Kuala Lumpur merupakan syurga makanan dengan pelbagai sajian hidangan dari tempatan sehingga ke antarabangsa. Untuk mereka yang inginkan kelainan dan kepelbagaian, buffet merupakan pilihan yang terbaik dengan hidangan beraneka. Jika anda berasa buntu dengan lambakan pilihan yang ada, Jom tengok senarai buffet halal terbaik di KL ini yang merangkumi pilihan restoran sehingga ke hotel.
Senarai Buffet Halal Terbaik di KL 2023
1. Seoul Garden
Jika sebut sahaja buffet halal terbaik di KL, pasti Seoul Garden menjadi pilihan ramai. Restoran ini mempunyai cawangan di seluruh negeri, dari Johor, Terengganu, sehingga ke Sabah and Sarawak. Diperakui halal, pengunjung dapat merasai BBQ berasaskan Korea dengan pilihan steamboat dan juga gril. Selain pilihan makanan laut yang segar, terdapat juga hidangan seperti daging bulgogi, ayam kimchi, ayam BBQ, itik dan daging striploin. Yang paling best, mereka juga menawarkan gril dan hotpot buffet dari harga RM35.90 sahaja.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Klik link ini untuk senarai cawangan di KL |
Waktu Operasi | Klik link ini |
Nombor Telefon | Klik link ini untuk hubungi nombor telefon setiap cawangan |
2. Restoran Sedap – Pullman KLCC
Restoran Sedap yang terletak di hotel tersohor, Pullman KLCC menawarkan pelbagai hidangan unik Malaysia dan juga antarabangsa. Selain santapan menu à la carte, pengunjung juga boleh membuat tempahan untuk Bufet Makan Malam BBQ + Kambing Panggang pada hari Sabtu. Manakala pada hari Ahad dan cuti umum, terdapat pilihan Bufet Makan Tengahari Carvery Roasts. Mereka juga sering menawarkan promosi terhad untuk buffet.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Pullman Kuala Lumpur City Centre, Jalan Conlay, 50450 Kuala LumpurMalaysia |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 6:30 pagi – 10 malam |
Nombor Telefon | +603 2170 8888 |
3. The Khan Mongolian Muslim Restaurant
The Khan Mongolian Muslim Restaurant menyajikan makanan Cina Muslim yang asli. Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan untuk BBQ dan steamboat buffet seperti makanan laut, daging dan juga sayur-sayuran. Pastikan anda juga merasai makanan Mongolianya yang cukup popular iaitu beef jerky dan juga lamb kebab. Harga buffetnya bermula dari RM39.90.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 1-36, PV 128, Jalan Genting Kelang, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 5 petang – 11.30 malam |
Nombor Telefon | +603 4141 8566 |
4. Restoran Rebung Dato Chef Ismail
Jika anda sedang mengidam masakan Melayu asli, pastikan anda ke Restoran Rebung Dato Chef Ismail, yang merupakan antara restoran yang menawarkan buffet halal terbaik di KL. Dekorasi dalamannya, memberikan pengunjung suasana seperti berada di kampung. Hidangan buffet yang ditawarkan pada waktu pagi, tengah hari dan juga makan malam berbeza, merangkumi makanan seperti daging salai masak lemak cili api, pulut kuning, dan nasi lemak. Harganya juga amat murah dengan kanak-kanak bermula dari RM20 dan RM25 untuk dewasa.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 5-2 Cascade Parking Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Isnin – Jumaat: 11. 30 pagi – 10 malam. Sabtu dan Ahad: 8.30 pagi – 10 malam |
Nombor Telefon | +603 2276 2525 |
5. Lemon Garden Cafe – Shangri-La
Mereka yang menggemari makanan laut, pasti akan menyukai hidangan buffet di Lemon Garden Cafe, Shangri-La. Buffet makanan laut yang ditawarkan menyajikan hidangan gastronomi masakan antarabangsa dan juga lokal. Tambahan lagi, terdapat juga stesen khas makanan diinspirasikan dari Cina, Itali, Barat dan juga pencuci mulut. Antara hidangan wajib dicuba ialah tiram segar,, sashimi dan sushi. Anda juga boleh nikmati kopi, teh dan jus terpilih tanpa had.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Shangri-La, Lobby Level , 11 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 6.30 pagi – 9.30 malam |
Nombor Telefon | +603 2074 3900 |
6. Mosaic – Mandarin Oriental KL
Mosaic, Mandarin Oriental KL merupakan salah satu restoran yang menyajikan buffet halal terbaik di KL. Pengunjung boleh menikmati pelbagai aneka makanan seperti ayam tandoori, sushi dan dim sum. Restoran ini menawarkan buffet untuk sarapan dan juga makan malam. Dekorasinya mempamerkan budaya Peranakan serta pemandangan menghadap KLCC.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Mandarin Oriental KL, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 6:30 pagi – 10:30 malam |
Nombor Telefon | +603 2380 8888 |
7. Makan Kitchen – DoubleTree by Hilton
Inginkan sajian buffet yang mewah di hotel bertaraf lima bintang? Makan Kitchen oleh DoubleTree by Hilton menawarkan ‘Jom Singgah Lunch Buffet’ yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa dengan harga yang murah. Terdapat stesen gourmet yang menampilkan hidangan menggiurkan berserta manisan. Harga untuk kanak-kanak bermula dari RM31.50 dan dewasa pula RM63.75.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | DoubleTree by Hilton, Level 11, The Intermark, 348, Jalan Tun Razak,Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 6 pagi – 10 malam |
Nombor Telefon | +603 2172 7272 |
8. Premiera Coffee House – Premiera Hotel Kuala Lumpur
Premiera Coffee House yang terletak di Premiera Hotel Kuala Lumpur menawarkan buffet khas untuk minum lewat petang atau high tea. Selain pilihan minuman, pengunjung juga boleh menikmati hidangan yang cukup beraneka seperti kuih muih, pemanis mulut, dan juga hidangan utama. Buffet ini hanya ditawarkan pada setiap hujung minggu sahaja. Harga untuk dewasa bermula dari RM58, manakala kanak-kanak pula bermula dari RM36.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Premiera Hotel Kuala Lumpur, Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur Malaysia |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 6.30 pagi – 10 malam |
Nombor Telefon | +603 26151000 |
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.