33 Tempat Menarik Di Penang Yang Setiap Pelancong Wajib Lawati

Destinasi wajib!
By: Balqis Ariffin
July 6, 2023

Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti ramai yang terbayangkan syurga makanan, tempat menarik serta pantai pasir putih yang berlatarbelakangkan lautan awan yang indah. Diketahui ramai dengan jolokan nama Pulau Mutiara, Penang merupakan destinasi pilihan utama bagi pelancong dalam dan juga luar negara. Malahan, Bandar Georgetown turut mendapat pengiktirafan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Jika anda ingin merancang percutian ke Penang, senarai tempat-tempat menarik di Penang ini pastinya sesuai untuk meluangkan masa bersama teman rapat mahupun keluarga. 

Senarai Tempat-Tempat Menarik Di Penang 2023

1. The Habitat, Bukit Bendera

Percutian anda ke Penang tidak sah jika anda tidak berkunjung ke The Habitat yang terletak di puncak Bukit Bendera. Dikelilingi dengan hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun, pengunjung dapat menikmati pemandangan 360 darjah seluruh pulau tersebut. Selain tumbuhan yang liar, and juga dapat melihat haiwan serta reptilia kecil. Untuk sampai ke The Habitat, anda perlu menaiki Funikular Bukit Bendera. Ianya juga sesuai untuk kanak-kanak kerana pelantar jalan kaki tersebut dibina yang sesuai untuk seisi keluarga. Harga tiket untuk dewasa ialah RM53 dan RM31.80 bagi kanak-kanak yang berumur sehingga 12 tahun. Manakala bagi kanak-kanak bawah tiga tahun, kemasukan adalah percuma. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat The Habitat Penang Hill, Bukit Bendera, 11300 Penang, Malaysia
Nombor Telefon +6019 6457 741
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 9 pagi – 7 malam

2. ESCAPE Theme Park

Jika anda sedang mencari tempat menarik di Penang untuk family day, kami sarankan anda melawat ESCAPE Theme Park. Taman tema ini dilengkapi dengan 40 jenis aktiviti termasuk gelongsor air dan zip  coaster yang terpanjang di dunia. Terdapat juga aktiviti-aktiviti lasak lain sesuai untuk semua peringkat umur. Harga tiket untuk dewasa yang berumur 13 sehingga 60 tahun adalah dari RM116.90, manakala kanak-kanak yang berumur empat sehingga 12 tahun ialah RM77.70.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat 828 Jalan Teluk Bahang 11050 Penang, Malaysia
Nombor Telefon +6017 797 7529
Waktu OperasiSelasa hingga Ahad: 10 pagi – 6 petang

3. Taman Rama-Rama Penang (Entopia)

Taman Rama-Rama Penang atau lebih dikenali sebagai Entopia pastinya kemuncak percutian anda di Penang. Ianya dilengkapi dengan Natureland dan Cocoon yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat pelbagai spesis rama-rama, reptilia dan serangga dengan lebih dekat. Taman ini mempunyai lebih 15,000 ekor rama-rama. Pengunjung juga boleh ke Restoran Tapestree yang menyajikan pelbagai makanan. Harga tiket dewasa ialah RM49 dan RM29 untuk kanak-kanak. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat No 830, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
Nombor Telefon +604 8888 111
Waktu OperasiDibuka setiap hari kecuali Rabu: 9 pagi – 6  petang

4. The Top Rainbow Skywalk

Luangkan waktu malam anda bersama keluarga di The Top Rainbow Skywalk yang terletak di tingkat 68 Menara Komtar.  Ianya menawarkan pemandangan menakjubkan seluruh bandar George Town. Dengan pelantar berjalan kaki yang diperbuat daripada kaca, ianya merupakan antara tempat menarik di Penang. Terdapat juga restoran Top View yang menawarkan pelbagai jenis masakan enak berlatarbelakangkan pemandangan panorama. Bayaran masuk bagi dewasa ialah RM68, manakala kanak-kanak ialah RM48. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat 1, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang
Nombor Telefon +604 3759 800
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 11 pagi – 10:00 malam

