Syurga Makanan! Ini 15 Tempat Makan Paling Best di Bandar Sunway

Hidangan yang cukup mengancam
By: Rasida Hannan
October 13, 2023

Bandar Sunway ini cukup luas dan kalau diberi masa sehari pun belum tentu sempat untuk terokai semua kawasan dan tarikan yang ada. Haa! Bila dah pusing tu mesti anda dah mula terasa lapar dan ingin isi perut, kan? Jika anda tercari tempat makan di Bandar Sunway yang paling sedap, di sini Glitz telah menyenaraikan 15 tempat makan yang paling best. Macam-macam pilihan yang ada!

15 Tempat Makan Paling Best di Bandar Sunway

1. Burger Baek

Sumber: Burger Baek

Buat korang yang tengah craving burger atau ingin isi perut kosong pada lewat malam, mari singgah Burger Baek!

Warung burger ini bukan biasa-biasa tau, ia menyajikan kepingan burger yang tebal dan berjus pada harga berpatutan. Menu yang paling istimewa dan harus di cuba ialah Chicken Crispy Burger Baek yang digoreng hingga rangup dan diletakkan sos mayonis dan cili yang memberikan rasa umphhh!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:Jalan PJS 8/14, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 3 petang-3 pagi
Nombor telefon:+6017 200 1814

2. Garage 51

Sumber: Garage 51

Mula beroperasi pada tahun 2013, Garage 51 menyajikan pelbagai jenis hidangan Barat bersama kopi dan teh. Dengan hiasan dalaman ala modernist dan industrial, kafe ini menjadi antara port mengopi yang selalu dikunjungi anak-anak muda.

Datang sini jangan lupa untuk cuba Messy Family Milkshake yang mempunyai macam-macam jenis perisa, Awesome Garage Breakfast, dan Garage Pancake with Nutella.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 10 pagi-10 malam
Nombor telefon:+603 5612 5618

3. An Viet

Sumber: An Viet

Kalau anda mencari tempat makan di Bandar Sunway yang menyajikan hidangan Vietnam yang asli, tak perlu pergi jauh, An Viet kan ada? Antara menu yang perlu cuba ialah Vietnamese Beef Noodle Special, Grilled Lemongrass Chicken, dan Vietnamese Baguette with Tofu Patty & Mushroom Pate.

Mempunyai cawangan di Sunway Pyramid, restoran ini bukan sahaja bermatlamat untuk menghidangkan hidangan Vietnam yang asli dan segar tapi ia juga ingin mengurangkan pembaziran makanan dan menderma pada Food Aid Foundation untuk membekalkan makanan pada golongan yang kurang berkemampuan.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: LG1.46, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:Isnin hingga Jumaat, 11 pagi-9.30 malam | Sabtu dan Ahad, 10 pagi-9.30 malam
Nombor telefon:+603 5611 2226

4. The Resort Cafe

Sumber: The Resort Cafe

Ketika menginap di The Sunway Resort, anda boleh mengisi perut dengan pelbagai jenis hidangan di The Resort Cafe yang terletak di sekitar lobi resort tersebut. Menu di sini diinspirasikan oleh masakan Asia dan antarabangsa jadi anda akan mudah rambang mata bila melihat pelbagai jenis pilihan yang ada.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:Lobby Level, 1, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 6 pagi-3 petang
Nombor telefon:+603 7495 2009

5. Dar Al-Arab Gourmet Restaurant

Sumber: Dar Al-Arab Gourmet Restaurant

Dar Al-Arab Gourmet Restaurant merupakan restoran yang sangat terkenal dan mempunyai ruang makan selesa dan muzik ala Timur Tengah. Antara hidangan best di sini ialah Seafood Platter, Kharij Lamb, dan Biriyani Chicken.

Restoran ini turut menyediakan persembahan secara langsung, perkhidmatan katering, dan shisha, menjadikannya antara lokasi yang sesuai untuk menganjurkan majlis hari jadi dan korporat.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:LG2.123, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 10 pagi-10 malam
Nombor telefon:+603 5633 9222

6. After Black

Sumber: After Black

After Black ini pula antara tempat kaki kopi melepak sambil menghirup secawan kopi yang dibru segar oleh barista yang mahir dan mesra. Ia menyajikan masakan Barat bersama Asia jadi di sini anda tentu tak pernah jemu dengan pelbagai pilihan.

Tak cukup dengan itu, ia juga mempunyai macam-macam jenis kek dan manisan!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:23, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 11 pagi-10 malam
Nombor telefon:+6012 675 7396

7. Mantra Indian Cuisine

Sumber: ekram atta

Jika ianya kali pertama anda ke Mantra Indian Cuisine, kami sangat mensarankan untuk anda cuba Cashew Nut Chilli Chicken, Mutton Rogan Josh, atau Paneer Butter Masala untuk rasai masakan Utara India yang asli.

Restoran ini turut menyediakan beberapa hidangan buat vegetarian.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: LG2.122, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 10 pagi-10 malam
Nombor telefon:+603 5611 0292

8. Hana Dining Sake Bar

Hana Dining Sake Bar merupakan restoran Jepun dengan konsep moden dan mementingkan rasa sambil menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkualiti. Di sini, terdapat lima jenis menu unik iaitu Dine-In, Mentai, Hana Katsu, Hana Ramen, dan Umeshu. Dari Dine-In menu, ianya disarankan untuk mencuba Hana Sashimi Moriawase, pilihan Kushiyaki, dan Daikon Foie Gras.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:OB2.G.U1, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 11.30 pagi-10 malam
Nombor telefon:+603 5624 0888

9. Rock Cafe

Kredit gambar: firmax yenny sunway malindo

Satu lagi tempat makan di Bandar Sunway yang mendapat tumpuan orang ramai, Rock Cafe mempunyai pelbagai jenis pilihan. Ala food court, ia juga menjadi tempat lepak buat anak muda untuk menonton perlawanan bola sepak bersama kawan-kawan.

