Dengan Ramadhan yang telah menjelma, umat Islam di Malaysia pasti menyambut kedatangan bulan yang penuh mulia ini dengan gembira. Untuk persiapan juadah waktu berbuka pula, pasti ramai yang memilih untuk ke bazar Ramadhan berdekatan untuk memilih hidangan berbuka. Menurut, Rozanna M. Rosly, ketua perkhidmatan dietetik dan pakar diet klinikal Pusat Pakar Universiti Malaya, berkata bahawa Islam menitikberatkan kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan dan adalah penting konsep ini diterapkan dalam pengambilan makanan juga. Jika anda sedang mencari buffet Ramadhan terbaik di sekitar KL dan Selangor untuk meluangkan momen indah bersama insan tersayang, tanpa perlu risau akan menu hidangan berbuka, jom tengok senarai pilihan kami.
Senarai Buffet Ramadhan Di KL dan Selangor 2025
Contents
1. Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre
Senarai utama pilihan buffet Ramadhan di KL dan Selangor adalah Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre yang menawarkan Selera Kampungku Dinner Buffet hingga 27 Mac 2025. Pengunjung dapat merasai beraneka hidangan tradisional Melayu yang pasti akan menggamit memori. Selain kuih-muih dan manisan, terdapat juga stesen yang menawarkan pelbagai hidangan menu utama. Tempah meja anda sekarang untuk mendapatkan harga Early Bird pada RM190 nett (harga asal RM238+) bagi dewasa apabila pembayaran dibuat sebelum 28 Februari 2025.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | No 22, Menara 8, Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
Tempoh Promosi | 3 – 27 Mac 2025 6:30PM – 10:30PM |
Nombor Telefon | +603 2782 8888 |
2. W Kuala Lumpur

Sempena bulan Ramadhan ini, W Kuala Lumpur telah memperkenalkan Bazaar Malam buffetnya yang menyajikan pelbagai hidangan tradisional Melayu, Pan-Asia, dan Timur Tengah. Antara menu yang ada adalah kerabu siam telur mayong, roti john, ayam percik, serawa durian dengan pulut dan juga gabungan hidangan Jepun serta Melayu seperti sate ayam maki. Buffet ramadhan ini ditawarkan sehingga 30 Mac 2025 dengan kadar harga RM278 untuk dewasa, RM139 untuk kanak-kanak. Tempah tempat anda dari 5 Februari hingga 24 Februari 2025 untuk promosi early bird.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Level 8, W, 121, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Tempoh Promosi | 03/03 – 30/03/2025 Dari 6:30 PM |
Nombor Telefon | +6012 204 3488 |
3. Restoran Rebung Chef Ismail
Anda tidak semestinya perlu berbelanja mahal hanya untuk merasasi hidangan buffet Ramadhan terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor. Restoran Rebung Chef Ismail menawarkan buffet dengan harga di bawah RM100 untuk promosi early bird, iaitu RM99 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak. Dengan konsep hidangan masakan tradisional Melayu, terdapat pelbagai lauk pauk yang dihidangkan seperti gulai kawah daging tetel, tempoyak ikan patin, rebung perut masak lemak cili api, telur itik masak lemak cili api, kerabu mangga serta beraneka bubur dan manisan seperti kuih-muih, dodol, wajik, dan pengat pisang.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 5-2, Aras 5, Parking Bertingkat Bukit Aman, No.1, Jalan Tanglin,Taman Botani Perdana, 50480 KL |
Tempoh Promosi | 2 – 29 Mac 2025 |
Nombor Telefon | +603 2276 3535 |
4. M Resort & Hotel Kuala Lumpur
M Resort & Hotel Kuala Lumpur menawarkan beraneka juadah hidangan khas untuk buffet Ramadhannya, Destinasi Selera Buffet Dinner. Menu yang ditawarkan diinspirasikan dari tradisional hingga ke antarabangsa. Antara menu yang anda boleh nikmati adalah kambing golek, rendang, karipap dan juga manisan. Kadar harganya adalah RM228 untuk dewasa dan RM114 untuk kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun. Manakala, bayaran untuk warga emas adalah RM160.
Alamat | Jln Damansara, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Tempoh Promosi | 22 Februari – 30 Mac 2025 |
Nombor Telefon | +603 7773 7690 |
5. Grand Hyatt Kuala Lumpur

