Kelantan yang terletak di bahagian Pantai Timur semenanjung Malaysia merupakan negeri yang bersempadan dengan Thailand. Negeri ini turut dikenali penduduk setempat dengan pelbagai nama seperti Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah. Dengan budaya serta makanan tradisional yang unik, Kelantan adalah destinasi percutian yang wajib dilawati oleh pelancong tempatan dan juga lokal. Untuk mereka yang ingin merancang percutian ke negeri ini, jom tengok senarai tempat-tempat menarik di Kelantan ini yang merangkumi tempat viral di Kota Bharu dan juga tempat makan menarik.
Senarai Tempat-Tempat Menarik di Kelantan 2023
Contents
1. Pasar Siti Khadijah
Percutian anda ke Kota Bharu pastinya tidak lengkap jika anda tidak melawat Pasar Siti Khadijah. Kompleks perniagaan ini menawarkan pelbagai jenis barangan harian pada harga yang murah seperti pakaian, kraftangan, barangan dapur dan juga makanan tradisional Kelantan yang sukar didapati di negeri lain seperti kuih akok, nasi tumpang dan juga etok salai. Pasar ini juga sesuai untuk pelancong yang ingin membeli buah tangan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan |
Nombor Telefon | – |
Waktu Operasi | Setiap hari: 7.00 pagi – 6.00 petang |
2. Air Terjun Jelawang
Air Terjun Jelawang mempunyai ketinggian sebanyak 303 meter, menjadikannya antara air terjun tertinggi di Asia Tenggara selain Air Terjun Kadamaian (700 meter) di Sabah. Terletak di kawasan Taman Hutan Negeri Stong, perjalanan ke air terjun ini mengambil masa sehingga tiga jam dan anda juga boleh memilih untuk bermalam di tapak perkemahan Baha’s Campsite. Selain mendaki, aktiviti-aktiviti menarik yang anda boleh lakukan adalah meneroka gua, flying fox, mandi sungai, dan menaiki kenderaan serba rupa bumi (ATV).
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Taman Hutan Negeri Stong, 18200, Dabong Kelantan |
Nombor Telefon | – |
Waktu Operasi | – |
3. Pantai Cahaya Bulan
Pantai Cahaya Bulan atau lebih dikenali sebagai PCB merupakan antara tempat menarik di kelantan untuk family day. Di sekitar kawasan ini, terdapat pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga seperti bermain layang-layang dan beriadah serta medan restoran yang menawarkan pilihan ikan bakar. Terdapat juga beberapa pilihan resort untuk penginapan seperti PCB Beach Resort dan DCZ Perdana Resort. Oleh itu, jika anda terfikir akan destinasi yang sesuai pada waktu malam, PCB sememangnya sesuai.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Banggol, 15350 Kota Bharu, Kelantan |
Nombor Telefon | – |
Waktu Operasi | – |
4. Rumah Api Pantai Senok
Sebut sahaja Pantai Senok, pasti ramai yang teringat akan Pulau Nami di Korea. Dengan gelarannya Pantai Nami Bachok, kawasan di sekitar pantai ini dikelilingi dengan tumbuhan pokok rhu, cukup sesuai untuk mereka yang suka bergambar dan OOTD. Selain itu, pantai ini turut dikenali ramai dengan Rumah Api Pantai Senok berserta dengan lautan birunya yang indah.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Pantai Senok, 16020 Kota Bharu, Kelantan |
Nombor Telefon | – |
Waktu Operasi | – |
5. Wakaf Che Yeh
Wakaf Che Yeh merupakan pilihan tempat menarik di Kelantan yang sering dilawati oleh pelancong dalam and luar negara. Pasar malam ini yang dibuka sehingga jam tiga pagi menawarkan pelbagai keperluan asas seperti pakaian, aneka makanan, dan juga barangan rumah. Dengan barangan yang dijual pada harga yang murah, pastinya anda rambang mata. Tambahan lagi, di sekitar kawasan pasar malam ini, terdapat juga medan selera yang menjual makanan tradisional Kelantan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 2028, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan |
Nombor Telefon | – |
Waktu Operasi | Setiap hari: 6.00 petang – 3.00 pagi |
6. Muzium Negeri Kelantan
Jika anda ingin mendalami sejarah dan juga budaya negeri Kelantan, pastikan anda peruntukan waktu untuk ke Muzium Negeri Kelantan. Di muzium ini terdapat pelbagai pameran yang membawa pengunjung untuk memahami lebih lanjut mengenai sejarah dan budaya Kelantan seperti artifak, dan instrumen-instrumen muzik tradisional. Malahan,anda juga dapat melihat barang seni tradisional dengan dekat seperti wayang kulit, dikir barat, makyong,dan gasing.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Jalan Hospital, 15000, Kota Bharu, Kelantan |
Nombor Telefon | +609 748 2266 |
Waktu Operasi | Sabtu-Rabu: 8.30 am – 4.45 pm. Khamis: 8.30 am – 3.30 pm. Tutup pada Jumaat |
7. Masjid Kampung Laut
Masjid Kampung Laut yang terletak di di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan merupakan antara masjid tertua di Asia Tenggara. Untuk yang tidak mengetahuinya, struktur ini yang dianggarkan berusia dalam 400 tahun telah dipindahkan dari Nilam Puri, Kota Bharu ke lokasi asalnya terkini. Selain keunikan rekaan ukirannya, masjid ini turut dibina menggunakan kayu cengal serta tanpa sebarang paku. Destinasi pelancongan ini merupakan tempat menarik di Kelantan untuk anda mendalami dengan lebih lanjut seni bina Islam.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan |
Nombor Telefon | – |
Waktu Operasi | Subuh sehingga Isyak |
8. Gelanggang Seni
Senarai tempat menarik di Kelantan seterusnya ialah Gelanggang Seni yang merupakan pusat kebudayaan. Pengunjung yang datang berpeluang melihat dengan lebih dekat persembahan tradisional negeri Kelantan seperti permainan gasing, wayang kulit, pencak silat, rebana dan juga pembuatan wau. Untuk mereka yang menyaksikan persembahan, kemasukan adalah percuma.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Jalan Mahmood, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan |
Nombor Telefon | +609 748 3543 |
Waktu Operasi | Sabtu dan Isnin: 3.30 pm – 5.30 pm. Rabu: 3.30 petang– 5.30 petang dan 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.