7 Tempat Menarik Di Kemaman, Terengganu Untuk Anda Yang Inginkan Vacay!

Pelbagai tarikan menarik
By: Balqis Ariffin
February 22, 2024

Kemaman, yang terletak di bahagian selatan Terengganu kaya dengan sejarah sejak kurun kedua lagi sebelum masihi. Ptolemy, sejarawan Mesir turut mencatatkan Kemaman sebagai kole manakala Kuala Terengganu pula primula. Selain sejarahnya, Kemaman juga merupakan destinasi pilihan utama untuk mereka yang inginkan percutian yang dikelilingi alam semula jadi dan beraneka pilihan makanan tempatan yang menggiurkan. Jom tengok senarai tempat menarik di Kemaman, Terengganu yang anda wajib lawati. 

Senarai Tempat Menarik Di Kemaman, Terengganu

1. Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah

Sumber: Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah

Percutian anda pasti tidak lengkap jika anda tidak ke Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah, yang diketahui sebagai antara tempat menarik di Kemaman. Pusat konservasi ini sesuai untuk mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang proses pemeliharaan dan pemuliharaan penyu. Semasa musimnya, pengunjung juga dapat melihat anak-anak penyu yang menetas dengan lebih dekat semasa dilepaskan ke laut. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat24300 Kerteh, Terengganu
Nombor Telefon+609 844 4169
Waktu OperasiDibuka pada musim pendaratan penyu

2. Muzium Kemaman

Sumber: Muzium Kemaman

Di Muzium Kemaman, pengunjung dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah daerah ini serta negeri Terengganu. Muzium ini secara khususnya menfokuskan kepada tokoh-tokoh tempatan yang telah banyak menyumbang jasa dalam pelbagai bidang seperti politik, sukan, sastera, budaya dan agama. Muzium Jasa Mu Dikenang ini juga mempamerkan informasi tentang individu-individu tersebut dengan biodata serta jasa yang dilakukan.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatKampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu
Nombor Telefon+609 6321 200
Waktu OperasiAhad hingga Khamis: 9 pagi – 5 petang

3. Warung Otak-Otak Che Wan

Adakah anda sedang mencari tempat makan menarik di Kemaman, Terengganu? Percutian anda pasti tidak lengkap jika anda tidak ke Warung Otak-Otak Che Wan. Mereka turut digemari penduduk setempat kerana keenakan otak-otaknya yang dibuat menggunakan ikan segar serta aroma rempah yang kuat. Selain itu, anda juga boleh mencuba laksa, pais ikan, keropok lekor dan banyak lagi. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatWarung Otak-Otak Satar Che Wan, 6209, Jalan Geliga Pantai, 24000 Chukai, Terengganu
Nombor Telefon+6014 8035 777
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 11 pagi – 7 malam

4. Pantai Teluk Mak Nik

Sumber: Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman

Pantai Teluk Mak Nik atau juga dikenali sebagai Monica Bay yang terletak di Kampung Geliga Besar adalah tempat wajib jika anda ingin menikmati pemandangan laut biru sambil berkelah. Pantai ini dilengkapi dengan wakaf dan juga taman permainan. Tambahan lagi, terdapat juga pelbagai aktiviti-aktiviti air ditawarkan seperti jet ski. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatKampung Geliga Besar, 24000 Chukai, Terengganu
Nombor Telefon
Waktu Operasi

5. Pantai Marina Telaga Simpul

Sumber: Beautiful Terengganu Malaysia

Untuk mereka yang lebih menyukai aktiviti beriadah ataupun berkelah, kami sarankan anda ke Pantai Marina Telaga Simpul. Dengan pemandangan pasir putih serta lautan biru, ia sesuai untuk mereka yang ingin dikelilingi alam semula jadi. Tempat ini juga mempunyai laluan untuk mendaki untuk mereka yang menyukai aktiviti lasak. Pastikan anda melawat telaganya yang mempunyai sejarah tersendiri. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatJalan Pantai Marina, 24000 Kemaman, Terengganu
Nombor Telefon
Waktu Operasi

6. Resorts World Kijal

Sumber: Resorts World Kijal

Tak pasti mana nak tidur apabila bercuti ke sini? Resorts World Kijal adalah antara tempat penginapan menarik di Kemaman, Terengganu. Selain lokasinya yang dekat dengan bandar, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang menarik seperti kolam renang, golf, pantai peribadi, dan banyak lagi. Yang paling best, anda juga boleh memilih bilik Premier Seaview yang menghadap ke laut indah. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatKm 28, 24210, Jalan Kemaman – Dungun, Kampung Meraga Beris, 24210 Kijal, Terengganu
Nombor Telefon+609 864 1188
Waktu Operasi

7. Taman Rekreasi & Zoo Kemaman

Sumber: Taman Rekreasi & Zoo Kemaman

Taman Rekreasi & Zoo Kemaman sesuai untuk aktiviti sekeluarga, terutamanya dengan anak kecil. Zoo ini mempunyai tujuh bahagian seperti taman herba, kolam mandi, taman orkid, jambatan gantung dan taman permainan. Selain itu, mereka turut menawarkan pelbagai aktiviti lain seperti zooriculum serta pakej melihat kunang-kunang di Sungai Yak Yah.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatTaman Rekreasi dan Zoo Kemaman,Majlis Perbandaran Kemaman,24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman
Nombor Telefon+609 859 6644
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 9 pagi hingga 5 petang, kecuali Jumaat: 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.