Terletak di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia, Terengganu merupakan salah satu destinasi utama percutian bagi pelancong luar dan juga dalam negara. Selain budaya dan warisan yang unik, Terengganu juga menjadi tarikan utama dengan keindahan alam semula jadinya. Walaupun negeri ini cukup terkenal dengan Pulau Perhentian dan Pulau Redang, terdapat pelbagai tempat menarik lain di Terengganu yang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga mahupun rakan. Tak pasti mana nak lawat? Usah risau, senarai tempat menarik di Terengganu ini pastinya membantu anda membuat pilihan.
Senarai Tempat Menarik di Terengganu 2022
Contents
1. Masjid Kristal
Dibuka kepada orang awam pada tahun 2008, Masjid Kristal yang pernah diiktiraf sebagai masjid ketiga tercantik di dunia merupakan bangunan yang cukup ikon. Strukturnya dibina menggunakan keluli dan kaca memberikan ilusi seakan kristal. Terletak di sungai, Masjid Kristal tersergam indah dari jauh membuatkannya antara tempat menarik di Terengganu yang wajib anda lawai. Ruangan solatnya berkeluasan 950 kaki persegi dan mampu menempatkan 700 jemaah. Kami juga mencadangkan agar anda melawatnya pada waktu malam kerana masjid ini akan tampak bercahaya. Oleh itu, jika anda ingin mencari tempat yang terbaik untuk OOTD, kawasan berlatarbelakangkan masjid ini cukup sesuai.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Pulau Wan Man, Losong Panglima P’erang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 6 pagi – 11 malam |
Nombor Telefon | +609 627 8888 |
2. Pasar Besar Kedai Payang
Percutian anda ke Terengganu tidak lengkap jika anda tidak berkunjung ke Pasar Besar Kedai Payang. Terletak berdekatan Sungai Terengganu, pasar ini menawarkan pelbagai barangan lokal dan juga kraftangan tradisional contohnya tenunan, batik, songket dan juga barangan tembaga. Jika anda melawat Pasar Besar Kedai Payang, pastikan anda mencuba keropok lekor sebelum pulang.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | no. 11 pasar besar kedai payang, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 7.30 am- 6 petang |
Nombor Telefon | +609 622 1433 |
3. Muzium Negeri Terengganu
Dengan keluasan ruang pameran sebanyak 27,272 meter persegi, Muzium Negeri Terengganu merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Terdapat sembilan buah galeri yang pengunjung boleh lawati seperti Galeri Tekstil, Kraf, Sejarah dan Pra Sejarah, DiRaja, Islam, Pameran Sementara, Petroleum, Menteri Besar, Galeri Perikanan Dan Taman Laut. Tambahan lagi, anda juga dapat melihat dengan dekat artifak yang dipamerkan. Harga tiket untuk orang dewasa adalah RM5 dan RM2 untuk kanak-kanak.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari kecuali Jumaat: 9 pagi – 5 petang |
Nombor Telefon | +609 632 1200 |
4. Pusat Santuari Penyu Rantau Abang
Pusat Santuari Penyu Rantau Abang yang terletak di Dungun memberikan pengunjung lebih peluang untuk mengetahui tentang penyu dengan lebih lanjut. Tempat ini juga merupakan persinggahan penyu untuk bertelur. Terdapat pelbagai spesies penyu yang mendarat di sekitar kawasan ini seperti leatherback, Green Back dan Hawksbill. Harga kemasukan adalah percuma.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Rantau Abang, Terengganu, Kampung Rantau Abang, 23050 Kuala Dungun, Terengganu |
Waktu Operasi | Isnin sehingga Rabu: 8.30 pagi – 5 petang. Khamis: 8.30 pagi – 4 petang |
Nombor Telefon | +609 844 4169 |
5. Kenyir Elephant Village
Kenyir Elephant Village yang dibina pada tahun 2012 mempunyai keluasan sebanyak 256 hektar. Pengunjung yang datang dapat melihat dengan lebih dekat habitat asal gajah sambil mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hawai ini. Anda juga boleh memilih untuk menaiki gajah untuk mengelilingi sekitar kawasan ini. Selain itu, tempat ini juga menyediakan menara tinjau dan juga jambatan gantung. Harga kemasukan adalah RM25 untuk mereka yang berumur atas 13 tahun.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Jalan Felda Aring, Tasik Kenyir, 21700 Kuala Berang, Terengganu |
