Ini Senarai Tempat Makan Paling Best Di Bangi Yang Wajib Anda Singgah

Pusing Bangi? Singgah sini!
By: Rasida Hannan
October 31, 2023

Walaupun Bangi menerima kemajuan yang pesat dan semakin sibuk dengan pelbagai pembangunan, ia tetap mempunyai unsur kelamaan yang dihargai ramai. Oleh itu, restoran dan kafe di sini mula muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan! Pusing sahaja di mana-mana sekitar Bangi dan anda tentu akan menemui pelbagai tempat makan untuk dikunjungi. Jika anda mencari tempat makan paling best di Bangi, Glitz telah menyenaraikannya di bawah!

12 Tempat Makan Paling Best Di Bangi

1. Me’nate Steak Hub

Sumber: Me’nate Steak Hub

Semenjak mula beroperasi pada tahun 2009, Me’nate Steak Hub menjadi antara steakhouse yang sering mendapat kunjungan orang ramai. Daging di sini akan dimasak mengikut pilihan anda. Samada anda suka ianya dimasak secara medium rare, medium atau well done, dan sebagainya, pelbagai pilihan yang anda. Jika anda tak begitu pasti, para pelayan sedia membantu untuk rekomen cara yang terbaik.

Selain dari daging Wagyu, mereka juga mempunyai pilihan potongan daging kambing, lobster, dan makanan laut.

Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh klik di sini.

Alamat: Untuk melihat lokasi cawangan, sila klik di sini.
Waktu operasi:Untuk melihat waktu operasi setiap cawangan, sila klik di sini.
Nombor telefon:Untuk melihat nombor telefon setiap cawangan, sila klik di sini.

2. Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Sumber: Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Ikan bakar antara hidangan yang sangat digemari rakyat Malaysia, terutamanya di waktu malam. Jika anda mencari port ikan bakar di sekitar Bangi, mari singgah ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai!

Ia tersenarai sebagai salah satu tempat makan paling best di Bangi kerana ia menyajikan pelbagai jenis ikan dan makanan laut yang segar. Ia dibakar di atas dapur arang. Tak cukup itu, ia kemudiannya dihiasi dengan petai untuk bagi rasa yang lebih kick!

Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh klik di sini.

Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 4.30 petang-12 tengah malam
Nombor telefon:+6019 217 7668

3. RSMY Bangi Best Cheese Naan

Sumber: RSMY Bangi Best Cheese Naan

Berhajat untuk lepak dengan member selepas kerja? Ajak la mereka ke RSMY Bangi Best Cheese Naan untuk menikmati Naan Cheese yang sangat suuuur-dap!

Selain dari Naan Cheese, ia juga menyediakan beberapa hidangan lain seperti Ayam Tandoori, Nasi Tomato, Nasi Beriani, dan Mango Lassi.

Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh klik di sini.

Alamat: G9, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 11.30 pagi-12.30 tengah malam
Nombor telefon:+6018 989 8282

4. Grato Plus

Sumber: Grato Plus

Kalau mencari tempat makan yang mempunyai pelbagai pilihan, anda boleh kunjungi Grato Plus. Selain daripada pelbagai sajian Barat, ia turut menyediakan beberapa hidangan Asia. Tak perlu gaduh nak tentukan tempat makan dah, kan?

Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh klik di sini.

Alamat: 6, Jalan 3/7, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi:Isnin hingga Sabtu, 4.30 petang-10 malam
Nombor telefon:+6016 229 9510

5. Restoran Sup Urat Keting

Sumber: Restoran Sup Urat

Tak kira pagi atau tengah malam, anda boleh menjamu di Restoran Sup Urat yang menyajikan sup urat keting panas-panas. Urat keting di bahagian kaki lembu akan dimasak sehingga empuk. Kaya dengan lemak, ia mudah terlerai di dalam mulut. Memang nikmatnya, fuh! Tak boleh ditandingi.

Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh klik di sini.

Alamat: 80, Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 8 pagi-12 tengah malam
Nombor telefon:+6012 379 0818

6. Nasi Kukus House (Restoran & Cafe)

Sumber: Nasi Kukus House

Orang Malaysia ni memang tak akan pernah puas dengan nasi, kan? Lebih-lebih lagi nasi kukus. Walaupun nampak sahaja simple tapi ia begitu sedap dan memuaskan. Lagi-lagi bila ayam baru sahaja digoreng.

Di Nasi Kukus House, anda boleh menikmati sepinggan nasi kukus bersama ayam berempah dengan kuah kari yang enak!

Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh klik di sini.