5. Rumah P. Ramlee

Bagi mereka yang merupakan peminat Seniman Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, pastikan anda berkunjung ke rumah kelahiran beliau yang menjadi lokasi tumpuan pelancong. Pengunjung dapat melihat koleksi barangan peribadi serta pencapaian yang dipamerkan di dalam rumah tersebut. Walaupun ianya telah diperbaiki, bentuk asalnya masih dipelihara. Kemasukan adalah percuma. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat Lot 2180, Jalan P Ramlee, Taman Kampar, George Town, 10460 Pulau Pinang
Nombor Telefon +604 281 7484
Waktu OperasiSelasa hingga Ahad: 9 pagi – 5 petang 

6. Teluk Duyung (Monkey Beach)

Tempat menarik seterusnya di Penang yang menjadi pilihan utama pelancong ialah Teluk Duyung  atau Monkey Beach. Jika anda ingin beristirahat sambil ditemani lautan biru, pastikan anda berkunjung ke sini. Pantai ini juga merupakan sebahagian daripada Taman Negara Penang dan terletak berdekatan dengan Rumah Api Muka Head. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Nombor Telefon Tiada
Waktu OperasiTiada

7.Muzium Perang

Muzium Perang merupakan lokasi bersejarah yang menyaksikan pelbagai kemusnahan akibat Perang Dunia Kedua. Muzium ini yang merupakan bekas kubu pertahanan tentera British mempamerkan pelbagai artifak peninggalan sejarah dan juga kubu serta terowong bawah tanah. Ianya sesuai bagi mereka yang meminati sejarah. Bayaran masuk adalah RM22 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960 Pulau Pinang
Nombor Telefon 016-421 3606
Waktu OperasiSetiap hari: 9 pagi – 11 malam

8. Armenian Street

Apabila anda berjalan-jalan di sekitar Armenian Street, pastikan anda singgah di beberapa bangunan yang menampilkan karya-karya seni jalanan. Ianya semestinya sesuai bagi mereka yang ingin mengabadikan gambar sebagai kenangan di laman sosial. Namun pastikan anda berpakaian selesa kerana anda perlu banyak berjalan.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat Sekitar Jalan Armenian
Nombor Telefon Tiada
Waktu OperasiTiada

9. WonderFood Museum

Sumber: WonderFood Museum

Adakah anda seorang foodie? Jika ya, pastikan anda berkunjung ke WonderFood Museum yang didedikasikan untuk pameran makanan tradisional. Selain itu, ianya juga bersifat ilmiah, membantu pelancong memahami makanan-makanan lokal. Di muzium ini terdapat tiga bahagian iaitu Info Zone, Wow Zone dan Educational Zone. Terdapat juga replika makanan bersaiz besar, sesuai untuk sesi bergambar.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat 49, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang 
Nombor Telefon +604 251 9095
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 9 pagi – 6 petang

10. Tropical Spice Garden

Tropical Spice Garden merupakan taman seluas lapan ekar yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman unik melihat 500 jenis tumbuhan dari serata dunia. Mereka juga menawarkan aktiviti-aktiviti lain seperti Garden Tour dan Children Tour. Bayaran masuk ialah RM15. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang
Nombor Telefon 012-423 6797
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 9 pagi  – 6 malam

11. Cheong Fatt Tze Mansion

Terletak hanya lima minit perjalanan dari China Town, Cheong Fatt Tze Mansion merupakan bangunan bersejarah yang diakui sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Rumah agam berwarna biru ini terserlah indah dengan rekaan seni bina timur dan barat. Malahan, ianya juga sering dipaparkan dalam filem antarabangsa seperti Crazy Rich Asians dan Indochine. Pengunjung dapat merasai pengalaman menakjubkan dengan lawatan di sekitar bangunan ini. Terdapat juga penginapan dan restoran yang tersedia di dalam rumah agam ini. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

