10 Tempat Menarik Di Kuala Kubu Bharu Untuk Percutian Ala Staycation

Dikelilingi alam yang indah
By: Balqis Ariffin
November 10, 2022

Kuala Kubu Bharu yang terletak kira-kira 60 km dari utara Kuala Lumpur, merupakan ibu kota daerah Hulu Selangor. Pekan ini juga dikenali dengan singkatan namanya iaitu KKB di kalangan penduduk tempatan. Dengan lokasi  strategiknya yang terletak di kaki Bukit Fraser, Kuala Kubu Bharu adalah destinasi percutian utama dalam negara, terutamanya bagi mereka yang ingin dikelilingi dengan alam semula jadi. Untuk mereka yang tidak mengetahuinya, Kuala Kubu Bahru menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang  sesuai untuk seisi keluarga. Jika anda ingin merancang percutian, pastikan anda kunjungi senarai tempat menarik di Kuala Kubu Bharu ini. 

Senarai Tempat Menarik Di Kuala Kubu Bharu

1.Bukit Kutu

Bukit Kutu terletak dalam ketinggian 1,053 meter memerlukan sehingga lima jam pendakian untuk anda sampai ke puncaknya. Laluan treknya yang sepanjang 10.1 km ini sedikit mencabar dengan laluan yang agak curam. Treknya bermula di kawasan perkampungan orang Asli yang terletak berdekatan Empangan Hulu Selangor dan terdapat dua buah gua iaitu Gua Air dan Gua Kambing sebelum anda sampai ke puncak. Bukit Kutu atau Treacher’ Hill ini merupakan tempat popular bagi mereka yang menggemari aktiviti luar seperti berkhemah dan juga berdaki. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatBukit Kutu, 44000, Selangor
Nombor TelefonTiada
Waktu OperasiSentiasa buka

2. Air Terjun Sungai Chilling

Air Terjun Sungai Chilling terletak di Taman Warisan Negeri Selangor diuruskan oleh Pejabat Perikanan Daerah Hulu Selangor. Sebelum anda sampai ke air terjun setinggi 80 meter ini, anda perlu merentasi laluan trek yang dikelilingi hutan hijau dengan tumbuhan eksotik seperti bunga orkid and buluh. Kawasan ini juga yang dikenali sebagai Santuari Ikan Sungai Chiling telah diwartakan sebagai tempat perlindungan ikan kelah. Bayaran kemasukan ialah RM1.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Nombor Telefon+603 6064 1214 
Waktu OperasiSabtu dan Ahad: 8 pagi  – 6 petang

3.The Stick, Kuala Kubu Bharu

The Stick amat sesuai bagi mereka yang sedang mencari tempat menarik di  Kuala Kubu Bharu untuk glamping. Resort yang dikelilingi hutan hijau yang nian ini juga terletak berdekatan dengan Sungai Meranti. Terdapat 11 jenis tempat penginapan berbeza seperti Bamboo House, Serengeti Tent, Riverside Tendok, Opera House dan The Ara. Harga penginapan untuk satu malam bermula dari RM342. Selain pakej makanan, terdapat juga beberapa aktiviti-aktiviti menarik yang anda boleh cuba seperti paragliding, jungle trekking, white water rafting dan tubing.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatLot 213 Jalan KKB – Fraser’s Hill,Kuala Kubu Bharu, Selangor
Nombor TelefonTiada (bookings@thesticks.my)
Waktu OperasiSetiap hari: 9 pagi – 9 malam

4.Kolam Air Panas Hulu Tamu

Sumber: Visit Selangor

Terletak di bersebelahan dengan bandar Batang Kali, Kolam Air Panas Hulu Tamu seringkali menjadi tempat tumpuan pelancong dan juga warga tempatan. Kolam mata air panas semula jadi ini menawarkan beberapa kolam berbeza seperti panas, sederhana, dan juga sejuk. Selain itu tempat ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti gazebo, tempat letak kenderaan yang percuma, tanda dan bilik persalinan. Harga kemasukan bagi dewasa ialah RM3, manakala kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun adalah percuma. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatKolam Air Panas Hulu TamuKampung Kuantan, Batang Kali44300 SelangorMalaysia
Nombor Telefon+603 6064 1331
Waktu OperasiDibuka setiap hari kecuali Selasa

