Hulu Langat yang bersempadan dengan Kuala Lumpur, diketahui sebagai “Kampung di tengah bandar besar”. Ungkapan ini cukup sinonim dengan kawasan ini yang masih mengekalkan suasana kampung dan jauh dari hiruk-pikuk bandar. Malahan, Hulu Langat juga merupakan destinasi percutian untuk mereka yang ingin bercuti pada hujung minggu. Dengan senarai tempat menarik serta pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga. Jika anda sedang mencari tempat penginapan di sekitar kawasan ini, senarai resort di Hulu Langat ini mendapat review tinggi oleh pelancong.
Senarai Resort di Hulu Langat dengan Review Tinggi
Contents
1. Dedaun Langat Resort
Dedaun Langat Resort yang terletak di Kampung Orang Asli Hulu Langat merupakan antara resort pilihan ramai pelancong. Resort ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti sarapan pagi percuma, Wi-Fi dan juga kolam renang. Terdapat pelbagai pilihan bilik seperti Superior Selasih, Deluxe Inai, dan Family Nilam. Ia juga hanya terletak dalam 15 minit pemanduan ke Gunung Nuang and Hutan Lipur Sungai Congkak.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Anggaran Harga Semalaman | Dari RM202 |
Alamat | PT 86, Kampung Orang Asli, 43100 Hulu Langat, Selangor |
Waktu daftar masuk dan daftar keluar | 3:00 PM/ 12:00 PM |
Nombor Telefon | +6011 5502 6056 |
2. Qowiy Village Langat
Di Qowiy Village Langat, pengunjung dapat merasai menginap dikelilingi alam semula jadi. Jika anda inginkan pengalaman unik, mereka menawarkan pelbagai jenis tempat penginapan seperti rumah bot, rumah yang diinspirasikan daripada filem Hobbit, rumah berbentuk A serta dome glamping. Yang paling best, ia juga dilengkapi dengan bathtub atau jakuzi. Anda juga berpeluang beristirahat di ruangan utamanya yang dilengkapi kolam renang.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Anggaran Harga Semalaman | Dari RM139.00 |
Alamat | Lot 3665, Batu 23, Jalan Sungai Lui, Kampung Sungai Lui, 43100 Hulu Langat, Selangor |
Waktu daftar masuk dan daftar keluar | 2:00 PM/ 12:00 PM |
Nombor Telefon | +6016 366 4301 |
3. Singgah Santai Resort Hulu Langat
Jika anda bercuti bersama seisi keluarga, Singgah Santai Resort Hulu Langat merupakan antara tempat penginapan yang terbaik. Resort ini dilengkapi dengan kolam renang yang kedalamannya sesuai untuk kanak-kanak berserta gazebo. Biliknya juga agak luas dengan sarapan pagi dan tiket kemasukan untuk kolam renang disediakan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Anggaran Harga Semalaman | Dari RM215 |
Alamat | Lot 7141, Jalan Felcra Semungkis, Batu 14 Hulu Langat, 43100 Hulu Langat, Selangor |
Waktu daftar masuk dan daftar keluar | 3:00 PM/ 12:00 PM |
Nombor Telefon | +603 9021 6241 |
4. Bamboo Village Kuala Lumpur
Bamboo Village Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman yang unik buat pengunjung yang ingin mendekatkan diri dengan alam semula jadi. Terdapat variasi tempat penginapan yang anda boleh pilih seperti Bird of Paradise (rumah bungalow), Frog House (kotej), King Cobra (dorm) dan Gecko Dorm (kotej). Selain biliknya yang selesa, perabot dan rekaan dalamannya unik dengan diperbuat daripada buluh.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Anggaran Harga Semalaman | Dari RM48 |
Alamat | Jalan Desa Pelangi, 43200 Hulu Langat, Selangor |
Waktu daftar masuk dan daftar keluar | 2:00 PM/ 12:00 PM |
Nombor Telefon | +6016 235 3404 |
5. Ajlaa Village Resort
Terletak berdekatan Gunung Nuang, Ajlaa Village Resort merupakan antara tempat penginapan di Hulu Langat yang mendapat review tinggi. Dengan kawasan yang cukup besar, terdapat 20 chalet yang menawarkan pemandangan indah yang menghadap taman dan kolam. Selain kemudahan yang lengkap, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti menarik seperti memancing, melawat kebun buah, menyelusuri sungai serta air terjun.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Anggaran Harga Semalaman | Dari RM200 |
Alamat | KM22 Sungai Lepoh Kampung Kuala, 43100 Hulu Langat, Selangor |
Waktu daftar masuk dan daftar keluar | 2:00 PM/ 12:00 PM |
Nombor Telefon | +6019 498 2395 |
6. Jentayu Resort,Sungai Congkak
Inginkan percutian menakjubkan tanpa perlu berbelanja mahal? Jentayu Resort,Sungai Congkak merupakan antara resort di Hulu Langat yang anda wajib kunjungi. Rekaan chalet dan kabin resort ini adalah dibuat menggunakan kayu dan buluh, membuatkan anda berasa seperti berada di kampung halaman. Tambahan lagi, ia juga terletak berdekatan dengan sungai Hulu Langat, sesuai untuk mereka yang ingin berpiknik ataupun berbeku.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Anggaran Harga Semalaman | Dari RM119 |
Alamat | Batu 20, Sungai Congkak, Hulu Langat,, Hulu Langat, Malaysia |
Waktu daftar masuk dan daftar keluar | 2:00 PM/ 12:00 PM |
Nombor Telefon | +6013 594 4699 |
7. Suara Rimba Chalet
Dengan pemandangan yang indah dan selesa, pengalaman menginap di Suara Rimba Chalet pasti kemuncak percutian anda. Tempat penginapan ini dilengkapi dengan mini zoo seperti itik, burung merak, anak pelanduk, arnab, kuda, buaya dan banyak lagi. Harga semalaman juga agak murah dengan bermula dari RM100, sesuai untuk mereka yang inginkan percutian bajet.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Anggaran Harga Semalaman | Dari RM100 |
Alamat | Tanah Rizab Asli, Sg Lopo, Pangsun Bt.21, 43100 Hulu Langat, Selangor |
Waktu daftar masuk dan daftar keluar | 2:00 PM/ 12:00 PM |
Nombor Telefon | +6018 620 7437 |
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.