Alamat14, Leith Street 10200 Penang, Malaysia
Nombor Telefon +604 262 0006
Waktu OperasiSetiap hari: 11 pagi dan 2 petang untuk waktu lawatan

12. Chew Jetty

Bagi anda yang ingin OOTD, pastikan anda berkunjung ke Chew Jetty di Pengkalan Weld yang merupakan destinasi utama untuk bergambar. Pengunjung boleh menikmati keindahan hidupan harian warga tempatan sambil berjalan di pelantar kayu. Jika anda ingin melawat pada waktu malam, kami mencadangkan agar anda berkunjung ke Chew Jetty, Lim Jetty atau Tan Jetty untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Kemasukan adalah percuma. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

AlamatChew Jetty, Weld Quay, 10300 George Town, Pulau Pinang
Nombor Telefon Tiada
Waktu OperasiSetiap hari: 9 pagi – 9 malam

13. Upside Down Museum

Sumber: Upside Down Museum Penang

Adakah anda sedang mencari tempat menarik di Penang untuk kanak-kanak ataupun family day? Untuk pengalaman yang unik, berkunjunglah ke Upside Down Museum Penang bersama keluarga anda. Muzium ini memaparkan objek seharian yang digantung melawan graviti, memberikan ilusi seakan-akan terapung di udara. Gelagat anak kecil dalam memberikan gaya bergambar yang sesuai pastinya mencuit hati anda. Tiket kemasukan untuk dewasa ialah  RM19 dan RM10 untuk kanak-kanak.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
Nombor Telefon +604 264 2660
Waktu OperasiIsnin hingga Jumaat: 8.45 pagi – 6.30 petang. Sabtu dan Ahad: 8.45 pagi – 7.30 petang

14.Taman Burung Pulau Pinang

Taman Burung Pulau Pinang mempunyai keluasan lima ekar, menjadikannya taman burung yang terbesar di Malaysia. Pengunjung dapat melihat lebih 300 spesies burung dari serata dunia dengan lebih dekat seperti flamingo, burung nuri, burung enggang, burung unta dan burung hantu. Dibina dengan konsep dalam taman, ianya juga dilengkapi dengan kolam, jambatan kayu serta tumbuhan-tumbuhan. Jika anda ingin melihat pertunjukan burung, mereka mengadakannya pada jam 11 pagi dan 3.30 petang setiap hari. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

AlamatJalan Todak Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang
Nombor Telefon +604 399 1899
Waktu OperasiSetiap hari: 9 pagi – 6 petang

15. Pantai Batu Ferringhi

Percutian anda pasti tidak lengkap jika anda tidak ke Pantai Batu Ferringhi, ianya diketahui umum sebagai antara tempat menarik di Penang. Dengan lautan air biru yang tenang serta udara nyaman, suasananya sesuai untuk berkelah. Tambahan lagi, pengunjung yang meminati sukan lasak juga dapat menghabiskan masa dengan beberapa aktiviti-aktiviti air seperti  parasailing dan jetski. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

AlamatPantai Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Nombor Telefon Tiada
Waktu OperasiTiada 

16.Rumah Api Muka Head

Terletak di Taman Negara Teluk Bahang, Rumah Api Muka Head merupakan bangunan ikonik yang dibina pada tahun 1883. Untuk sampai ke sini, anda perlu menempuh perjalanan selama dua jam. Rumah api terletak dalam ketinggian 242 meter dari paras laut dan menjanjikan pemandangan panorama indah. Pada cuaca yang indah, pengunjung dapat melihat sehingga ke Pulau Langkawi dan juga Sumatra, Indonesia. Bayaran masuk adalah percuma.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

AlamatTaman Negara Pulau Pinang, Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
Nombor Telefon Tiada
Waktu OperasiTiada

