Bila sebut sahaja ingin bercuti di dalam Malaysia, tentu ramai yang akan menyarankan untuk mengunjungi Bandaraya Ipoh. Bukan sahaja terkenal di kalangan pelancong tempatan, bandar utama yang terletak di negeri Perak ini turut menjadi tumpuan pelancong asing. Kaya dengan seni, budaya, sejarah, dan keindahan alam semula jadi, ayuh kita ketahui beberapa tempat menarik di Ipoh untuk dilawati!
Tempat Menarik di Ipoh
Contents
- Tempat Menarik di Ipoh
- 1. Menara Jam Peringatan Birch
- 2. Taman Herba Papan
- 3. The Banjaran Hot Spring Retreat
- 4. Lost World of Tambun
- 5. Masjid Muhammadiah
- 6. Muzium Han Chin Pet Soo
- 7. Concubine Lane
- 8. Gua Kek Look Tong & Zen Garden
- 9. Bukit Kledang
- 10. Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village
- 11. Ipoh Town Hall
- 12. Pasar Karat
- 13. Kellie’s Castle
- 14. BookXcess Kong Heng
- 15. Upside Down World Ipoh
- 16. Ipoh War Memorial
- 17. Gaharu Tea Village
- 18. Taman Mini Jepun
- 19. Sam Poh Tong Temple
- 20. Taman Rekreasi Gunung Lang & Tasik Cermin
1. Menara Jam Peringatan Birch
Dibina pada tahun 1909, Menara Jam Peringatan Birch wujud bagi mengingati kematian Residen British Pertama Perak iaitu JWW Birch. Dengan kos pembinaan mencecah sehingga 25,000 pound sterling, bangunan bersejarah tersebut telah dirasmikan oleh Sir Ernest Woodford Birch, Residen British Perak kelapan dan anak kepada JWW Birch. Monumen bersejarah ini terus dibaik pulih dan menjadi salah satu tarikan di Ipoh.
Alamat: | 31650 Ipoh, Perak |
Waktu operasi: | Dibuka selama 24 jam |
Nombor telefon: | Tidak disediakan |
2. Taman Herba Papan
Untuk mengetahui pelbagai jenis fauna, Taman Herba Papan patut menjadi kunjungan yang wajib bila anda berada di Ipoh. Mempunyai 186 jenis spesis herba, taman ini terletak 25 km dari Ipoh dan berada dalam kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong yang mempunyai keluasan 7.2 hektar.
Jika anda ingin bermalam di sini, tempat penginapan turut disediakan.
Alamat: | Batu 1, Jalan Simpang Pulai, Kg. Kepayang, Perak, Batu Gajah, 31300 Gopeng, Negeri Perak |
Waktu operasi: | Setiap hari, 8 pagi hingga 5.30 petang |
Nombor telefon: | Tidak disediakan |
3. The Banjaran Hot Spring Retreat
Ingin melarikan daripada kesibukan bandar dan bersantai dengan suasana yang menenangkan? Kunjungi The Banjaran Hotsprings Retreat. Terletak di sebuah lembah yang mempunyai keluasan 22.7 ekar dan dikelilingioleh gua-gua batu kapur, resort ini turut mempunyai spa, restoran, dan lima jenis villa untuk memberikan percutian yang tidak mungkin anda akan lupakan!
Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi laman ini.
Alamat: | The Banjaran Hotsprings Retreat No. 1, Persiaran Lagun Sunway 3, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia |
Waktu operasi: | Dibuka selama 24 jam |
Nombor telefon: | +605 210 7777 |
4. Lost World of Tambun
Lost World of Tambun menawarkan pelbagai jenis permainan dan aktiviti yang seronok untuk dilakukan bersama keluarga atau kawan-kawan. Dikelilingi hutan, kolam air panas semula jadi, dan gua-gua kapur berusia lebih daripada 400 ratus tahun, taman tema ini mempunyai 88 jenis tarikan, 10 jenis taman tema, dan 123 jenis spesis haiwan untuk dilihat.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Alamat: | No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia |
Waktu operasi: | Isnin – Jumaat, 11 pagi hingga 11 malam Sabtu dan Ahad, cuti sekolah dan cuti umum, 10 pagi hingga 11 malam Tutup setiap hari Selasa kecuali pada cuti sekolah dan umum di Malaysia |
Nombor telefon: | +605 542 8888 |
5. Masjid Muhammadiah
Turut dikenali sebagai ‘Masjid Cina’, Masjid Muhammadiah menjadi tumpuan orang ramai kerana strukturnya yang unik dan menggunakan ciri-ciri bangunan tradisi masyarakat Cina seperti ‘bumbung panjang’ dan ‘bumbung lima’. Dengan kos pembinaan yang mencecah lebih daripada 4 juta Ringgit Malaysia, masjid ini telah dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah pada 18 Julai 2014. Semenjak itu, ia sering menerima kunjungan dari pelancong tempatan dan luar.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Alamat: | Jalan Musim Bunga, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak |
Waktu operasi: | Dibuka setiap hari, 5 pagi hingga 10 malam |
Nombor telefon: | +6011 1236 4188 |
6. Muzium Han Chin Pet Soo
Han Chin Pet Soo merupakan muzium lombong timah Hakka pertama di Malaysia. Mempunyai tiga tingkat, musium ini memaparkan beberapa artifak, barang koleksi, ephemera, dan gambar dari abad ke-19 dan ke-20. Kerana menerima jumlah pengunjung yang tinggi, orang ramai dinasihatkan untuk melakukan tempahan secara atas talian atau di premis terlebih dahulu sebelum memasuki musium ini.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Alamat: | 3, Jalan Bijeh Timah, 30100 Ipoh, Perak |
Waktu operasi: | Selasa – Ahad, 9.30 pagi hingga 3.30 petang |
Nombor telefon: | +605 241 4541 |
7. Concubine Lane
Menjadi tempat tumpuan pelancong di Ipoh, Concubine Lane mempunyai beberapa kafe, restoran, butik, kedai kopi, kedai perhiasan, dan banyak lagi untuk diterokai. Lorong tersebut mempunyai bangunan klasik yang turut dihiasi dengan lukisan moden dan tanglung, menjadikannya lokasi yang terkenal untuk ber-OOTD!