Ayam bakar, Uncle Huat Fried Rice, Uncle Tan’s Portugese Grilled Fish, dan Granny’s Nyonya Kitchen antara gerai yang digemari ramai.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:Jalan PJS 11/20, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi:Dibuka selama 24 jam
Nombor telefon:+603 5612 1333

10. Penang Road Famous Teochew Chendul

Sumber: Ku Lyn

Pada tahun 1936, Penang Road Famous Teochew Chendul telah diusahakan oleh Encik Tan Teik Fuang yang menjual cendol di sekitar jalan Lehun Keng Kwee. Kini, ia mempunyai beberapa cawangan di Malaysia, termasuklah di Sunway Pyramid.

Selain cendol, restoran ini turut mempunyai beberapa sajian yang enak seperti Mi Udang, Wantan Goreng, Rojak Buah, dan banyak lagi. Syoknya, tak perlu pergi jauh nak makan makanan dari Pulau Pinang!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: LG2.90, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 10 pagi-10 malam
Nombor telefon:+6016 696 6797

11. Christine’s Bakery

Christine's Bakery mempunyai pelbagai jenis pastri dan kek, menjadikannya antara tempat makan di bandar sunway yang digemari.
Sumber: Christine’s Bakery

Penggemar pastri dan manisan boleh la mendapatkan pelbagai jenis roti dan kek di Christine’s Bakery. Hiasan dalaman kafe ini comel dan mereka juga mempunyai menu makan tengah hari dan malam untuk mengisi perut anda. Antara yang perlu dicuba ialah Soft Shell Crab Bagel, Lamb in Croissant, dan Crozza Wagyu. Tapi kalau anda nak cuba hidangan tempatan, mereka turut mempunyai Nasi Kerabu with Ayam Percik.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:B-01-01, Ground Floor, Sunway GEO Avenue, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 8 pagi-10 malam
Nombor telefon:+603 5612 9982

12. Pommes Frites

Pommes Frites antara tempat makan di bandar sunway yang menyediakan masakan Barat yang enak.
Sumber: Derek

Masakan Barat di Pommes Frites antara yang tersedap di Sunway. Dengan hiasan dalaman ala old school Italian Deli, restoran ini selesa dan mempunyai macam-macam jenis hidangan yang enak dan memuaskan.

Bila datang, pastikan anda cuba Fresh Squid Ink Tagliolini Pasta Aglio Olio with Grilled Tiger Prawns in Prawn Bisque dan Roasted Chicken Chop with Mushroom Sauce and Steamed Rice.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:Sunway Pyramid, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 10.30 pagi-10 malam
Nombor telefon:+603 5611 9277

13. myBurgerLab

Pelbagai jenis pilihan burger dengan pelbagai kombinasi menjadikan myBurgerLab antara tempat makan di bandar sunway kesukaan ramai.
Sumber: Christine’s Bakery

Burger ala Gourmet ada di myBurgerLab! Di sini, anda boleh mencuba pelbagai jenis kombinasi perisa yang menarik seperti The Redemption yang tidak sama dengan cheeseburger biasa. Ia menggunakan kepingan daging Angus yang dihiasi dengan bawang jeruk Asam Boi!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:3, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 11.30 pagi-9 malam
Nombor telefon:N/A

14. Restoran Maliki Nasi Kukus

Restoran Maliki Nasi Kukus cukup terkenal kerana menyajikan beberapa jenis nasi kukus, menjadikannya antara tempat makan di bandar sunway yang wajib dikunjungi.
Sumber: Maliki Nasi Kukus

Nasi kukus antara menu kesukaan ramai rakyat Malaysia kerana ia ringkas, sedap, dan menyenangkan. Di Maliki Nasi Kukus, anda boleh menikmati beberapa pilihan seperti Nasi Kukus Ayam Berempah, Ayam Cincang dan Burung Puyuh.

Yang penting, lauk digoreng hingga garing dan kekal panas. Suap dengan nasi dan sambal memang sedap la!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:8, Jalan PJS 8/18, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi:Sabtu hingga Khamis, 11 pagi-11 malam
Nombor telefon:+60XX XXX XXXX

15. Kuro Teppanyaki

Kuro Teppanyaki antara tempat makan di bandar sunway kerana anda boleh grill makanan sendiri di meja.
Sumber: Kuro Teppanyaki

Tempat makan dengan konsep Teppanyaki dari Jepun, Kuro Teppanyaki merupakan buffet yang menyediakan grill di meja untuk memasak makanan mengikut citarasa anda.

Wagyu Platter cukup terkenal di sini tapi ia juga mempunyai banyak pilihan makanan laut, sayur-sayuran, dan sos.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:9A, Nadayu28 Dagang, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 11.30 pagi-3.30 petang | 6 petang-11 malam
Nombor telefon:+603 6736 5942

Kongsikan tempat makan di Bandar Sunway kegemaran anda di ruangan komen! Untuk mendapatkan info terkini, jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook