Resepi Donut Gebu Yang Sangat Ringkas Dan Sedap Confirm Habis Licin!

Donut yang gebu gebas
By: Balqis Ariffin
September 20, 2021

Kudapan donut bersama secawan kopi panas sudah tentunya merupakan antara menu pilihan ramai untuk minum petang. Tidak dapat dinafikan donut amat disukai oleh orang ramai dari semua jenis peringkat umur, tidak kira kanak-kanak mahupun yang berumur. Kebanyakkan daripada kita lebih suka membeli donut yang dijual di luar. Memang benar, ianya jauh lebih mudah untuk membelinya di luar berbanding untuk menghabiskan masa seharian di dapur.

Namun, tidak semua donut tersebut gebu atau segar seperti yang kita mahukan. Anda mungkin berasa was-was untuk mencuba sendiri resepi donut gebu. Yelah, membuat donut pastinya memerlukan anda try beberapa kali sebelum berjaya. Antara masalah utama yang kebanyakkan daripada kita alami semasa mencuba resepi donut adalah ianya amat berminyak, tidak gebu dan mengeras selepas digoreng. 

Perkara ini pasti membuat sesiapa sahaja mengalah! Usah risau kerana dengan resepi donut gebu yang mudah dan cepat ini, keluarga anda pasti habis licin makan! Walaupun anda pertama kali mencuba membuat donut ataupun pro, resepi donut gebu ini pasti mendapat pujian ramai. Glitz telah sertakan dua jenis resepi donut gebu yang anda perlu cuba. Ayuh cuba resepi di bawah ini!

Resepi Donut Gebu yang Amat Lembut dan Rangup

Resepi Donut Gebu Dengan Hanya Menggunakan 4 Bahan Tanpa Perlu Rehatkan Doh

Resepi donut gebu di bawah ini sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu snek yang ringkas tanpa perlu merehatkan doh atau tidak menggunakan telur.

resepi-donut-gebu
Sumber: Shima Chym

Bahan-Bahan yang Diperlukan:

Bahan 1 (bahan basah)

  • 2 sudu besar yis
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar susu pekat
  • ¾ cawan atau 177 ml air suam

Bahan 2 (bahan kering)

  • 2 sudu marjerin
  • 2 cawan tepung gandum

Cara-Cara untuk Membuatnya:

1.Campurkan semua bahan 1 dalam mangkuk sehingga sebati dan kemudian biarkannya seketika agar yis menjadi kembang

2.Seterusnya, gabungkan bahan 2 iaitu marjerin dan tepung gandum sehingga adunannya sebati

3.Gabungkan bahan kering dan juga bahan basah dalam mangkuk. Setelah itu, uli doh tersebut sehingga ianya sebati dan bentukannya menjadi bulat

4. Kemudian, anda perlu bentukkan doh menjadi bebola kecil dan cara mudah untuk anda berbuat demikian adalah dengan menggenggam doh tersebut di dalam tangan anda. Picitkan adunan sehingga terhasil bebola kecil di celah ibu jari dan jari telunjuk

5. Untuk menghasilkan bentuk donut, anda boleh menggunakan acuan kuih  jika ada. Untuk mereka yang tidak mempunyainya, anda hanya perlu mengguli doh sehingga menjadi bulat dan gunakan jari anda untuk membentuk lubang di bahagian tengah. 

5. Bulatkan doh dan hasilkan lubang di tengah menggunakan jari sahaja. Cucukkan menggunakan jari dan tarik sehingga lubang terbentuk. Anda juga boleh menggunakan acuan jika ada

6. Untuk memastikan donut kekal gebu dan lembut, pastikan ianya digoreng dalam minyak yang panas. Setelah donut tersebut tampak keemasan, anda boleh angkat  sebelum toskannya

7. Untuk salutan donut, anda boleh memilih pelbagai jenis topping seperti gula kastor ataupun coklat

Resepi Donut Gebu Yang Mudah Dengan Telur

Untuk mereka yang lebih menyukai donut yang mengandungi telur, anda harus mencuba resepi donut gebu ini! Ianya juga amat simple dan sesuai untuk mereka yang baru ingin mencuba membuat donut sendiri di rumah!

resepi-donut-gebu
Photo by Serghei Savchiuc on Unsplash

Bahan-Bahan yang Diperlukan:

Bahan 1

  • 1 sudu teh gula
  • 2  sudu teh yis
  • ¼ atau 59 ml cawan air suam

Bahan 2

  • 1 biji telur
  • ½ sudu teh garam
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar sus tepung
  • ½ atau 118 ml cawan air

Cara-Cara untuk Membuatnya:

1.Gabungkan bahan 1 di dalam bekas dan biarkannya sehingga yis menjadi aktif serta kembang

2. Campurkan semua bahan 2 kecuali telur, air dan marjerin. Pastikan adunan digaul dengan sebati sebelum anda membuat lubang di bahagian tengah doh itu dan letakkan telur, air, dan marjerin 

3.Gabungkan adunan tersebut sehingga ianya sebati dan tidak melekat pada tangan anda

4. Rehatkan doh seketika di dalam bekas yang ditutup dengan kain yang lembab

5.Apabila doh donut sudah menjadi kembang, anda boleh menumbuknya beberapa kali untuk membuang udara.

6. Biarkan doh sekali lagi agar ianya menjadi kembang dalam 20 minit

7.Pastikan minyak panas sebelum anda menggorengnya dalam api yang sederhana kecil

8.Tuskan donut tersebut dan salutkannya dengan topping kegemaran anda seperti gula atau coklat

Selamat mencuba dan jangan lupa ikuti kami di Instagram juga Facebook untuk sebarang informasi terkini!