20 Tempat Menarik di Shah Alam Untuk Isi Waktu Lapang Anda Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

Bandar yang menggabungkan kemodenan dengan kelestarian alam
By: Rasida Hannan
October 9, 2023

Terkenal sebagai ‘Bandar Perindustrian’ di Malaysia, Shah Alam menawarkan pelbagai tarikan buat pengunjung tempatan dan antarabangsa. Dengan pelbagai struktur, kemudahan, dan landskap yang cukup indah, memang sukar untuk terasa bosan bila anda berada di sini. Tak kira samada anda penggemar aktiviti lasak atau ingin bersantai sahaja, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk mengisi hujung minggu anda. Dalam artikel kali ini, Glitz akan berkongsi 20 tempat menarik di Shah Alam yang wajib anda kunjungi.

20 Tempat Menarik di Shah Alam

1. Mudtrekker Paintball Park

Ingin terasa seperti berada di medan perang? Kunjungi Mudtrekz Paintball Park yang menjadi antara Tempat Menarik di Shah Alam

Minat dengan cabaran dan aksi menembak? Jom bawa kawan-kawan untuk berperang di lapangan paintball di Mudtrekker Paintball Park! Terdapat empat jenis konsep medan peperangan yang boleh anda pilih iaitu Wild Wild West, The Angker Woods, Fox Hole Valley dan The Camelot Castle Field.

Selain itu, tempat ini turut menyediakan beberapa fasiliti seperti tandas, tempat mandi, dan kafe untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Selasa hingga Jumaat, 10 pagi-5 petang | Sabtu-Ahad, 9 pagi-5 petang
Nombor telefon:+6016 323 1144

2. Zipline Shah Alam

Zipline Shah Alam antara Tempat Menarik di Shah Alam.
Kredit gambar: Mohd Tamizi Bin Mohd Rusin

Satu lagi tempat menarik di Shah Alam yang sesuai buat anda yang sukakan aktiviti lasak dan penuh debaran, Zipline Shah Alam membawa anda merentasi Tasik Shah Alam menerusi aktiviti flying fox.

Jangan risau mengenai aspek keselematan, Zipline Shah Alam ini telah diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat serta mempunyai prosedur keselamatan yang cukup ketat.

Dengan kabel sepanjang 240 meter dan pelantar setinggi 18 meter, pengunjung boleh terasa keseronokkannya apabila meluncur merentasi Tasik Shah Alam. Selain itu, kanak-kanak yang melebihi berat 30 kilogram turut boleh meluncur dengan syarat ibubapa perlu menandatangani borang-borang yang disediakan.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Isnin hingga Jumaat, 10 pagi-6.30 petang | Sabtu dan Ahad, 8.30 pagi-6.30 petang
Nombor telefon:+6011 2980 1801

3.  I-City Shah Alam

I-City mempunyai taman tema menarik dan menjadi antara tempat menarik di Shah Alam.
Kredit gambar: SbWorldTrip

Selain daripada pokok LED yang bercahaya di waktu malam, I-City Shah Alam turut menawarkan pengunjung dengan pelbagai tarikan. Samada bersama kawan-kawan atau keluarga, terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh anda kunjungi bersama seperti Snowalk yang mempunyai suhu serendah 5°C, salji, iglo, ukiran ais dan banyak lagi.

Tak cukup dengan itu, ia juga mempunyai Laser Warzone, Waterworld, Space Mission, Circus Travel, Trick Art Museum, dan banyak lagi!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: I-City, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 11 pagi hingga 12 malam
Nombor telefon:+603 5521 8800

4. Taman Tasik Shah Alam

Taman Tasik Shah Alam antara tempat menarik di Shah Alam.
Kredit gambar: Mohd Tamizi Bin Mohd Rusdin

Direka oleh artiket landskap tersohor, Fumiaki Takano, Taman Tasik Shah Alam merupakan taman awam pertama yang dibuka di Selangor pada tahun 1985.

Di sini, anda boleh menikmati keindahan alam semula jadi, jauh dari kesibukan kota. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti gazebo, laluan refleksologi, jogging, berbasikal, dewan umum, taman permainan kanak-kanak, persiaran tasik, dan banyak lagi.

Tak cukup dengan itu, kayak dan paddle boat turut boleh disediakan buat disewa pada harga RM10 untuk satu jam.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: Pesiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Dibuka selama 24 jam
Nombor telefon:+603 5510 5133

5. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah antara tempat menarik di Shah Alam.

Dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan masjid terbesar di Malaysia dengan senibina yang menarik dan landskap yang cukup indah. Ia juga mampu menampung jemaah seramai 24,000 dengan pelbagai kemudahan seperti dewan kuliah, dewan seminar, perpustakaan, kelas bimbingan agama, dewan luas, dan tempat mengambil wudhuk yang luas.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:  Persiaran Masjid St., Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Isnin hingga Khamis, 8.30 pagi-1 petang, 2 petang-4.30 petang | Jumaat, 8.30 pagi-12.15 tengah hari, 2.45 petang-4.30 petang
Nombor telefon:+603 5523 8006

6. Taman Tema Wet World

Taman Tema Wet World antara tempat menarik di Shah Alam.

Apa kata bawa keluarga dan kawan-kawan untuk bermain di Taman Tema Wet World Shah Alam untuk berendam dan bermain air?

Taman tema air ini tidak terlalu mahal dan sesuai untuk berkelah bersama keluarga dan kawan-kawan. Terdapat pelbagai keseronokkan dan tarikan yang ada di sini seperti Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River, Whirlwind Escape, Bermuda Triangle, dan banyak lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Khamis hingga Selasa, 10 pagi-6 petang
Nombor telefon:+6017 289 0500

7. Pusat Akuatik Darul Ehsan

Pusat Akuatik Darul Ehsan antara tempat menarik di Shah Alam untuk aktiviti berenang.
Kredit gambar: Eu Jin Ang

Satu lagi tempat bermain air yang terkenal di Shah Alam, Pusat Akuatik Darul Ehsan telah direka bentuk dan dibina mengikut spesifikasi ISO yang ditetapkan oleh Persatuan Renang Antarabangsa. Ia juga mempunyai 4,000 tempat duduk tetap dan 2,000 tempat duduk sementara.

Bukan sahaja kolam renang orang dewasa, ia juga mempunyai kolam renang kanak-kanak yang lengkap dengan taman permainan.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 9-11 pagi, 12-2 petang, 3-5 petang
Nombor telefon:+603 5511 1648

8. Setia Alam Community Trail Head

Minat mendaki? Setia Alam Community Trail Head menjadi antara tempat menarik di Shah Alam.

Alami keindahan semula jadi dengan mendaki di sekitar Setia Alam Community Trail Head yang terletak hanya 18 ke 20 km dari puar bandar Shah Alam.

Samada anda hanya merupakan pendaki beginner atau seasonal, terdapat plebagai laluan yang disediakan untuk menuju ke kawasan puncak yang mempunyai ketinggian 210 meter.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Dibuka selama 24 jam
Nombor telefon:+6011 3388 6483

9. Kompleks Taman Seni Islam

Kredit gambar: TrAvEnEr issmile

Buat anda yang berminat untuk melihat dan mempelajari sejarah seni Islam, pintu Kompleks Taman Seni Islam sentiasa mengalukan kedatangan anda.

Selain mengamati ilmu Islam, bangunan dua tingkat ini turut menyediakan kelas seni kaligrafi, pengajian al-Quran, kelas Bahasa Arab, dan banyak lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:  2A, Persiaran Damai, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 9 pagi-5.30 petang
Nombor telefon:+603 5511 9001

10. High 5 Bread Town

Kredit gambar: Selangor attractions Malaysia

Tahukah anda bahawa jenama roti High 5 mempunyai muziumnya tersendiri? High 5 Bread Town merupakan musium roti pertama di Malaysia dan telah dibuka pada tahun 2005.

Di sini, anda boleh mempelajari sejarah roti dan melihat proses pembuatan roti. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis kek dan roti pada harga diskaun.

Alamat: Lot 72, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 21, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Tidak disenarai
Nombor telefon:Tidak disenarai

11. Perpustakaan Raja Tun Uda

Perpustakaan awam yang mempunyai enam tingkat ini mampu memuatkan seramai 2,500 pengunjung pada satu masa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih seperti wifi percuma, 100 buah komputer, dan bilik menonton filem secara 3D dan 6D. Ia menjadi lokasi sesuai buat anda yang ingin suasana yang menenangkan untuk membaca buku atau belajar di waktu lapang.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: Jln Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 9 pagi-6 petang
Nombor telefon:+603 5519 7667

12. Laman Seni 7

Laman Seni 7 menyediakan pelbagai motif dan imej seni yang mempunyai pelbagai mesej unik dan mendalam. Selain dari lukisan mural, terdapat juga beberapa struktur yang dijadikan pop-up art dan sesuai untuk mengambil gambar.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Dibuka selama 24 jam
Nombor telefon:+6013 603 2411

13. Uptown

Uptown sudah tentunya merupakan syurga kaki gajet. Di sini, pelbagai jenis barangan teknologi dan pakaian berjenama dijual pada harga yang lebih murah.

