Terletak berhampiran dengan kota raya Kuala Lumpur, Selangor merupakan sebuah negeri yang cukup membangun dan sibuk dengan pelbagai jenis industri. Meskipun begitu, ia tetap menarik ramai pengunjung di dalam dan di luar bagi menikmati percutian yang indah dan menenangkan. Tak hairan mengapa kerana di sebalik bangunan yang tinggi dan bandar-bandarnya yang sibuk, terdapat beberapa resort di Selangor yang terletak di lokasi-lokasi strategik dan jauh dari kesibukan kota. Glitz telah menyenaraikan 16 tempat menarik untuk anda kunjungi!
16 Resort di Selangor
Contents
- 16 Resort di Selangor
- 1. Tasik Kebun Serendah
- 2. Cyberview Resort & Spa
- 3. Tadom Hill Resorts
- 4. Avani Sepang Goldcoast Resort
- 5. Padi Box
- 6. Villea Morib
- 7. Espira Kinrara
- 8. Amverton Cove Golf & Island Resort
- 9. Kuang Kampung Retreat
- 10. Gerimis Senja Villa
- 11. Dash Box Hotel
- 12. Bamboo Village Kuala Lumpur
- 13. The Kabin
- 14. Mines Beach Resort Hotel
- 15. Sunway Resort Hotel
- 16. The Club Saujana Resort
1. Tasik Kebun Serendah
Terletak 45 minit dari kota raya Kuala Lumpur, Tasik Kebun mempunyai keluasan sebanyak 15 ekar dan dikelilingi dengan keindahan semula jadi bagi memberikan pengunjung sebuah percutian yang menenangkan. Ia turut mempunyai empat villa, lima chalet, kolam renang, dewan makan, dewan serbaguna, pusat perniagaan dan rekreasi, dan surau.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Harga purata: | Bermula daripada RM315 |
Alamat: | Jalan Anggerik 1i, Desa Anggerik, 48200 Serendah, Selangor |
Waktu check-in dan check-out: | 3 petang, 12 petang |
Nombor telefon: | +6013 388 8359 |
2. Cyberview Resort & Spa
Cyberview Resort & Spa merupakan resort bertaraf lima bintang yang menawarkan pelbagai jenis kemudahan seperti spa, kolam renang, tiga jenis restoran dan dua bar, dan banyak lagi. Ia turut menjadi lokasi yang sesuai bagi mengadakan mesyuarat korporat, majlis perkahwinan, sambutan ulang tahun, dan Hari Keluarga.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Harga purata: | Bermula pada RM210 |
Alamat: | The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7, 63000 Cyberjaya, Selangor |
Waktu check-in dan check-out: | selepas 3 petang, sebelum 12 petang |
Nombor telefon: | +603 8312 7000 |
3. Tadom Hill Resorts
Jika anda ingin menikmati suasana dan keindahan alam semula jadi, Tadom Hill Resorts patut menjadi antara destinasi yang wajib dikunjungi. Dengan kawasan seluas 18 hektar dan terletak berhampiran dengan sebuah tasik, pelbagai aktiviti outdoor yang boleh dilakukan. Apa yang menarik tentang resort ini juga ialah struktur chalet yang diperbuat daripada bahan buluh.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Harga purata: | Bermula pada RM180 |
Alamat: | Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan, Malaysia |
Waktu check-in dan check-out: | selepas 3 petang, sebelum 12 petang |
Nombor telefon: | +6012 522 5728 |
4. Avani Sepang Goldcoast Resort
