Hidup ini tak pernah habis dengan pelbagai masalah dan kerja, kan? Kadang-kadang ia boleh membuatkan kita terasa sangat stress sehingga hilang fokus dan lupa untuk menjaga diri sendiri. Tak salah jika anda meluangkan sedikit waktu untuk melarikan diri dari kesibukan tersebut. Dari berbelanja ratusan ringgit untuk ke kompleks membeli-belah, apa kata berehat sebentar dikelilingi udara segar dan alam semula jadi? Di sini Glitz telah menyenaraikan 20 tempat healing di KL dan Selangor yang boleh anda kunjungi!
20 Tempat Healing di KL dan Selangor
Contents
- 20 Tempat Healing di KL dan Selangor
- 1. Air Terjun Taman Eko Rimba Kanching
- 2. The Nahara Resort
- 3. Teduhan Langat Retreat
- 4. Shah Alam Community Forest Trail
- 5. Eagle Feeding
- 6. Sky Mirror Kuala Selangor
- 7. Eco Grandeur Park
- 8. Bukit Jelutong Eco Community Park
- 9. Pantai Siput, Bumi Hijau
- 10. Perdana Botanical Garden
- 11. Spa Village Kuala Lumpur
- 12. KL Forest Eco Park
- 13. Air Terjun Chiling
- 14. Bukit Kutu
- 15. Sekeping Serendah Retreats
- 16. Bukit Antarabangsa View Point
- 17. Pantai Morib Banting
- 18. Kuala Selangor Fireflies
- 19. Taman Alam Kuala Selangor
- 20. Taman Botani Negara Shah Alam
1. Air Terjun Taman Eko Rimba Kanching

Jika anda sudah serabut dengan kesibukan bandar dan keserabutan kerja, reset dan recharge di air terjun Taman Eko Rimba Kanching. Hanya 45 minit dari kota raya Kuala Kumpur, air terjun ini mempunyai tujuh tingkat yang sering menjadi kunjungan orang ramai. Selain itu, tapak berkhemah atau berkelah turut disediakan dan pelbagai kemudahan seperti tandas, surau, gerai makan, bilik persalinan, gazebo, dan taman permainan turut disediakan.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Kilometer 17, Jalan, Jalan Rawang, Templer Baiduri, 48000 Rawang, Selangor |
Nombor telefon | +603 6091 6131 |
Waktu operasi | Dibuka setiap hari, 8 pagi- 5 petang |
Final Verdict
4
Insider Ratings
PROS:
- Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
- Terletak tidak jauh dari bandar
- Sesuai untuk 
- aktiviti berkhemah dan berkelah
Cons:
- Perkhemahan dibenarkan namun tidak boleh bermalam
2. The Nahara Resort

Kalau nak healing, anda tak perlu balik kampung untuk menikmati suasana yang damai dan menenangkan. Di The Nahara Resort, anda boleh memilih untuk berkelah atau bermalam di tepi sungai dengan tapak yang disediakan. Jika ingin lebih selesa, terdapat chalet (perlu ditempah terlebih dahulu) yang disediakan untuk pengunjung dan lokasi ini sangat terkenal untuk melakukan aktiviti team building.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Sungai Bernam, Selangor |
Nombor telefon | +6019 4312193 |
Waktu operasi | Dibuka setiap hari, 8 pagi-5 petang |
Final Verdict
4
Insider Ratings
PROS:
- Chalet yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
- Aktiviti-aktiviti yang menarik
- Harga penginapan yang berpatutan
Cons:
- Perlu ditempah awal
3. Teduhan Langat Retreat

Antara tempat healing di KL dan Selangor yang menjadi tumpuan orang ramai, Teduhan Langat Retreat menawarkan pengunjung dengan pelbagai jenis penginapan dan kemudahan yang dikelilingi dengan keindahan semula jadi. Di sini, terdapat chalet, rumah warisan, dan kem berkhemah buat anda berehat. Selain dari hutan, sungai, dan bukit – ia juga mempunyai kolam renang dan taman mini. Menarik, bukan?
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Lot 1491, Batu 20, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor |
Nombor telefon | +6013 833 8245 |
Waktu operasi | Dibuka setiap hari, 9 pagi-5 petang |
Final Verdict
4
Insider Ratings
PROS:
- Pelbagai pilihan jenis tempat penginapan
- Terdapat kolam renang dan juga taman mini
- Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat usia
Cons:
- Tempahan penginapan hanya didatangkan bersama sarapan percuma
4. Shah Alam Community Forest Trail

Buat anda yang lebih gemar dengan aktiviti hiking atau jogging, jadikan Shah Alam Community Forest Trail sebagai destinasi anda yang seterusnya. Dengan laluan hutan yang mudah untuk dilalui, terdapat pelbagai checkpoint menarik di sini seperti Taman Puncak, Mirror Lake, Puncak Alam Budiman, Station C, dan Station B. Menurut ramai, anda hanya mengambil masa 2 jam dan 21 minit untuk menghabiskan dakian anda di sini.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor |
Nombor telefon | +6011 3388 6483 |
Waktu operasi | Dibuka selama 24 jam |
5. Eagle Feeding

Ingin alami memberi makan pada burung helang? Ayuh ke Eagle Feeding yang terletak di Kuala Selangor! Dengan hanya RM20 seorang, anda boleh melihat kira-kira 20 hingga 40 ekor burung helang dan memberi makan padanya sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor |
Nombor telefon | Tiada |
Waktu operasi | Dibuka setiap hari, 3 petang-6.45 petang |
6. Sky Mirror Kuala Selangor

Satu lagi destinasi pelancongan dan healing yang cukup terkenal di Selangor. Beting pasar yang muncul selepas air laut surut ini memberikan pemandangan langit dan laut yang bersambung dan anda dapat bergambar sepuasnya dengan melakukan pelbagai posing menarik. Sambil menaiki bot untuk ke sini, anda juga dapat melihat pemandangan laut yang begitu indah dan luas.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor |
Nombor telefon | +6019 668 8828 |
Waktu operasi | Dibuka setiap hari, 6 pagi-10 malam |
7. Eco Grandeur Park

Jauh dari kesibukkan Kuala Lumpur dan Selangor, Eco Grandeur Park merupakan tempat healing yang cukup menarik dengan kehijauan alam semula jadi dan reka bentuk moden serta unik. Selain menjadi lokasi jogging dan bersantai buat orang ramai, ada juga yang mengambil peluang untuk bergambar dengan pemandangan dan struktur-struktur yang menarik di taman ini seperti jambatan putih di tengah-tengah tasik buatan.
Untuk ketahui lebih lajut, sila klik di sini.
Alamat | Eco Grandeur Park Puncak Alam, Selangor |
Nombor telefon | Tiada |
Waktu operasi | Dibuka selama 24 jam |
8. Bukit Jelutong Eco Community Park

Bukit Jelutong Eco Community Park menawarkan pengunjung dengan pelbagai jenis aktiviti menarik seperti mendaki, berkelah, melihat dan memberi makan pada haiwan, memancing, berbasikal, dan banyak lagi. Suasana santai dan damai di taman awam ini dapat merehatkan minda warga kota yang terbeban dengan kesibukkan harian atau kerja. Samada anda ke sini seorang diri atau bersama keluarga dan kawan-kawan, anda tentu tak akan bosan dengan pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Jalan Lelangit U8/45, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor |
Nombor telefon | Tiada |
Waktu operasi | Dibuka setiap hari, 7 pagi-7 petang |
9. Pantai Siput, Bumi Hijau

Ingin layan pemandangan matahari terbenam atau menikmati angin santai di tepi pantai? Mari singgah ke Pantai Siput, Bumi Hijau di Sabak Bernam. Tempat ini tidak begitu dikenali ramai tapi ia cukup sesuai untuk aktiviti berkelah, bergambar, mandi-manda, dan bermain pasir.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Jalan Bumi Hijau, 45200 Sabak, Selangor |
Nombor telefon | Tiada |
Waktu operasi | Dibuka selama 24 jam |
10. Perdana Botanical Garden

Pernah dikenali sebagai Taman Tasik Perdana, Perdana Botanical Garden masih menjadi tempat healing di KL dan Selangor yang dikunjungi ramai, tak kira warga tempatan atau asing. Walaupun berada di tengah-tengah kesibukan bandar raya Kuala Lumpur, pemandangan pokok-pokok, tasik, serta udara yang segar membuatkan anda berasa tenang
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Nombor telefon | +603-2276 0432 |
Waktu operasi | Dibuka selama 24 jam |
11. Spa Village Kuala Lumpur

Terasa lenguh dan ingin manjakan diri dengan rawatan spa? Di Spa Village Kuala Lumpur, terdapat beberapa rawatan yang disediakan untuk membantu anda de-stress! Terdapat urutan, skrub badan, rawatan muka, rias kuku, dan sebagainya. Jika anda membawa pasangan, anda boleh cuba couples massages.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | The Ritz-Carlton, 168, Jln Imbi, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
Nombor telefon | +6018 340 9034 |
Waktu operasi | Dibuka setiap hari, 12 petang-9 malam |
12. KL Forest Eco Park

Taman eko ini terletak betul-betul di tengah kota raya Kuala Lumpur dan menjadi lokasi healing terkenal kerana pemandangan alam semula jadi dan udara yang sangat indah dan menyegarkan. Struktur yang menjadi tumpuan ramai adalah jambatan tergantung yang boleh dilalui. Dari sini, anda bukan sahaja boleh melihat hutan tropika sekeliling tapi juga bangunan-bangunan tinggi di bandar Kuala Lumpur.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Jalan Puncak, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Nombor telefon | Tiada |
Waktu operasi | Setiap hari, 8 pagi-4.30 petang |
13. Air Terjun Chiling

Satu lagi lokasi air terjun di Selangor yang selalui dipenuhi pengunjung, Air Terjun Chiling menawarkan pelbagai jenis aktiviti menarik mendaki, berkayak, berenang, berkelah, memancing, dan anda juga boleh melihat pelbagai jenis spesis ikan di Santuari Ikan Sungai Chiling yang berdekatan. Air terjun ini juga mempunyai air terjun setinggi 80 meter.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor |
Nombor telefon | +603 6064 1214 |
Waktu operasi | Sabtu dan Ahad, 8 pagi-6 petang |
14. Bukit Kutu

Mempunyai ketinggian sekitar 3576 kaki atau 1053 meter, Bukit Kutu merupakan destinasi ramai untuk aktiviti hiking di hujung minggu. Ia terletak berhampiran dengan perkampungan orang asli, Kampung Pertak. Sepanjang melalui lalauan yang ada, anda juga boleh menikmati pemandangan hutan dan sungai. Untuk mengelakkan tersesat, anda disarankan membawa pemandu yang berpengalaman dengan trek di sini.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Bukit Kutu, 44000, Selangor |
Nombor telefon | Tiada |
Waktu operasi | Dibuka selama 24 jam |
15. Sekeping Serendah Retreats

Mesti best kan kalau dapat berehat di tengah-tengah hutan sambil menikmati pemandangan hijau yang menenangkan? Kalau nak tahu, Sekeping Serendah Retreats menyediakan beberapa jenis bilik terbuka untuk anda menginap sekejap sambil dikelilingi hutan dan udara segar. Selain itu, terdapat kolam renang dan beberapa tempat untuk BBQ!
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Sekeping Serendah Retreats, Jalan Ipoh, Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah, Selangor |
Nombor telefon | +6012 324 6552 |
Waktu operasi | Isnin hingga Sabtu, 8 pagi-6 petang |
16. Bukit Antarabangsa View Point

Ingin melihat pemandangan kota raya Kuala Lumpur? Ayuh singgah ke Bukit Antarabangsa View Point! Samada anda mendaki ke sini secara berbasikal atau berjalan kaki, ia memberikan anda pemandangan hijau yang menenangkan dan udara segar yang mampu membuat minda anda terasa lega.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Taman Wangsa Ukay, 68000 Ampang Jaya, Selangor |
Nombor telefon | Tiada |
Waktu operasi | Dibuka selama 24 jam |
17. Pantai Morib Banting

Pantai Morib Banting turut menjadi tempat healing di KL dan Selangor yang terkenal dengan pemandangan laut dan angin pantai yang cukup sempoi untuk berehat. Hanya satu jam setengah dari Kuala Lumpur, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti pentas serbaguna, taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak pantai, gazebo, kedai-kedai makan, dan tempat bermain gasing. Tak cukup dengan itu, terdapat bulatan kecil di sekitar pantai ini yang menjadi simbol kedatangan pihak Inggeris semasa perang dunia kedua pada tahun 1945.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Pantai Morib, Banting, Kuala Langat, Selangor |
Nombor telefon | Tiada |
Waktu operasi | Dibuka |
18. Kuala Selangor Fireflies

Bandar bersejarah Kota Melawati ini cukup terkenal dengan sejarahnya tersendiri. Pernah menjadi kubu pertahanan pada abad ke-18, terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuklah melihat kelip-kelip. Di Kuala Selangor Fireflies, pengunjung akan di bawa di atas sampan sambil melalui tebing Sungai Selangor untuk melihat keajaiban dan cahaya dari kelip-kelip. Tiket untuk seorang berharga RM60.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Jalan Club, Kampung Kuantan, 45000 Kuala Selangor, Selangor |
Nombor telefon | Tiada |
Waktu operasi | Dibuka setiap hari, 7.45 petang hingga 10.30 malam |
19. Taman Alam Kuala Selangor

Satu lagi tempat healing yang terletak di Kuala Selangor, Taman Alam Kuala Selangor ini dibuka pada tahun 1987 dan masih lagi beroperasi dan di jaga oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Selain daripada trek yang boleh dilalui untuk aktiviti berjogging, terdapat chalet, dorm, dan hostel buat anda yang ingin menginap di sini.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Jalan Klinik, Taman Alam, 45000 Kuala Selangor, Selangor |
Nombor telefon | +603 3289 2294 |
Waktu operasi | Dibuka setiap hari, 9 pagi-6 petang |
20. Taman Botani Negara Shah Alam

Jika anda sedang mencari tempat healing di KL dan Selangor yang jauh dari kesibukan kota pada hujung minggu, anda boleh menghabiskan masa di Taman Botani Negara Shah Alam untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah. Antara pelbagai aktiviti-aktiviti rekreasi yang ditawarkan adalah berkayak, berbasikal, memanah dan banyak lagi. Tempat ini juga dilengkapi dengan Laman Zingiberales yang mempunyai koleksi tanaman untuk tujuan pendidikan, penyelidikan dan konservasi.
Untuk ketahui lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Bukit Cahaya Seri Alam, Taman Botani Negara, 40000 Shah Alam, Selangor |
Nombor telefon | +603 5510 6923 |
Waktu operasi | Selasa – Ahad: 7.30 pagi – 4.30 petang. Ditutup pada hari Isnin kecuali hari kelepasan am dan cuti sekolah |
Rasa nak healing? Kongsikan di ruangan komen lokasi pilihan anda dan pastikan anda ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.