Alamat: | 30000 Ipoh, Perak |
Waktu operasi: | Dibuka setiap hari selama 24 jam |
Nombor telefon: | Tidak disediakan |
8. Gua Kek Look Tong & Zen Garden
Pernah menjadi tapak perlombongan besi, Gua Kek Look Tong & Zen Garden memberikan anda sebuah permandangan alam semula jadi yang begitu indah dan menenangkan. Di dalam gua tersebut terdapat pelbagai patung Buddha yang telah diletakkan di celah-celah stalaktik dan bongkah batu. Selain itu, Zen Garden turut menjadi pusat rekreasi orang ramai untuk berjogging atau bersantai.
Alamat: | Pesiaran Sepakat 3, TMN ENDAH JAYA, 31350 Ipoh, Perak |
Waktu operasi: | Setiap hari, 8 pagi hingga 4.30 petang |
Nombor telefon: | +605 312 8112 |
9. Bukit Kledang
Salah satu destinasi yang terkenal di Ipoh untuk aktiviti pendakian, Bukit Kledang mempunyai ketinggian 800 meter dan menerima banyak kunjungan tak kira masa. Terdapat lalaun bertar dan bertangga yang telah disediakan tapi jika anda sukakan cabaran, laluan hutan turut tersedia. Selain itu, puncak bukit ini turut memberika pemandangan Bandaraya Ipoh yang cukup indah.
Alamat: | Jalan Kledang, 31450 Ipoh, Perak |
Waktu operasi: | Dibuka setiap hari selama 24 jam |
Nombor telefon: | Tidak disediakan |
10. Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village
Diterjemah kepada “bukit tenang” dalam bahasa Mandarin, Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village merupakan sebuah taman rekreasi yang mempunyai pelbagai jenis aktiviti menarik untuk dilakukan. Samada melihat bangunan-bangunan dengan struktur lama, berkelah, mengunjungi kedai hiasan antik, atau mengujungi pokok Banyan purba, tempat ini menjadi salah satu tempat menarik di Ipoh!
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Alamat: | 22A, Persiaran Pinggir Rapat 5a, Taman Saikat, 31350 Ipoh, Perak |
Waktu operasi: | Isnin – Sabtu, 9.30 pagi hingga 5 petang |
Nombor telefon: | +605 312 4140 |
11. Ipoh Town Hall
Telah direka oleh Arthur Benison Hubback, seorang arktitek tersohor British, Ipoh Town Hall merupakan sebuah bangunan bersejarah yang pernah menjadi pusat pentadbiran utama di Ipoh. Ia terletak di tengah bandaraya Ipoh da berhampiran dengan stesen keretapi dan dataran KTM Ipoh.
Alamat: | 2700, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak |
Waktu operasi: | Tidak disenarai |
Nombor Telefon: | Tidak tersedia |
12. Pasar Karat
Minat mengumpul barangan antik atau hiasan? Maka anda perlu mengunjungi Pasar Karat atau lebih dikenali sebagai ‘Loken’ di kalangan penduduk tempatan. Mempunyai kepanjangan sehingga 2 km, terdapat pelbagai jenis barangan yang boleh ditemui seperti alat muzik, radio lama, barangan rumah, anda turut boleh menjamu selera di beberapa restoran dan kedai makan yang terdekat.
Alamat: | Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak |
Waktu operasi: | Ahad, 7 pagi hingga 1 petang |
Nombor Telefon: | Tidak tersedia |
13. Kellie’s Castle
Kellie’s Castle menjadi salah satu tempat menarik di Ipoh untuk dikunjungi. Terletak berhampiran Sungai Raya, pembinaannya bermula seawal 1910 namun tidak pernah disiapkan selepas kematian pemiliknya, William Kellie-Smith. Ia turut pernah menjadi lokasi pengambaran untuk filem Anna and the King (1999) dan Skyline Cruisers (2001).
