10 Ubat Sakit Tekak Yang Berkesan Melegakan Kekeringan Dan Kegatalan 

Legakan ketidakselesaan sakit tekak anda
By: Balqis Ariffin
November 21, 2022

Adakah masalah sakit tekak membelenggu anda? Selain demam dan selesema, sakit tekak merupakan gejala yang sering menyerang kanak-kanak dan juga orang dewasa. Dengan penularan banyak wabak terbaharu seperti Covid-19 serta penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD),  penyakit berjangkit ini lazimnya merangkumi pelbagai simptom termasuk sakit tekak. Walaupun gejala ini cukup biasa dalam kalangan masyarakat kita, sakit tekak selalunya diikuti dengan simptom kekeringan, kegatalan dan juga kesakitan yang menyebabkan ketidakselesaan. Bagi anda yang ingin memilih rawatan berupa lozenges atau ubat kemam dan ubat kumur, senarai produk ubat sakit tekak ini dapat membantu meredakan ketidakselesaan.

Apakah Penyebab Sakit Tekak?

ubat-sakit-tekak
Sumber: Freepik

Walaupun penyebab utama sakit tekak adalah disebabkan virus, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada gejala ini seperti: 

Jangkitan Bakteria

Jangkitan bakteria, terutamanya  dari kumpulan A Streptococci merupakan penyebab utama dengan rawatan berbentuk antibiotik diperlukan. Malahan, bakteria ini juga menyebabkan jangkitan tekak pada kanak-kanak dalam 15% sehingga 30%. Bagi mereka yang mengalami sakit tekak akibat jangkitan Streptococcus, simptomnya agak serius kerena ianya boleh menyebabkan kesusahan untuk menelan air liur dan juga makanan. Jangkitan ini boleh melarat sehingga menyebabkan komplikasi kepada buah pinggang dan jantung jika tidak dirawat.

Jangkitan Virus

Sakit tekak akibat jangkitan virus selalunya disebabkan virus selesema, mononucleosis dan croup.

Refluks Asid

Refluks asid atau asid perut yang mengalir ke tekak boleh menyebabkan ketidakselesaan sewaktu anda tidur. Oleh itu, simptom sakit tekak ini agak ketara apabila waktu pagi.

Alahan dan Faktor Luaran 

Bagi mereka yang mempunyai alahan, alergen tersebut boleh menyebabkan kerengsaan pada saluran pernafasan anda. Perkara yang sama juga berlaku, apabila anda terdedah kepada udara yang kering, asap rokok dan juga bahan kimia. 

Laryngitis 

Laryngitis  yang berlaku akibat penggunaan suara yang berlebihan juga boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sakit tekak yang berulang. Oleh sebab itu, pekerjaan yang memerlukan anda menggunakan suara seperti guru dan juga penyanyi membuatkan anda berisiko tinggi untuk mendapat gejala sakit tekak termasuk suara yang serak. 

Kanser

Kanser tekak turut membuatkan seseorang mengalami sakit tekak yang berpanjangan, terutamanya jika ianya berlarutan melebihi dua minggu. 

Gejala-gejala Sakit Tekak

Bagi anda yang tidak mengetahuinya, sakit tekak boleh diikuti dengan pelbagai gejala-gejala lain seperti: 

  • Kerap bersin
  • Batuk
  • Tekak yang gatal dan sakit
  • Demam
  • Suara serak
  • Sakit kepala
  • Mata berair
  • Bengkak pada noda limfa 

Namun begitu, gejala-gejala ini juga berbeza mengikut penyebab berlakunya sakit tekak anda. Contohnya, mereka yang mengalami jangkitan virus seringkali mempunyai sakit tekak berserta hidung tersumbat dan kerap bersin. Manakala, kanser tekak pula menyebabkan kehilangan berat badan yang drastik. 

Jenis-jenis Rawatan Untuk Sakit Tekak

Selain terapi antibiotik yang disarankan oleh doktor, terdapat beberapa rawatan umum yang boleh meredakan simptom sakit tekak seperti pengambilan air yang mencukupi dan ubat tahan sakit seperti Paracetamol. Ubat kumur, ubat batuk, semburan hidung dan juga lozenges atau ubat kemaman yang diformulasi khas untuk merawat sakit tekak juga mudah didapati di farmasi. 

Tambahan lagi, terdapat juga petua untuk menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk mengurangkan sakit tekak seperti minum campuran air madu dengan buah lemon dan daun pudina, mengunyah bawang putih dan berkumur dengan air garam. Tetapi, pastikan anda mendapat rawatan susulan dengan doktor jika keadaan sakit tekak anda melarat. 

Petua Untuk Melegakan Sakit Tekak

Gambar oleh Dana Ciurumelea di Pexels

Selain menggunakan ubat sakit tekak yang dijual di farmasi, anda juga boleh mengikut petua dengan menggunakan bahan-bahan ini untuk melegakan kesakitan.