Waktu Operasi | Isnin sehingga Jumaat: 9 pagi – 5 petang |
Nombor Telefon | +609 858 5588 |
6. Masjid Tengku Tengah Zaharah
Tempat menarik di Terengganu yang menjadi pilihan utama orang ramai ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Terletak di kawasan Teluk Ibai, Masjid ini hanya empat kilometer dari pusat bandar dan juga berdekatan dengan kawasan tumpuan pelancong. Seni binanya diinspirasi dari rekaan modern dan juga Moor dengan rekaan yang menggunakan batu marmar, bomanit dan seramik. Dari jauh, anda akan dapat lihat masjid ini seakan-akan terapung, menjadikannya tempat wajib dilawati di Terengganu.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 1010, Jalan Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 5 pagi – 10 malam |
Nombor Telefon | +609 6271111 |
7. Pulau Kapas
Bagi anda yang impikan percutian ala staycation, Pulau Kapas merupakan destinasi yang ideal untuk anda. Pulau peranginan ini terletak berdekatan dengan pusat bandar Kuala Terengganu. Malahan, perjalanan dari Jeti Marang hanya mengambil kira-kira 30 minit sahaja. Selain snorkeling, pulau ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti berkayak, mendaki Bukit Singa dan island hopping. Jika anda ingin bermalam, terdapat beberapa tempat penginapan yang tersedia di Pulau Kapas. Harga tiket ke Pulau Kapas adalah RM40 untuk dua hala.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Pulau Kapas, Marang, Terengganu |
Waktu Operasi | Tiada |
Nombor Telefon | Tiada |
8. Taman Tamadun Islam
Taman Tamadun Islam menawarkan pengalaman menakjubkan bagi pengunjung. Tempat ini yang berkeluasan 23 hektar terbahagi kepada dua zon iaitu Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam. Tambahan lagi, ianya juga menampilkan replika monumen Islam yang terdapat di serata dunia seperti Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India), Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China. Harga tiket kemasukan untuk mereka yang berumur 13 tahun ke atas adalah RM20. Manakala kanak-kanak bawah umur 13 tahun adalah percuma.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Pulau Wan Man Losong PanglimaPerang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu |
Waktu Operasi | Isnin sehingga Khamis: 9 pagi – 6 petang. Jumat, Sabtu dan Ahad: 10 pagi – 7 malam |
Nombor Telefon | +609 627 8888 |
9. La Hot Spring
La Hot Spring yang terletak di Jertih ini amat sesuai jika anda merancang percutian family day. Kolam air panas di lengkap dengan kemudahan seperti tandas dan juga kolam buatan untuk memudahkan pengguna. Selain itu, terdapat juga sungai berdekatan yang sesuai untuk kanak-kanak. Dengan suasananya yang nyaman, La Hot Spring pasti mengurangkan tekanan sambil membantu anda mengurangkan tekanan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Taman Rekreasi Air Panas La Hot Spring, 22010, Jetih, Besut, Terengganu |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 8 pagi – 6 petang |
Nombor Telefon | Tiada |
10. Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk merupakan antara salah satu tempat menarik di terengganu yang anda wajib kunjungi. Jika anda datang bersama keluarga atau rakan, terdapat aktiviti-aktiviti menarik yang anda boleh lakukan seperti bermain layang-layang, berkelah dan mandi-manda. Manakala, bagi peminat OOTD, pantai ini juga lengkap dengan buaian yang pastinya sesuai untuk gambar.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu, Terengganu |
Waktu Operasi | Tiada |
Nombor Telefon | Tiada |
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.