7 Restoran Korea Halal Di KL Dan Selangor Ini Konfirm Buat Peminat K-Food Terliur!

Masisseo!
By: Balqis Ariffin
April 9, 2024

Dengan beraneka hidangan sampingan serta masakannya yang menggamit selera, makanan Korea kian mendapat tempat dalam hati penduduk tempatan. Manakan tidak, terdapat pelbagai pilihan makanan Korea yang anda boleh rasai daripada dakgalbi, ayam goreng rangup, stew dan juga BBQ. Menurut kajian antarabangsa yang dijalankan di 18 bandar utama di seluruh dunia, 16.5 peratus daripada responden memilih ayam goreng sebagai hidangan Korea kegemaran mereka. Manakala ramen menduduki tempat kedua dengan 11.1 peratus dan kimchi pula menduduki tempat ketiga, menyumbang sebanyak 9.8 peratus. Adakah anda mengidam makanan Korea seperti yang anda lihat di kaca TV? Jom tengok senarai restoran Korea halal di KL dan Selangor yang menjadi kesukaan ramai ini! 

Senarai Restoran Korea Halal Di KL Dan Selangor 2024

1. Seoul Garden

Sebut sahaja Seoul Garden, pasti ramai yang mengetahui tentang restoran Korea ini yang menghidangkan makanan berkonsepkan BBQ buffet. Restoran ini mempunyai sekitar 14 cawangan yang terletak di pusat beli-belah di sekitar KL dan Selangor. Anda boleh memilih antara tiga pilihan bufet iaitu, Basic, Regular dan Superior. Selain pilihan sup, antara menu hidangan yang ditawarkan adalah pencuci mulut, hidangan laut, kambing perap bulgogi, ayam teriyaki, hirisan ikan salmon, hirisan daging striploin dan banyak lagi. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatKlik link ini untuk senarai cawangan
Waktu OperasiKlik link ini untuk senarai cawangan
Nombor TelefonKlik link ini untuk senarai cawangan

2. K Fry Urban Korean

Senarai restoran Korea halal di KL dan Selangor ini pasti tidak lengkap tanpa K Fry Urban Korean yang menjadi pilihan penggemar ayam goreng. Antara menu wajib yang saya cadangkan anda mencuba adalah Honey Mustard Cheesy Fried Chicken Bumbuk, Ham & Cheese Rice Ball, dan juga Army Stew. Jangan lupa juga untuk merasai bingsoo sebagai pencuci mulut.  Restoran ini juga menawarkan pilihan menu dengan pilihan nasi atau mee, sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang berat.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatKlik link ini untuk senarai cawangan
Waktu OperasiKlik link ini untuk senarai cawangan
Nombor TelefonKlik link ini untuk senarai cawangan

3. Sweetree Restaurant

Untuk mereka yang menetap di sekitar Ampang, Sweetree Restaurant adalah antara restoran yang wajib anda lawati. Terkenal dengan keenakkan hidangan Korea, restoran ini menyajikan pelbagai menu yang popular dengan rasa asli seperti galbi tang, jjajangmyeon, chikin tangsuyuk, bajirak kalguksu, dan juga pelbagai pilihan ayam goreng. Selain itu, anda juga boleh mencuba menu BBQ yang dihidangkan dengan potongan daging premium. Harga hidangan menunya bermula dari RM24.90.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat12 L1 & 13 L1, L2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
Waktu OperasiSetiap hari,: 11 pagi –  11.30 malam
Nombor Telefon+6017 282 1550

4. Mr. Dakgalbi

Sumber: Mr. Dakgalbi

Jika anda inginkan pengalaman merasai hidangan Korea yang berbeza, anda boleh mencuba Mr. Dakgalbi yang menyajikan makanan di atas hot plate. Berbeza dengan restoran Korea halal yang lain, makanan tersebut akan dimasak di hadapan anda terlebih dahulu sebelum disajikan. Antara hidangan yang ditawarkan adalah bulgogi dakgalbi, mr.dakgalbi fried rice, baby octopus dakgalbi dan seafood dakgalbi.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatKlik link ini untuk senarai cawangan
Waktu OperasiKlik link ini untuk senarai cawangan
Nombor TelefonKlik link ini untuk senarai cawangan

5. Kyochon 1991

Restoran Korea halal di KL dan Selangor seterusnya adalah Kyochon 1991 yang mempunyai cawangan di beberapa negeri termasuk Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Negeri Sembilan. Restoran ini terkenal kerana menyajikan hidangan ayam gorengnya yang ditawarkan dalam beberapa pilihan seperti bawang putih dan madu, shinhwa, bawang putih dan soya, salsal dan lada merah. Terdapat juga menu lain seperti ayam bulgogi dan Kyochon tteokbokki.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatKlik link ini untuk senarai cawangan
Waktu OperasiKlik link ini untuk senarai cawangan
Nombor TelefonKlik link ini untuk senarai cawangan

6. DubuYo

Di DubuYo, anda boleh menjamah hidangan asli dari Korea tanpa perlu risau akan status halalnya yang telah diperakui oleh JAKIM. Selain makanan soondubu jjigae yang popular, mereka juga menyajikan beraneka jenis makanan seperti Samgyetang, jjajangmyeon, bibimbap dan banyak lagi. Restoran ini juga menawarkan hidangan set yang merangkumi makanan sampingan, hidangan utama, air dan juga pencuci mulut. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatKlik link ini untuk senarai cawangan
Waktu OperasiKlik link ini untuk senarai cawangan
Nombor TelefonKlik link ini untuk senarai cawangan

7. B.bap Korean Food

Sumber: B.bap Korean Food

Seperti namanya, B.bap Korean Food cukup terkenal kerana hidangan bibimbapnya yang beraneka jenis. Terletak di pusat beli-belah, Nu Sentral, restoran ini menawarkan pelbagai menu seperti bibimbap ayam bulgogi, kimchi jjigae, bokem bap, dan rabokki. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatLot GF08, Nu Sentral, 201, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 10 pagi – 9.30 malam
Nombor Telefon+603 2856 9719

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.