Tempat Menarik di Cherating Ini Sesuai Untuk Anda Yang Ingin Healing Dari Kesibukan!

Dikelilingi lautan biru yang indah
By: Balqis Ariffin
November 7, 2023

Cherating yang terletak kira-kira 45 kilometer dari utara Kuantan merupakan destinasi percutian yang popular di kalangan pelancong luar dan dalam negara. Dengan lokasinya yang berdekatan dengan laut China Selatan, Cherating menjanjikan pemandangan yang indah nian dengan lautan birunya serta pantai berpasir yang landai. Jika anda ingin menghabiskan masa percutian anda di sini, jom tengok senarai tempat menarik di Cherating ini yang sesuai untuk seisi keluarga. 

Senarai Tempat Menarik di Cherating

1. Pantai Cherating

Sumber: Tourism Pahang

Senarai tempat menarik di Cherating utama pilihan ramai adalah Pantai Cherating yang cukup sinonim dengan lokasi ini. Untuk mereka yang tidak mengetahuinya, pantai ini mempunyai jarak lapan kilometer dan terdapat pelbagai hotel terkemuka di sekitarnya seperti Club med. Selain itu, pengunjung juga boleh menghabiskan masa melakukan pelbagai aktiviti termasuk meluncur air. Diketahui sebagai destinasi utama, terdapat juga tempat menarik yang terletak berdekatan dengan pantai ini.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatPantai Cherating, Kuantan, Pahang
Nombor Telefon
Waktu Operasi

2. Santuari Penyu Cherating

Sumber: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Cherating

Santuari Penyu Cherating yang terletak berdekatan dengan Club Med Cherating Beach Resort adalah tempat pemeliharaan spesies penyu. Tempat ini dilengkapi dengan galeri penerangan untuk maklumat. Tambahan lagi, pengunjung juga berpeluang melihat beberapa spesies penyu dengan lebih dekat di kawasan kolamnya. Harga kemasukan adalah percuma. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatPusat Penerangan & Santuari Penyu Cherating, KM 45 Jalan Kuantan-Kemaman, 26080, Kuantan, Pahang
Nombor Telefon+609 5819087
Waktu OperasiSelasa – Ahad: 9.00 pagi – 5.00 petang

3. Kelip-Kelip Sungai Cherating

Untuk yang tidak mengetahuinya, anda juga berpeluang untuk melihat kelip-kelip di Sungai Cherating. Aktiviti ini yang dilakukan pada waktu malam, membawa pengunjung di sekitar sungai selama satu jam dan terdapat beberapa pakej yang disediakan. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti ini sewaktu bulan Julai hingga Oktober. Harga untuk kanak-kanak adalah RM35, manakala dewasa pula adalah RM45. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatJalan Kampung Cherating Lama 26080 KUANTAN PAHANG Malaysia
Nombor Telefon+6013 2152 708
Waktu OperasiPakej ditawarkan dalam waktu berbeza

4. Gua Charah

Sumber: visitmalaysia.info

Jika anda ingin dikelilingi dengan alam semula jadi, kami sarankan anda ke Gua Charah yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Kuantan. Gua ini dipercaya merupakan tapak penempatan awal manusia yang bermula sejak zaman prasejarah. Selain itu, ia merangkumi lapan jenis gua berbeza yang membentuk kompleks Gua Charah dengan kepanjangan seluas 92 hektar. Salah satu guanya adalah Gua Batu Nesan Raja, Gua Pecah, Gua Gajah, Gua Tiga Beradik, dan Gua Puteri Bersikat. Di Gua Buddha atau Gua Gelap, terdapat patung Buddha yang berbaring sepanjang 8.1 meter. Harga kemasukan adalah RM2.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatJln Gua Charas, 26090 Kuantan, Pahang
Nombor Telefon
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 9.30 pagi – 5 petang

5. Limbong Art

Jika anda sedang mencari tempat menarik di Cherating yang dapat memberikan pengalaman manis untuk seisi keluarga, pastikan anda ke Limbong Art. Tempat ini menawarkan pelbagai barangan batik yang sesuai sebagai cenderahati seperti baju, topi dan banyak lagi. Selain itu, pengunjung juga dapat mencuba menghasilkan batik sendiri.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatLimbong Art, Kampung Cherating, 26080 Balok, Pahang
Nombor Telefon+609 581 9134
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 10.00 pagi – 10.00 malam

6. Warung Aziz Satar

Percutian anda pasti tidak lengkap tanpa tempat makan menarik di Cherating, bukan? Pastikan anda ke Warung Aziz Satar yang terletak di Kuala Kemaman dan perjalanan hanya mengambil masa 15 minit. Antara sajian yang disediakan adalah keropok lekor, sata, otak-otak, pais ikan, dan banyak lagi. Makanan yang disajikan bukan sahaja sedap, malahan harganya juga murah. Restoran ini mempunyai tiga cawangan yang terletak di jalan yang sama. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatT124, Kampung Geliga Cik Akob, 24000 Chukai, Terengganu
Nombor Telefon+6018 388 4212
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 9.00 pagi – 7.00 malam

7. Pulau Ular

Senarai tempat menarik di Cherating ini pasti tidak lengkap tanpa Pulau Ular yang terletak berdekatan dengan Pulau Cherating.  Perjalanan ke sini melalui jeti di Sungai Ular memakan masa sekitar 35 minit dan ia hanya dibuka untuk lawatan harian sahaja. Pulau kecil ini menawarkan pemandangan yang indah yang dikelilingi hidupan marin dan juga terumbu karang. Anda boleh memilih untuk berkelah ataupun melakukan aktiviti snorkeling. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatPulau Ular, Cherating, Kuantan, Pahang
Nombor Telefon
Waktu Operasi

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.