Berkumur dengan Air Garam

Berkumur dengan air garam merupakan salah satu petua yang agak popular untuk melegakan sakit tekak. Garam adalah bahan yang berkesan untuk membunuh bakteria, oleh itu ramuan ini dapat mengurangkan ketidakselesaan pada kerongkong akibat jangkitan bakteria. Anda hanya perlu larutkan satu sudu teh garam  dalam satu cawan air suam. Kemudian kumur setiap satu atau dua jam untuk kesan yang lebih efektif.

Madu

Sebut sahaja madu, pasti ramai yang mengetahui kebaikan bahan ini yang penuh dengan khasiat untuk kesihatan. Selain itu, madu bukan sahaja bahan yang penuh dengan antioksidan, tetapi ianya juga mengandungi sifat anti-radang dan  anti-virus. 

Petua ini sangat mudah kerana anda hanya perlu campurkan dua sudu besar madu ke dalam segelas air suam dan meminumnya. 

Pelembap udara

Masalah sakit tekak boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara termasuk  udara yang kering. Untuk anda yang tidak mengetahuinya, jika anda terdedah kepada udara yang air, ianya boleh menyebabkan tekak anda terasa kering dan juga gatal. Oleh itu, jika anda mempunyai pelembap udara atau air humidifier, pastikan anda menggunakannya sewaktu rehat untuk mengurangkan risiko sakit tekak. 

Air Lemon

Secawan air yang direndam dengan hirisan buah lemon juga berkesan mengurangkan sakit tekak. Buah lemon yang mengandungi vitamin C, mempunyai kebaikkan anti-bakteria untuk mencegah risiko sakit tekak. Selain mengurangkan mukus, bahan ini juga memastikan saluran pernafasan anda lembap.

Senarai Ubat Sakit Tekak Berasaskan Lozenges (Ubat Kemam) Dan Kumur

1. Difflam AB Sore Throat Lozenges Orange 

ubat-sakit-tekak-difflam

Difflam AB Sore Throat Lozenges Orange merupakan antara ubat sakit tekak yang berkesan mengurangkan pelbagai simptom seperti batuk, gatal dan sakit. Dirumus dengan ramuan anti bakteria, ubat kemam ini juga membunuh bakteria yang menyebabkan berlakunya sakit tekak. Manakala, agen anti-radang berfungsi untuk melegakan keradangan dengan serta merta. 

Kelebihan:

  • Bebas gula
  • Membunuh bakteria penyebab berlakunya sakit tekak
  • Rasa yang sedap

Harga: RM8.60

Terdapat di: Watsons 

2. Strepsils Honey Lemon

ubat-sakit-tekak-strepsils

Strepsils Honey Lemon diformulasi secara khas dengan dua agen anti bakteria iaitu 2,4-Dichlorobenzyl alcohol dan amylmetacresol. Ubat sakit tekak ini bukan sahaja membantu memberikan kelegaan serta-merta, malahan ianya juga berkesan merawat tekak yang kering dan juga gatal. Dengan rasa madu dan buah lemon yang manis, ianya pasti membantu mengurangkan iritasi pada tekak anda.

Kelebihan:

  • Mengurangkan simptom tekak gatal dan kering
  • Sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur enam tahun ke atas
  • Terdapat  dalam saiz pek dengan 24 lozenges.

Harga: RM16.30

Terdapat di: Shopee

3. Fisherman’s Friend Sugar Free Original 

ubat-sakit-tekak-fisherman's

Bagi anda yang sedang mencari ubat sakit tekak berbentuk lozenges, Fisherman’s Friend Sugar Free Original pasti membantu anda. Ianya diperkaya dengan ekstrak menthol untuk membantu mengurangkan gejala-gejala sakit tekak, agar anda berasa selesa. Formulasinya juga bebas daripada bahan pewarna tiruan dan perasa tiruan. Gula-gula berasaskan ubat ini juga sesuai untuk mereka yang mengalami sakit tekak dan batuk. 

Kelebihan:

  • Perasa eucalyptus
  • Bebas gula
  • Harga yang murah 

Harga: RM4.71

Terdapat di: Guardian 

4. Euphon Pastilles 

ubat-sakit-tekak-euphon

Dengan ramuan penting seperti minyak kulit oren, menthol dan erysimum officinale,  Euphon Pastilles berkesan untuk mencegah simptom-simptom sakit tekak. Ubat kemam ini juga digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit tekak dan suara yang serak. Walaupun harganya agak mahal, terdapat 70 gula-gula dalam satu bekas ini, oleh itu harganya agak berbaloi. 

Kelebihan:

  • Mengurangkan sakit tekak
  • Jumlah yang banyak dalam satu bekas
  • Memberikan sensasi yang sejuk apabila dikunyah

Harga: RM21.45

Terdapat di: Guardian 

5. Dequadin Lozenges Tubes

ubat-sakit-tekak-dequadin

Dequadin Lozenges Tubes merupakan antara ubat sakit tekak pilihan ramai yang membantu melegakan keradangan pada kerongkong. Rumusannya merangkumi bahan penting termasuk dequalinium chloride untuk melawan jangkitan bakteria. Ianya juga mempunyai perasa pudina yang membantu memberikan sensasi penyejukan untuk mengurangkan kerengsaan pada tekak. Dengan rekaan botolnya, ubat sakit tekak ini mudah untuk dibawa ke mana sahaja. 

Kelebihan:

  • Melegakan simptom-simptom sakit kerongkong
  • Mudah untuk dibawa ke mana sahaja
  • Diperkaya dengan agen anti bakteria dan anti radang

Harga: RM8.99

Terdapat di: Watsons 

6. Betadine Gargle & Mouth Wash 

ubat-sakit-tekak-betadine

Betadine Gargle & Mouth Wash  sesuai untuk mereka yang lebih menyukai ubat sakit tekak berasaskan kumur. Produk ini mengandungi bahan aktif povidone-iodin yang membantu membunuh bakteria, virus dan kulat dengan serta-merta untuk mengelakkan jangkitan melarat. Tambahan lagi, ianya juga dapat mencegah pelbagai masalah tekak seperti gingivitis, tonsilitis dan monoliasis oral. 

Kelebihan:

  • Melegakan sakit tekak dengan serta merta
  • Dirumus dengan  povidone-iodin
  • Melawan jangkitan bakteria

Harga: RM29.90

Terdapat di: Watsons 

7. Bactidol Mouthwash 

Bactidol Mouthwash diformulasi secara khas untuk merawat sakit tekak dan ulser mulut. Ubat kumur antiseptik ini diperkaya dengan hexetidine, agen anti bakteria yang membantu membunuh bakteria serta kulat dengan berkesan. Malahan ianya cukup efektif sehingga dapat merawat penyakit tonsilitis, faringitis, gingivitis dan lain-lain lagi. 

Kelebihan:

  • Memberikan kelebihan dwi-tindakan untuk merawat sakit tekak dan ulser mulut
  • Antiseptik
  • Membunuh kulat serta bakteria 

Harga: RM19.90

Terdapat di: Guardian 

8. Thymol Mouthwash 

Thymol Mouthwash merupakan ubat kumur bebas alkohol yang diperkaya dengan campuran tiga jenis minyak pati. Produk ini mengandungi rumusan antiseptik, anti bakteria dan anti kulat untuk kesan yang efektif. Selain melegakan sakit tekak, ianya juga membantu membunuh bakteria, mengurangkan bau mulut dan keradangan. Thymol Mouthwash  juga boleh digunakan untuk merendam gigi palsu untuk menyingkirkan bakteria. 

Kelebihan:

  • Mengurangkan bau mulut 
  • Bebas alkohol
  • Boleh digunakan untuk merendam gigi palsu

Harga: RM8.80

Terdapat di: Laman website Alpro Pharmacy

9. Prospan Cough Syrup

Jika anda mengalami sakit tekak dan juga batuk yang berlarutan, Prospan Cough Syrup merupakan ubat yang mudah didapati di farmasi. Ubat ini dirumus dengan ekstrak daun ivy,  bahan aktif ini membantu mencairkan mukus  di saluran pernafasan dan melegakan sakit tekak. Selain itu, produk ini juga bebas daripada alkohol, gula dan bahan pewarna. Pastikan anda mengambil ubat batuk ini mengikut sukatan yang ditentukan.

Kelebihan:

  • Dirumus dengan ekstrak daun ivy
  • Mengurangkan kahak
  • Tidak mengandungi alkohol, gula dan bahan pewarna

Harga: RM17.90

Terdapat di: Laman website Big Pharmacy 

10. Manuka Health Manuka Honey Drops With Propolis

Manuka Health Manuka Honey Drops With Propolis merupakan antara ubat sakit tekak yang berkesan melegakan ketidakselesaan. Diperkaya dengan ekstrak 100% madu manuka asli, ramuan semula jadi ini diketahui keberkesannya dalam melegakan sakit tekak. Ianya juga mengandungi vitamin C untuk memastikan kesan yang lebih efektif. Dengan rasa madu yang manis,  ubat kemam ini juga sesuai untuk kanak-kanak yang di bawah umur enam tahun.

Kelebihan:

  • Diperkaya dengan ekstrak madu manuka
  • Melegakan sakit tekak dengan berkesan
  • Mengandungi vitamin C

Harga: RM26.50

Terdapat di: Watsons

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.