Kuantan, ibu negeri Pahang yang terletak di kawasan pantai timur merupakan destinasi percutian pilihan utama ramai orang. Meskipun bandar ini telah berkembang pesat, ia masih mengekalkan ciri-ciri tarikan lokalnya serta dengan keindahan alam semula jadi yang terpelihara. Selain tempat menarik yang popular di kalangan pelancong, Kuantan juga mempunyai beberapa pantai yang indah. Untuk mereka yang ingin bercuti, lokasi tempat menarik di Kuantan ini pastinya menjadi kemuncak percutian anda.
Senarai Tempat Menarik Di Kuantan 2023
Contents
1. Pantai Cherating
Pantai Cherating merupakan antara tempat menarik di Kuantan yang menjadi pilihan utama pelancong luar dan dalam negara. Terletak kira-kira 40 minit pemanduan dari bandar, pantai ini diketahui ramai dengan keindahan laut birunya serta pasir putih. Selain itu, ia turut terkenal sebagai lokasi surfing. Di sekitar pantai ini juga terdapat hotel mewah dan tempat menarik seperti Santuari Penyu Cherating.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Pantai Cherating, Kuantan, Pahang |
Nombor Telefon | – |
Waktu Operasi | – |
2. Bukit Gambang Resort City
Jika anda sedang mencari tempat menarik di Kuantan untuk family day, Bukit Gambang Resort City adalah lokasi terbaik. Taman tema ini dilengkapi dengan hotel dan juga tarikan air seperti Coco Beach, Penguin Island, Aqua Play Zone dan Family Raft Ride. Manakala untuk mereka yang meminati sukan lasak, Active Academy Outdoor Park menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox, paintball warzone, dan ATV.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Bukit Gambang Resort City26300 Gambang, KuantanPahang, Malaysia. |
Nombor Telefon | +6011 17849178 |
Waktu Operasi | – |
3. Muzium Sultan Abu Bakar
Muzium Sultan Abu Bakar merupakan bangunan bersejarah yang digunakan sebagai tempat kediaman residen British sebelum bertukar menjadi istana tempat bersemayam Almarhum Sultan Abu Bakar. Kini, ia merupakan muzium yang mempamerkan artifak dan barangan antik. Selain itu, pengunjung juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut salasilah kesultanan Pahang. Harga kemasukan tiket adalah percuma bagi kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dan RM10 untuk dewasa.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Perbadanan Muzium Negeri Pahang,Jalan Sultan Ahmad,26600 Pekan,Pahang Darul Makmur |
Nombor Telefon | +609 4221371 |
Waktu Operasi | Selasa hingga Ahad: 9.00 pagi – 4.30 petang |
4. Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan
Apabila anda bercuti ke Kuantan, jangan lupa untuk singgah ke Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan. Dengan struktur bangunannya yang berdiri megah, masjid ini merupakan antara bangunan ikonik di Kuantan. Diinspirasikan daripada seni bina zaman Othmaniah, ia dilengkapi dengan empat menara utama serta empat kubah separuh bulat yang diletakkan pada bahagian penjuru untuk mengelilingi kubah utama. Masjid ini boleh menempatkan sekurang-kurangnya 10,000 orang.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Jalan Mahkota, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan, Pahang |
Nombor Telefon | – |
Waktu Operasi | Subuh hingga Isyak |
5. Pantai Teluk Cempedak
Pantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai TC oleh masyarakat tempatan merupakan antara pantai yang popular di Kuantan. Di sekitar kawasan pantai ini terdapat pelbagai kedai dan juga tarikan, menjadikannya sesuai untuk mereka yang ingin bersantai mahupun berkelah bersama keluarga. Anda juga boleh menyusuri di pesisir pantai menggunakan kemudahan jambatan yang ada.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Pantai Teluk Cempedak, Jalan T.A. Bakar, 25050 Kuantan, Pahang |
Nombor Telefon | – |
Waktu Operasi | – |
6. Jaman Tory Resepi
Percutian anda ke Kuantan pasti tidak lengkap jika anda tidak mengisi perut dengan tempat makan yang best di Kuantan. Jaman Tory Resepi yang menawarkan aneka makanan tradisi Pahang adalah restoran yang popular di kalangan masyarakat tempatan. Antara meny wajib anda cuba ialah patin bakar tempoyak, daging salai masak lemak cili api dan sambal petai masak tempoyak.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | A15 2/3 Taman Kota Ria,25200 Kuantan Pahang |
Nombor Telefon | +6019 9988 212 |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 12 tengah hari -11 malam |
7. Air Terjun Sungai Pandan
Air Terjun Sungai Pandan atau juga dikenali sebagai Air Terjun Panching terletak kira-kira 13 KM dari bandar Kuantan. Air terjun ini yang merupakan sebahagian daripada Hutan Lipur Pandan dikelilingi dengan hujan hujan tropika yang indah. Pengunjung yang datang dapat menikmati keindahan air terjun tiga tingkat ataupun mandi-manda di kawasan tadahan utamanya. Di sekitar kawasan ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti gazebo, tandas dan surau. Harga tiket kemasukan adalah RM2 untuk dewasa and RM1 untuk kanak-kanak.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Air Terjun Sungai Pandan, 26250 Kuantan, Pahang |
Nombor Telefon | – |
Waktu Operasi | Isnin hingga Khamis: 9 pagi – 5 petang |
8. Kuantan River Cruise
Kuantan River Cruise menawarkan pengalaman menakjubkan bagi pengunjung yang ingin berlayar di sekitar Sungai Pahang. Anda juga akan dibawa ke hutan simpan bakau yang dianggarkan berusia 500 tahun, perkampungan nelayan,serta tinggalan kubu Jepun yang dibina pada zaman perang kedua. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut jumlah dan juga terdapat pakej yang anda boleh pilih.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Jalan Tanah Putih, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang |
Nombor Telefon | +6011 1647 1617 |
Waktu Operasi | – |
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.