Sebuah resort di Selangor yang menawarkan penginapan yang mewah dan pelbagai pakej. AVANI Sepang Goldcoast Resort menyediakan bilik-bilik yang bukan sahaja luas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti gym, spa, kolam renang, dan banyak lagi. Apa yang menjadikannya salah satu lokasi yang unik ialah resort terbut terletak berhampiran dengan pantai dan pengunjung boleh menikmati suasana yang nyaman ketika bermalam di situ.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Harga purata: | Bermula pada RM469 |
Alamat: | Avani Sepang Goldcoast Resort, No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan 43950 |
Waktu check-in dan check-out: | Selepas 3 petang, sebelum 12 petang |
Nombor telefon: | +60 3-6156 1000 |
5. Padi Box
Siapa kata anda perlu ke negeri Kedah untuk menikmati pemandangan dan suasana sawah padi? Padi Box merupakan sebuah resort di Selangor yang terletak di tengah sawah padi Sekinchan dapat memberikan anda pengalaman tersebut. Dengan konsep kontena dan bilik-bilik yang cukup luas, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama kawan-kawan atau keluarga seperti berbasikal, tour guide, bergambar, dan sebagainya.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Harga purata: | Bermula pada RM118 |
Alamat: | Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor |
Waktu check-in dan check-out: | Selepas 3 petang, sebelum 12 petang |
Nombor telefon: | +6019 320 5688 |
6. Villea Morib
Terletak berhampiran dengan Pantai Morib, pengunjung dapat menikmati suasana yang selesa dan menenangkan sambil berehat di Villea Morib. Dengan pemandangan Selat Melaka, resort ini menjadi destinasi popular bagi seisi keluarga atau percutian bulan madu.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Harga purata: | Bermula pada RM291 |
Alamat: | Lot 183 &184 Jalan Pantai, 42700 Banting, Selangor |
Waktu check-in dan check-out: | Selepas 3 petang, sebelum 12 petang |
Nombor telefon: | +603 3198 2070 |
7. Espira Kinrara
Dengan 100 bilik yang cukup luas, Espira Kinrara merupakan resort yang dikelilingi dengan keindahan alam semula jadi bagi memberikan anda sebuah percutian yang cukup menenangkan. Terletak di tengah-tengah Lembah Klang dan berhampiran dengan Kinrara Golf Club, ia merupakan lokasi untuk bersantai dari kesibukan bandar.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Harga purata: | Bermula pada RM229 |
Alamat: | Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor |
Waktu check-in dan check-out: | Selepas 3 petang, sebelum 12 petang |
Nombor telefon: | +603 8079 1000 |
8. Amverton Cove Golf & Island Resort
Amverton Cove Golf & Island Resort merupakan sebuah resort di Selangor yang anda harus membawa seisi keluarga. Bukan sahaja mempunyai penginapan yang cukup selesa dan lengkap, tapi ia juaga mempunyai pelbagai tarikan seperti kolam renang, taman tema, dan padang golf.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Harga purata: | Bermula pada RM327 |
Alamat: | PT673, Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor, Malaysia. |
Waktu check-in dan check-out: | Selepas 3 petang, sebelum 12 petang |
Nombor telefon: | +603‐3123 3888 |
9. Kuang Kampung Retreat
Sebuah rumah yang menggabungkan elemen klasik dan moden pada strukturnya, Kuang Kampung Retreat pernah menjadi lokasi pengambaran untuk drama popular; Nur 1 dan Nur 2. Ia telah dibina oleh ahli kraftangan Kelantan dan mempunyai sebuah kolam renang di dalam bagi memberikan privasi sepenuhnya.
Harga purata: | Bermula pada RM1000 |
Alamat: | Lorong Orkid, Kuang, 47100 Sungai Buloh, Selangor |
Waktu check-in dan check-out: | Selepas 3 petang, sebelum 12 petang |
Nombor telefon: | +603 2730 9988 |
10. Gerimis Senja Villa
Sebuah villa yang cukup luas dan selesa, ia menjadi penginapan terkenal di kalangan orang ramai untuk staycation bersama kawan-kawan atau seisi keluarga. Diselubungi pokok-pokok yang tinggi dan hijau, Gerimis Senja Villa turut mempunyai ruang yang secukupnya untuk aktiviti-aktiviti menarik seperti; bbq, permainan ping pong, majlis kecil, dan sebagainya.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Harga purata: | Bermula pada RM1350 |
Alamat: | Batu 17 3, 4, Kampung Dusun Tua, 43100 Hulu Langat, Selangor |
Waktu check-in dan check-out: | 2 petang, 11 pagi |
Nombor telefon: | +6012 252 2235 |
11. Dash Box Hotel
Dengan lokasinya yang strategik dan terletak di Cyberjaya, Dash Box Hotel mempunyai konsep urban yang telah menarik minat pelbagai pengunjung di dalam dan luar negara. Dengan dua jenis bilik yang mempunyai hiasan dalaman yang cukup moden, ia turut dilengkapi dengan kolam renang untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Harga purata: | Bermula pada RM200 |
Alamat: | Persiaran APEC, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor |
Waktu check-in dan check-out: | Selepas 3 petang, sebelum 12 petang |
Nombor telefon: | +603 8322 7171 |
12. Bamboo Village Kuala Lumpur
Cukup rimas dan serabut dengan kehidupan di kota raya? Tenangkan minda anda dengan membawa diri ke Bamboo Village, Kuala Lumpur. Resort yang terletak di Hulu Langat ini berkonsepkan buluh dan dikelilingi dengan permandangan hutan yang cukup indah. Ia juga mengalukan aktiviti sukarelawan dan kerja-kerja pertukangan buat pengunjung yang inginkan pengalaman baru.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Harga purata: | Bermula pada RM48 (dorm) dan RM120 (cottage) |
Alamat: | Jalan Desa Pelangi, 43200 Hulu Langat, Selangor |
Waktu check-in dan check-out: | Selepas 3 petang, sebelum 12 petang |
Nombor telefon: | +6016 235 3404 |
13. The Kabin
Satu lagi resort di Selangor yang mempunyai konsep kontena yang moden dan minimalis, The Kabin menjadi penginapan yang terkenal bagi mereka yang melancong ke Kuala Selangor. Ia turut menyediakan dua jenis kolam renang untuk mandi-manda.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Harga purata: | Bermula pada RM160 |
Alamat: | Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor |
Waktu check-in dan check-out: | Selepas 3 petang, sebelum 12 petang |
Nombor telefon: | +6017 924 7800 |
14. Mines Beach Resort Hotel
Terletak hanya 15 minit dari bandaraya Kuala Lumpur, Mines Beach Resort mempunyai 171 bilik yang cukup elegan dan mewah untuk percutian anda yang seterusnya. Selain itu, ia turut mempunyai padang golf, spa, restoran, dan pusat kecergasan bagi memberikan anda sebuah pengalaman yang menakjubkan.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Harga purata: | Bermula pada RM220 |
Alamat: | Jalan Dulang, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor |
Waktu check-in dan check-out: | Selepas 3 petang, sebelum 12 petang |
Nombor telefon: | +603 8948 6688 |
15. Sunway Resort Hotel
Sunway Resort Hotel menawarkan sebuah penginapan yang mewah dengan pelbagai jenis kemudahan bertaraf lima bintang. Ia turut terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah Sunway Pyramid dan taman teman Sunway Lagoon, menjadikannya lokasi yang strategik dan mudah diakses ramai.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ini.
Harga purata: | Bermula pada RM670 |
Alamat: | 1, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor |
Waktu check-in dan check-out: | Selepas 3 petang, sebelum 12 petang |
Nombor telefon: | +603 7492 8000 |
16. The Club Saujana Resort
Di The Club Saujana Resort, anda dapat bersantai dengan pemandangan padang golf dan taman-taman yang berhampiran. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan bilik-bilik yang selesa serta elegan, resort ini menjadi salah satu destinasi yang sesuai jika anda ingin berehat sambil menikmati suasana yang damai.
Harga purata: | Bermula pada RM280 |
Alamat: | Persiaran Golf, Seksyen U2 Saujana, 40150 Shah Alam, Selangor |
Waktu check-in dan check-out: | Selepas 3 petang, sebelum 12 petang |
Nombor telefon: | +603 7806 700 |
Untuk mendapatkan maklumat terkini, pastikan anda mengikuti Glitz di Instagram dan Facebook