5.Dataran Kuala Kubu Bharu

Sumber: Visit Malaysia Info

Lawatan anda ke Kuala Kubu Bahru, tidak lengkap jika anda tidak berkunjung ke Dataran Kuala Kubu Bharu. Tempat ini amat sesuai untuk anda melepaskan lelah sebelum memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya. Anda juga boleh mengisi perut dengan pelbagai kedai yang menawarkan makanan yang enak dengan harga yang murah. Oleh itu jika anda mencari tempat makan best di Kuala Kubu Bharu, Dataran Kuala Kubu Bharu sememangnya sesuai untuk anda.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat55, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor
Nombor TelefonTiada
Waktu OperasiSelasa sehingga Ahad: 12 tengah hari – 12 malam

6.Taman Tasik Millenium

Sumber: Majlis Perbandaran Hulu Selangor

Dengan kawasan yang lapang serta berhampiran tasik, Taman Tasik Millenium merupakan tempat rekreasi tumpuan orang ramai yang agak popular. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga seperti berkelah, berbasikal, dan bersenam. Selain itu, Taman Tasik Millenium juga mempunyai kawasan yang agak lapang, oleh itu ianya sesua untuk bermain layang-layang. Bagi mereka yang meminati sukan ekstrem, terdapat juga aktiviti paragliding. Tempat rekreasi ini amat sesuai jika anda ingin berehat bersama keluarga sambil dikelilingi alam semula jadi. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatTaman Milenium, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor
Nombor Telefon+603 6064 1331
Waktu OperasiDibuka setiap hari

7.Empangan Sungai Selangor

Sumber: Visit Malaysia Info

Dibina pada tahun 2002, Empangan Sungai Selangor terletak sepanjang laluan dari pekan Kuala Kubu Bahru ke Bukit Fraser. Ianya merupakan tempat tarikan bagi pemancing dan juga orang ramai yang ingin menikmati keindahan alam di situ. Dengan pemandangannya yang menakjubkan, pastikan anda singgah untuk mengambil gambar sebelum meneruskan destinasi anda. Pusat Maklumat Splash yang terletak di jalan utama juga menyediakan galeri paparan dan maklumat mengenai projek empangan tersebut untuk para pelancong.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat55, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor
Nombor TelefonTiada
Waktu OperasiSentiasa dibuka

8.Sungai Bernam Teratak Riverview

Sumber: Sungai Bernam Teratak Riverview

Sungai Bernam Teratak Riverview atau dikenali sebagai Teratak Riverview Resort merupakan antara resort yang sesuai jika anda ingin staycation. Tempat menarik di Kuala Kubu Bahru ini yang terletak berhadapan dengan Sungai Bernam, menjanjikan pengalaman unik buat pengunjung. Selain chalet, terdapat juga tempat penginapan lain seperti asrama dan tempat berkhemah. Untuk peminat aktiviti lasak, anda boleh mencuba aktiviti seperti flying fox, water rafting, paintball dan motor ATV

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatTaman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak
Nombor Telefon+6017 343 1346
Waktu OperasiTiada

9.Lata Makau Kuala Kubu Bharu

Tempat menarik seterusnya di Kuala Kubu Bahru yang menjadi pilihan orang ramai ialah Lata Makau Kuala Kubu Bharu. Terletak berhampiran, Kampung Pertak, perjalanan ke Lata Makau mengambil sehingga tiga jam untuk anda sampai ke air terjunnya. Usah risau kerana laluan trek tidak begitu mencabar dan terdapat juga dua jambatan titi gantung. Kawasan di lata ini cukup indah dan nyaman.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatSungai Luit (Lata Makau Kuala Kubu Bharu), Kg Pertak, 44000, Selangor
Nombor TelefonTiada
Waktu OperasiSentiasa dibuka

10.Galeri Sejarah Kuala Kubu Bharu

Sumber: Persatuan Sejarah Kuala Kubu

Galeri Sejarah Kuala Kubu Bharu memaparkan informasi berkenaan pekan ini , menjadikannya sesuai untuk mereka yang ingin mengetahui sejarah Kuala Kubu Bahru dengan mendalam. Tempat ini seakan-akan muzium dengan pelbagai maklumat dan paparan gambar mengenai sejarah Kuala Kubu Bahru dari tragedi empangan pecah dan perang saudara.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatJalan Syed Masyor, Kampung Tun Abdul Razak, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor
Nombor Telefon+603 3289 1010
Waktu OperasiTiada

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.