Alamat: 33, Jalan 4/11a, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 7 pagi-7 malam
Nombor telefon:+6019 309 5540

7. Sophia Bangkok Cuisine

Sumber: Sophia Bangkok Cuisine

Mencari port makan yang menyajikan hidangan Thai yang asli? Sophia Bangkok Cuisine cukup terkenal dengan hidangan Thai yang tulen dan lazat!

Rasa segar and kaya dengan rasa, restoran ini juga mempunyai suasana yang menenangkan dengan dekorasi dalaman dan luaran yang membuat anda terasa seperti berada di taman.

Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh klik di sini.

Alamat: Sila klik di sini untuk melihat alamat setiap cawangan.
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, waktu setiap cawangan berbeza. Sila klik di sini.
Nombor telefon:Sila klik di sini untuk melihat nombor telefon setiap cawangan.

8. Restoran Mohd Chan

Sumber: Restoran Mohd Chan

Restoran Mohd Chan yang mula beroperasi pada tahun 2007 cukup terkenal dengan menyajikan pelbagai jenis hidangan Kantonis.

Selain itu, restoran ini juga telah memenangi beberapa anugerah, termasuklah Asia Halal Brand Awards.

Bila anda datang ke sini, jangan lupa untuk cuba Ayam Salted Egg, Famous Seafood Char Kuey Teow, Shanghai Dumpling, dan Mini Mantao Stim.

Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh klik di sini.

Alamat: Untuk melihat lokasi setiap cawangan, sila klik di sini.
Waktu operasi:Untuk melihat waktu operasi setiap cawangan, sila klik di sini.
Nombor telefon:Untuk melihat nombor telefon setiap cawangan, sila klik di sini.

9. Kebun Puisi

Kebun Puisi yang menenangkan menyajikan antara hidangan yang enak. Ia antara tempat makan paling best di Bangi.
Sumber: Kebun Puisi

Stress dengan suasana bandar? Apa kata anda chill saja di Kebun Puisi sambil menikmati secawan kopi bersama beberapa sajian tempatan dan Barat. Ia mempunyai ruang makan di tengah laman, dengan Gazebo yang cukup besar buat anda yang nak ala-ala healing dan OOTD gitew!

Kalau singgah sini, cuba Set Gulai Tunjang, Mi Kari Ratna, Roti Puisi, dan tentunya, Kopi Surat Cinta!

Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh klik di sini.

Alamat: Lrg Tepi Sungai 1, Kampung Batu Lima Bangi, 43000 Kajang, Selangor
Waktu operasi:Jumaat, 3 petang-10 malam | Sabtu, 8 pagi-10 malam | Ahad, 8 pagi-6 petang
Nombor telefon:+6012 366 5958

10. Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe

Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe antara tempat makan paling best di Bangi dan mempunyai pemandangan yang memukau!
Sumber: Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe

Antara tempat makan paling best di Bangi, Denali & Pinnacles The Wanderer’s Cafe bukan sahaja mempunyai pelbagai pilihan kopi tapi beberapa hidangan unik.

Menu yang femes di sini ialah Sourdough Sandwiches, Grilled Lamb, dan Spicy Sriracha.

Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh klik di sini.

Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi:Rabu hingga Isnin, 4.30 petang-11 malam
Nombor telefon:+603 8912 5936

11. Restoran Mak Kimbong

Restoran Mak Kimbong mempunyai sajian kampong dan menjadi tempat makan paling best di Bangi.
Sumber: Restoran Mak Kimbong

Restoran Mak Kimbong yang terletak di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi menyajikan pelbagai hidangan dengan citarasa kampong asli buat sarapan dan makan petang anda. Ia telah beroperasi semenjak 2006 dan menjadi port makan orang ramai.

Hidangan yang anda boleh cuba ialah cucur udang, udang goreng kunyit, ayam goreng bere

Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh klik di sini.

Alamat: No 17, Jalan 4/1a, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi:Selasa hingga Ahad, 7 pagi-5 petang
Nombor telefon:+6011 5186 6314

12. Restoran Jepun Miyagi

Restoran Jepun Miyagi merupakan antara tempat makan paling best di Bangi kerana ia menyajikan pelbagai jenis hidangan Jepun.
Sumber: Restoran Jepun Miyagi

Buat penggemar masakan Jepun pula, Restoran Jepun Miyagi menyediakan pelbagai pilihan buat anda. Selain sushi, mereka turut mempunyai sashimi, sushi, bento, ramen, dan banyak lagi untuk memenuhi selera anda.

Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh klik di sini.

Alamat: No 2A, Jalan Medan PBI, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 11.30 pagi-9.30 malam
Nombor telefon:+603 8912 6760

Untuk mendapatkan informasi terkini, pastikan anda ikuti kami di Instagram dan Facebook!