Jika anda memerlukan lebih daripada satu pilihan buffet Ramadhan, usah risau kerana Grand Hyatt Kuala Lumpur menawarkan buffet Sajian Istana di Restoran JP Teres. Menu buffet Sajian Istana menawarkan hidangan tempatan seperti pesamah daging, opor ayam kacang, botok-botok, urap kangkung pucuk paku, dan banyak lagi. Pengunjung juga dapat menikmati makanan dengan alunan muzik gamelan. Nikmati tawaran istimewa dengan harga RM198 bagi setiap dewasa untuk tempoh 3 hingga 7 Mac 2025 dan 28 hingga 30 Mac 2025. Harga biasa bagi setiap dewasa ialah RM248 untuk tempat duduk bahagian dalam dan RM228 untuk tempat duduk bahagian luar, manakala harga bagi setiap kanak-kanak ialah RM124.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 12 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia |
Tempoh Promosi | 3 – 30 Mac 2025 6:30 PM – 10:30 PM |
Nombor Telefon | +603 2203 9188 |
6. IKEA Malaysia

Senarai buffet Ramadhan di sekitar KL dan Selangor ini pasti tidak lengkap tanpa IKEA Malaysia. Ditawarkan dari 10 hingga 27 Mac 2025, pengunjung boleh menikmati menu istimewa seperti nasi biryani, ayam kuzi, mee rebus, rendang daging dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga hidangan popular IKEA yang anda wajib cuba. Harga untuk dewasa adalah RM59.90, RM19.90 untuk kanak-kanak, manakala kanak-kanak di bawah umur 4 tahun adalah percuma.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Klik link ini untuk senarai cawangan |
Tempoh Promosi | 10 – 27 Mac 2025 Isnin – Khamis, 7 malam – 9:30 malam |
Nombor Telefon | Klik link ini untuk senarai cawangan |
7. Le Méridien Putrajaya
Untuk mereka yang berada di sekitar kawasan Putrajaya, Le Méridien kembali dengan buffet Destinasi Rasa pada tahun ini. Dengan beraneka hidangan tempatan dan juga antarabangsa disajikan, anda dapat menikmati beraneka juadah istimewa yang sesuai untuk semua citarasa. Harga early bird adalah RM178 untuk dewasa dan RM89 untuk kanak-kanak, sehingga 1 Mac 2025. Manakala, harga biasa ialah RM208 untuk dewasa dan RM104 untuk kanak-kanak, dari 1 hingga 29 Mac 2025. Untuk mereka yang ingin mengadakan majlis persendirian, terdapat tawaran dengan harga RM238 untuk minimum 100 orang, dari 1 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | IOI City Mall, Lebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Selangor |
Tempoh Promosi | 20 Januari 2025 – 29 Mac 2025 |
Nombor Telefon | +603 8689 6888 |
8. Le Méridien Kuala Lumpur

Le Méridien Kuala Lumpur menawarkan promosi khas sempena ramadhan pada tahun ini dengan Rencah-Rencah Sajian Selera Buffet Dinner. Untuk menu buffet berbuka puasa ini, anda boleh menikmati pelbagai juadah seperti nasi kerabu, gado-gado mak tok, rojak sotong, soto ayam, dan beraneka kuih-muih. Selain itu, menunya juga mempunyai pilihan makanan yang diinspirasikan daripada barat, Jepun, Cina dan juga India. Pastikan anda membuat tempahan awal untuk menikmati kadar promosi istimewa dari 20 Januari hingga 28 Februari 2025.
Harga biasa untuk early bird bagi tempoh 2 Mac hingga 9 Mac serta 24 Mac hingga 30 Mac 2025 ialah RM165 nett untuk dewasa dan RM75 nett untuk kanak-kanak, manakala bagi pilihan pakej lain, harganya ialah RM218 nett untuk dewasa dan RM99 nett untuk kanak-kanak. Bagi tempoh 10 Mac hingga 23 Mac 2025, harga early bird yang ditawarkan ialah RM175 nett untuk dewasa dan RM75 nett untuk kanak-kanak, manakala pakej lain tersedia pada harga RM228 nett untuk dewasa dan RM99 nett untuk kanak-kanak. Anda juga boleh menikmati diskaun 15% untuk ahli Marriott Bonvoy, Club Marriott dan pemegang kad kredit terpilih. Untuk mereka yang ingin mengadakan majlis korporat atau persendirian, Le Méridien Kuala Lumpur juga menawarkan dewan Clarke yang boleh menampung sehingga 300 orang.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 2 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia, 50470 |
Tempoh Promosi | 2 – 30 Mac 2025 |
Nombor Telefon | +60 3 2263 7888 |
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.