17. The Dark Mansion

Sumber: The Dark Mansion

Luangkan masa anda bersama keluarga tersayang di The Dark Mansion. Muzium ini menampilkan lukisan-lukisan berbentuk 3D glow serta cahaya lampu yang dihias pada pokok-pokok. Selain itu, terdapat juga karya bercahaya yang terbesar di dunia oleh Edgar Müller. Di setiap pelosok muzium ini, ianya pastinya merupakan pengembaraan terhebat dikelilingi cahaya yang ajaib. Bayaran masuk ialah RM25 untuk dewasa. Manakala, kanak-kanak dan warga emas ialah RM15.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

Alamat145, Lebuh Kimberley, 10100 Georgetown, Penang
Nombor Telefon +604 251 9694
Waktu OperasiSetiap Hari:10 pagi – 6.30 petang

18. Audi Dream Farm

Apabila anda berkunjung ke Balik Pulau, pastikan anda luangkan masa di Audi Dream Farm untuk merasai pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk kanak-kanak dan family day. Zoo mini ini menawarkan beberapa aktiviti seperti canting batik, menanam pokok dan juga menunggang unta atau kuda. Selain itu, aktiviti-aktiviti ini membantu mendedahkan pengunjung kepada persekitaran alam sekitar dan budaya tradisional. Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan termasuk untuk keluarga (RM250) yang memberikan anda peluang untuk menerokai ladang dan juga aktiviti memancing atau menanam pokok.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat145, MK B, Sg.Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia
Nombor Telefon+6012 406 9099
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 9 pagi – 6 petang

19. Kampung Agong

Kampung Agong merupakan tempat menarik di Penang yang seringkali menjadi pilihan utama pelancong luar. Taman tema agro ini menawarkan pengalaman di kampung yang dikelilingi dengan sawah padi dan juga kebun kelapa sawit. Suasananya cukup tenang, sesuai bagi mereka yang ingin merasai kehidupan di kampung. Selain aktiviti yang ditawarkan, tempat ini juga amat indah sesuai bagi mereka yang gemar untuk bergambar. Harga kemasukan untuk dewasa ialah RM10 dan RM5 bagi kanak-kanak berumur empat sehingga 11 tahun. Manakala bagi kanak-kanak yang berumur tiga tahun kebawah kemasukkan adalah percuma. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

Alamat841, Bakar Kapur, Kampung Bakar Kapor, 13100 Penaga, Penang
Nombor Telefon+6012 406 9099
Waktu OperasiSetiap hari: 9 pagi – 6 petang

20. Khoo Kongsi

Leong San Tong Khoo Kongsi atau lebih dikenali sebagai Khoo Kongsi dibina sekitar 650 tahun yang lalu, menjadikannya antara tempat menarik di Penang yang wajib dilawati. Tempat bersejarah ini terletak berhampiran bandar Georgetown. Ianya mempunyai seni bina yang cukup indah serta di dalamnya terdapat mural berbentuk keagamaan, batu bersurat dan ukiran patung-patung dewa. Kemasukan adalah berbayar. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

Alamat18, Cannon Square, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang
Nombor Telefon+604 261 6420
Waktu OperasiSetiap hari: 9 pagi – 5 petang

21. Taman Botani Pulau Pinang

Taman Botani Pulau Pinang cukup sinonim dengan namanya Inggerisnya, “Waterfall Gardens” . Dibina pada tahun 1884, taman ini menawarkan landskap yang dikelilingi tumbuhan hijau, denai hutan, rumah hijau serta air terjun. Malahan ianya juga merupakan antara beberapa tempat menarik di Penang yang percuma kemasukkanya. Kawasan rekreasi ini juga lengkap dengan laluan untuk bersukan, padang rehat, gazebo dan pusat penyemaian tanaman. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

AlamatKompleks Pentadbiran, Bangunan Pavilion, Jalan Kebun Bunga, 10350 George Town, Pulau Pinang
Nombor Telefon+604 226 4403
Waktu OperasiSetiap hari: 6.30 pagi – 7 malam

22. Ghost Museum Penang

Adakah anda seorang yang berani? Jika ya dan anda inginkan kelainan, pastikan anda mengunjung ke Ghost Museum Penang. Terdapat lebih 30 jenis hantu  dipamerkan berlatar belakangkan situasi seharian. Muzium ini mempunyai tiga tingkat keseluruhannya, oleh itu anda boleh menghabiskan masa terluang meneliti setiap pameran dengan pemandu pelancong mereka. Harga tiket ialah RM23 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

Alamat57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Nombor Telefon+604 261 2352
Waktu OperasiSetiap hari: 10 pagi – 7 petang

23. Fort Cornwallis

Fort Cornwallis merupakan salah satu tempat menarik di Penang yang menjadi tarikan pelancong. Infrastruktur bangunan bersejarah ini masih kukuh sehingga kini dan ianya merupakan tempat pertama Francis Light menjejakkan kakinya di Malaysia. Pengunjung berpeluang melihat kubu tersebut berserta beberapa kelengkapan perang seperti senjata. Harga kemasukan ialah RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

AlamatJalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Nombor TelefonTiada
Waktu OperasiSetiap hari: 9 pagi – 10 malam

24. Masjid Terapung Tanjung Bungah

Apabila anda dalam perjalanan ke Batu Feringghi, pastikan anda luangkan masa untuk melihat Masjid Terapung Tanjung Bungah. Disebabkan ianya dibina di permukaan air, pengunjung dapat melihat masjid ini tersergam indah dari jauh. Seni binanya menggabungkan ciri-ciri tempatan dan juga Turki. Selain seni khat kaligrafi yang terukir, masjid ini juga direka dengan lantai mozek dan seramik yang berwarna warni. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

AlamatJalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Nombor TelefonTiada 
Waktu OperasiSetiap hari: 5 pagi – 9.30 malam

25. Asia Camera Museum

Asia Camera Museum yang terletak di Lebuh Armenian adalah tarikan utama bagi penggemar kamera. Terdapat lebih 1000 jenis kamera yang dipamerkan termasuk koleksi antik seawal 1900. Malahan, muzium ini juga mempunyai bilik gelap yang membantu pengunjung memahami proses pemrosesan filem. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

Alamat71 Lebuh Armenian 10200 Penang, Malaysia 
Nombor Telefon+6012 474 0123
Waktu OperasiSetiap hari: 10 pagi – 6 petang

26. Taman Rimba Teluk Bahang

Dengan keluasan 873 hektar dipenuhi pelbagai jenis flora dan fauna, Taman Rimba Teluk Bahang adalah destinasi tarikan bagi pelancong luar dan juga dalam negara. Ianya juga sering kali menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada musim cuti sekolah. Taman rekreasi ini menawarkan beberapa aktiviti menarik seperti jungle trekking, kolam mandi dan juga muzium perhutanan. Kemasukan adalah percuma. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

AlamatLorong Rimba, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Nombor Telefon+604 8851280
Waktu OperasiSetiap hari: 7 pagi – 7 petang

27. Pasar Chowrasta

Senarai tempat menarik di Penang ini pasti tidak lengkap tanpa Pasar Chowrasta yang mempunyai asal usul yang cukup bersejarah. Diketahui sebagai antara pasar tertua di Malaysia, tempat ini dinamakan sempena bahasa Urdu yang bermaksud persimpangan jalan. Manakala, istilah chowk pula membawa erti pasar jalanan dalam bahasa Hindi. Di pasar dua tingkat ini, pengunjung boleh membeli pelbagai barang-barangan tempatan seperti cenderahati, aksesori, dan banyak lagi. Selain itu, di sekeliling Pasar Chowrasta terdapat beberapa tempat makan popular yang anda wajib kunjungi termasuk Nasi Kandar Pokok Ketapang, ais tingkap dan Teh halia Abdul.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatLot 124, Jln Penang, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
Nombor TelefonTiada
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 6.30 pagi – 6 petang