Selain itu, Uptown juga mempunyai gerai makanan yang berhampiran buat anda yang kelaparan setelah menghabiskan masa membeli-belah di sini.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:  LKSA, Kemuning – Shah Alam Hwy, Section 24, 40300 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 8 malam-4 pagi
Nombor telefon:+6012 331 4561

14. Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam

Kredit gambar: CC Y

Suasana yang tenang dan udara yang cukup segar membuatkan Taman Lembah Bukit SUK Shah antara tempat menarik di Shah Alam.

Selain seperti aktiviti beriadah seperti berjogging dan berbasikal, taman ini turut mempunyai pemandangan indah untuk bergambar. Gazebo turut disediakan buat anda yang ingin berehat atau berkelah bersama keluarga atau kawan-kawan.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:  Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Dibuka selama 24 jam
Nombor telefon:+6013 516 0928

15. City Karting

Mempunyai trek sepanjang 1.16 km, City Karting merupakan lokasi yang sesuai buat anda yang ingin berlumba dengan kawan-kawan.

Mula beroperasi pada 1997, ia menjadi tumpuan peminat sukan pemotoran dan menyediakan pelbagai jenis kart. Ada yang Double Seater Kart, sesuai buat pasangan atau membawa anak kecil, Racing Kart untuk pelumba berpengalaman, dan banyak lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: Go Kart Circuit, Stadium Car Park, Western 5, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Selasa hingga Jumaat dan Ahad, 10 pagi-10 malam | Isnin, 10 pagi hingga 7 petang | Sabtu, 10 pagi-11 malam
Nombor telefon:+603 5512 5868

16. Taman Botani Shah Alam

Dari bersiar di kompleks membeli-belah, apa kata anda recharge dengan mengalami keindahan alam sekitar di Taman Botani Shah Alam? Duit tak melayang, minda dan badan pun akan terasa lebih segar!

Di sini, terdapat beberapa taman dan kebun yang anda boleh kunjungi seperi taman hiasan, taman rempah ratus dan pelbagai miuman,taman kaktus, taman konservasi herba dan tumbuhan ubatan, dan banyak lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:  40000, Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Selasa hingga Ahad, 7.30 pagi-4.30 petang
Nombor telefon:+603 5510 7048

17. Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Dataran Kemerdekaan Shah Alam ini antara lokasi yang cukup meriah dan dikunjungi orang ramai untuk pelbagai aktiviti riadah seperti berjogging, bermain bola sepak, dan sebagainya.

Bila tiba sahaja Hari Kemerdekaan, ia turut menjadi lokasi sambutan hari bersejarah tersebut.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 10 pagi-7 malam
Nombor telefon:+603 5522 2743

18. Denai Alam Riding & Recreational Club

Minat dengan aktiviti menunggang kuda? Jom singgah Denai Alam Riding & Recreational Club!

Di sini, anda boleh menunggang kuda dengan harga yang berpatutan. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan lain yang disediakan seperti gym, trek motorcross, kawasan memanah, dan kolam renang. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: No 1, Jalan Elektron U16/100 Seksyen 16, Denai Alam, 40160, Selangor
Waktu operasi:Selasa hingga Ahad, 8 pagi-7 petang
Nombor telefon:+6010 240 2606

19. Shah Alam Extreme Park

Kredit gambar: Simple Plan

Shah Alam Extreme Park sering menjadi tumpuan golongan muda untuk lepak sambil melakukan aktiviti lasak seperti skateboarding, inline skating, berbasikal, dan wall climbing.

Selepas bermain, terdapat beberapa restoran berdekatan yang anda boleh mengisi perut yang kosong.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Dibuka setiap hari, 9 pagi-7 petang
Nombor telefon:+6012 287 8787

20. Muzium Sultan Alam Shah

Kredit gambar: Mohd Zairi Mohamad Rozali

Antara tempat menarik di Shah Alam yang penuh dengan sejarah dan ilmu, Muzium Sultan Alam Shah ini mempunyai tiga tingkat ruang pameran dan Dewan Pameran Daeng Menambun.

Di sini, anda boleh melihat hampir 4,000 buah artifak serta menerokai sejarah, budaya, dan pembangunan negeri Selangor secara lebih mendalam.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat: Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:Tidak disenarai
Nombor telefon:+603 5519 0050

Selain yang telah kami senaraikan, kongsikan tempat menarik di Shah Alam pilihan anda di ruangan komen dan pastikan anda ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.