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Alamat: | Lot 48436, Kompleks Pelancongan Kellie’s Castle, KM 5.5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak |
Waktu operasi: | Dibuka setiap hari, 9.30 pagi hingga 5.15 petang |
Nombor Telefon: | +605 365 3381 |
14. BookXcess Kong Heng
Apa yang menjadikan BookXcess Kong Heng salah satu tempat menarik di Ipoh ialah eksterior dalamannya yang mengguna semula peti-peti besi deposit daripada bank yang pernah beroperasi di bangunan tersebut sebagai rak-rak buku. Selain itu, ia turut mewujudkan ruangan ‘newseum’ Yasmin at Kong Heng yang mampamerkan iklan Petronas dan filem-filem terbaik oleh pengarah, penulis lakon layar dan penulis Malaysia tersohor, Yasmin Ahmad.
Alamat: | 91, Jln Sultan Yussof, 30000 Ipoh, Perak |
Waktu operasi: | Dibuka setiap hari, 9 pagi hingga 8 malam |
Nombor Telefon: | +605 246 0019 |
15. Upside Down World Ipoh
Jika anda ingin mencipta pelbagai gambar-gambar dan memori yang unik, jangan lupa untuk menjejak kaki ke Upside Down World Ipoh. Dengan menggunakan konsep objek-objek terbalik yang melawan graviti, ia merupakan lokasi popular buat seisi keluarga.
Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman ini.
Alamat: | 55 Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia. |
Waktu operasi: | Dibuka setiap hari, 9 pagi hingga 6 petang |
Nombor Telefon: | +605 210 7037 |
16. Ipoh War Memorial
Dibina pada 1927, plak ini diwujudkan bagi memperingati mereka yang telah terkoban dalam dua konflik iaitu pada pada tahun 1914 hingga 1918 dan 1939 hingga 1945. Terletak berhampiran dengan Stesen Keretapi Ipoh, ia merupakan antara lokasi bersejarah yang sangat mudah untuk dikunjungi ramai.
Alamat: | 30100 Ipoh, Perak |
Waktu operasi: | Dibuka setiap hari, selama 24 jam |
Nombor Telefon: | Tidak disenaraikan |
17. Gaharu Tea Village
Ladang yang mempunyai pokok gaharu ini menjadi salah satu destinasi menarik untuk dikunjungi. Dengan pemandangan yang cantik dan luas, ia turut mempunyai kafe dan kedai yang menjual pelbagai jenis produk daripada pokok gaharu untuk didapatkan.
Alamat: | Jalan Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak |
Waktu operasi: | Rabu hingga Isnin, 9.15 pagi hingga 6 petang |
Nombor Telefon: | +605 351 1999 |
18. Taman Mini Jepun
Siapa kata anda perlu menempah tiket penerbangan yang mahal untuk menikmati landskap dan suasana yang sama seperti di Jepun? Tak perlu bersusah-payah, hanya kunjungi Taman Mini Jepun yang terletak di dalam Taman Rekreasi Dr. Seenivasagam. Ia telah dirasmikan dan dibuka pada 30 Jun 1995 oleh Datuk Bandar Ipoh pada ketika itu, Tuan Haji Ahmad Salleh Haji Sarif bersama bekas Datuk Bandar, Dato Haji Umar Haji Abu dan bendahari Majlis Bandaraya Fukuoka, Encik Watanabe. Semenjak itu, taman ini menjadi kunjungan orang ramai untuk bersantai dan beriadah.
Alamat: | Jalan Keliling Dalam, 30300 Ipoh |
Waktu operasi: | Dibuka setiap hari |
Nombor Telefon: | Tidak tersenarai |
19. Sam Poh Tong Temple
Kuil Buddha ini di terletak di dalam gua batu kapur yang mempunyai patung Buddha berbaring. Ia turut dikenali sebagai Gua Tiga Buddha dan menjadi kuil tertua di Ipoh. Pernah dinobatkan sebagai “Taman Landskap Terbaik” di Malaysia pada tahun 1993, pengunjung boleh menikmati keindahan alam sambil mengunjungi Kuil Nam Thean Tong dan Kuil Ling Seng Tong yang berhampiran.
Alamat: | Kampung Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak |
Waktu operasi: | Dibuka setiap hari, 9 pagi hingga 4 petang |
Nombor Telefon: | +605 255 2772 |
20. Taman Rekreasi Gunung Lang & Tasik Cermin
Satu lagi tempat percutian yang terkenal di Ipoh, Taman Rekreasi Gunung Lang & Tasik Cermin dapat memberikan anda pemandangan yang nyaman dan menenangkan. Terletak kira-kira 5 km dari bandar Ipoh, ia mempunyai pelbagai fasiliti seperti; mini zoo, menara tinjau, dan rumah tradisional Perak yang sering menjadi tumpuan.
Alamat: | Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak |
Waktu operasi: | Dibuka setiap hari, 8.30 pagi hingga 6 petang |
Nombor Telefon: | +605 208 3333 |
Untuk mendapatkan maklumat terkini, pastikan anda mengikuti Glitz di Instagram dan Facebook