28. Kek Lok Si Temple

Kek Lok Si Temple yang mula dibina pada tahun 1891 telah dikenali sebagai salah satu kompleks kuil terbesar di Asia Tenggara. Terletak di atas bukit, kuil ini menjanjikan pemandangan indah dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Selain ratusan ukiran Buddha, seni bina pagoda dan kuilnya cukup menarik dengan ukiran yang diinspirasikan daripada kebudayaan masyarakat cina. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatKek Lok Si Temple ,11500 Ayer Itam, Penang
Nombor Telefon+604 828 3317
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 7 pagi – 9 malam

29. Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling merupakan mercu tanda yang terletak di tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town. Dibina pada tahun 1801, bangunan masjid ini menggabungkan pengaruh seni bina India-Mughal dengan reka bentuk Gothic, Moor dan Roman Renaissance. Ruangan utamanya menampilkan lantai marmar putih dengan siling yang tinggi berserta ukiran yang indah. Sebelum anda memasuki perkarangan utama, terdapat juga paparan berkaitan sejarah pembinaan masjid ini. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat14, Jalan Buckingham, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Nombor Telefon+604 261 4215
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 5 pagi – 10 malam

30. Gurney Drive

Dengan lokasinya yang strategik, Gurney Drive amat sesuai bagi mereka yang ingin melawati tempat menarik di Penang pada waktu malam. Kawasan yang terletak di pinggir laut ini cukup terkenal dengan lokasi beli-belah dan tempat makan yang popular. Setelah penat berjalan, pastikan anda berkunjung ke Gurney Drive Hawker Centre untuk merasai makanan tempatan.  

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatGurney Drive ( Persiaran Gurney), Georgetown, 10250 George Town, Penang
Nombor TelefonTiada
Waktu OperasiTiada

31. Taman Negara Pulau Pinang

Sumber: Tripadvisor

Jika anda inginkan percutian yang dikelilingi alam semulajadi, tiada tempat menarik yang boleh dibandingkan dengan Taman Negara Pulau Pinang. Terletak di kawasan Teluk Bahang, terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti memancing, mendaki bukit, berkelah di Pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi serta merentasi titian kanopi. Anda juga boleh melawat 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatTaman Negara Pulau PinangJalan Hassan Abbas, Teluk Bahang11050 Pulau Pinang
Nombor Telefon +604 881 3530
Waktu OperasiTiada

32. Pasar Lorong Kulit

Sumber: Facebook Pasar Lorong Kulit

Pasar Lorong Kulit merupakan pasar karat yang dibuka setiap hari di sekitar Jalan Dato Keramat Georgetown. Sebelum ini ia dibuka di Jalan Pintal Tali atau lebih dikenali sebagai Rope Walk. Selain barangan antik, anda juga boleh membeli pelbagai jenis barangan harian dan juga makanan seperti buah. Harga yang ditawarkan juga berbaloi. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat625 Jalan Dato Keramat Georgetown, 10460 George Town, Pulau Pinang
Nombor Telefon Tiada
Waktu OperasiSetiap hari: 7.30 pagi – 1 petang

33. Muzium & Galeri Tengku Fauziah

Sumber: Muzium & Galeri Tengku Fauziah

Muzium & Galeri Tengku Fauziah merupakan satu-satunya muzium di Malaysia yang menggabungkan sains dan seni. Muzium ini juga menempatkan koleksi karya seni dari perintis seni moden Malaysia yang terkemuka seperti Peter Harris, Hossein Enas, Syed Ahmad Jamal, Lee Joo For, dan Latiff Mohidin. Selain itu, terdapat juga pameran diadakan di Muzium ini. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatUniversiti Sains Malaysia, 808, Jalan Pemimpin, 11800 Gelugor, Pulau Pinang
Nombor Telefon +604 123456789
Waktu OperasiIsnin hingga Jumaat: 9 pagi – 5 petang  

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.