 tengah malam |
5. Restoran Mimpi Muor
Di Restoran Mimpi Muor, mereka menawarkan pelbagai jenis makanan dari negeri Johor. Selain itu, mereka turut dikenali dengan masakan istimewa mereka iaitu asam pedas. Pengunjung yang singgah untuk mengisi perut dapat merasi pelbagai pilihan asam pedas seperti ikan kembung, merah dan juga pari. Menu yang ditawarkan juga termasuk nasi campur dengan hidangan lauk-pauk yang beraneka.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 26-1 & 28-1, Jalan PJU 7/16a, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor |
Nombor Telefon | +603 7722 2786 |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 9 pagi – 5.30 petang |
6. Restoran Waneeda Tom Yam
Senarai tempat makan best di Petaling Jaya ini pasti tidak lengkap tanpa Restoran Waneeda Tom Yam. Dengan pilihan makanan yang beraneka, anda tidak perlu bercuti ke luar negara untuk merasai masakan asli Thailand. Antara menu yang anda wajib cuba adalah tomyum makanan laut, tom gha ayam, sotong padpong kari, pulut ayam, dan pulut mangga.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 22A-1, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor |
Nombor Telefon | +603 6140 7646 |
Waktu Operasi | Rabu hingga Ahad: 10 pagi – 12 tengah malam |
7. Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey
Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey sememangnya antara tempat makan yang menjadi viral kerana keunikan makanannya. Berbeza dengan nasi lemak biasa, pengunjung dapat menikmati nasi lemak kukus goreng yang dihidangkan bersama sambal. Terdapat juga pilihan lain seperti udang goreng dan ayam goreng berempah. Selain itu, mereka turut menawarkan menu lain seperti nasi lemak kukus dan ayam goreng berempah and nasi lemak biasa.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Jalan Sentosa 3/57, Pj Old Town, 46000 Petaling Jaya, Selangor |
Nombor Telefon | +6019 376 5886 |
Waktu Operasi | Isnin – Sabtu: 6 petang – 10 malam |
8. Zainul Nasi Kandar Original No 90
Nak pekena nasi kandar? Kami sarankan anda ke Zainul Nasi Kandar Original No 90 yang terletak di Medan Selera Kompleks C, Petaling Jaya. Terdapat pelbagai menu makanan yang pastinya membuatkan anda rambang mata. Antara menu pilihan yang anda adalah nasi kandar ikan kari, nasi kandar kari kambing istimewa, nasi kandar ayam goreng istimewa, dan nasi kandar sotong kari.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Medan Selera Kompleks C, Lorong Sultan, Seksyen 52 Petaling Jaya, 46200 Petaling Jaya, Selangor |
Nombor Telefon | +603 7956 2724 |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 8 pagi – 5 petang |
9. Restoran Mega Ceria
Restoran Mega Ceria cukup sinonim dengan masakan padang asli di kalangan pengunjung tempatan. Anda boleh memilih untuk menikmati makanan ala hidangan untuk berkongsi bersama rakan mahupun mencuba nasi campurnya. Antara hidangan lauk-pauk yang ditawarkan adalah rendang daging, bergedil, terung berlado, dendeng daging dan sambal. Yang paling best, harganya juga berbaloi dan murah.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | No. 9, Jalan MJ9, Taman Medan Maju Jaya, Off Jalan Klang Lama, Petaling Jaya |
Nombor Telefon | +6017 6410727 |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari kecuali Jumaat: 9 pagi – 5 petang |
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.