Untuk kaum Hawa, sepersalinan pakaian solat termasuk telekung yang selesa pastinya membuatkan waktu solat anda berasa lebih tenang dan khusyuk. Kini, terdapat lambakan jenama telekung yang menampilkan rekaan dan jenis kualiti kain yang berbeza, sesuai untuk pilihan setiap individu. Jika anda sedang mencari telekung untuk kegunaan sendiri ataupun hadiah untuk insan tersayang, senarai jenama telekung terbaik di Malaysia ini membantu anda membuat pilihan.
Senarai Jenama Telekung Terbaik Di Malaysia 2024
Contents
1. Bella Ammara
Dengan pelbagai rekaan menarik, Bella Ammara adalah antara jenama telekung terbaik pilihan ramai. Selain koleksi tudungnya, Bella Ammara menawarkan pelbagai pilihan koleksi tudung seperti Telekung Travel Safar, Telekung Sharifah Thalatha, Telekung Wardaa, Telekung Travel Safar Basic, Telekung Sharifah Crystal, Telekung Ayesha, Telekung Sharifah Exclusive dan Telekung Sharifah Royale. Tambahan lagi, anda juga memilih untuk menambah sulaman nama pada telekung dengan tambahan harga sebanyak RM49 sahaja.
Kelebihan:
- Pilihan untuk sulaman nama
- Pelbagai koleksi telekung untuk wanita dan juga kanak-kanak
- Kualiti kain yang sejuk dan ringan
Kekurangan:
- Harga untuk sesetengah koleksi agak mahal
Harga: dari RM129.00
Terdapat di: laman website Bella Ammara
2. Siti Khadijah
Sebut sahaja telekung Siti Khadijah, pasti ramai yang mengetahuinya jenama terkemuka lokal ini. Rekaan telekung yang ditawarkan cukup klasik dengan pilihan seperti signature, modish, flair dan broderie. Selain itu, koleksi telekung Siti Khadijah juga dikategorikan kepada asas, premium dan eksklusif. Terdapat juga rekaan inovatif yang sesuai untuk kegunaan harian seperti Flair Khadija Eze yang direka umpama poncho dan juga Flair Arami Midi yang sesuai untuk digunakan sewaktu perjalanan jauh.
Kelebihan:
- Rekaan telekung yang berinovasi
- Pilihan jenis kain seperti kapas, dan denim
- Warna menarik
Kekurangan:
- Pilihan terhad
Harga: dari RM160.00
Terdapat di: laman website Siti Khadijah
3. Aleena
Jika anda meminati telekung dengan rekaan sulaman, jenama Aleena pasti sesuai untuk anda. Selain rekaan yang eksklusif, pilihan warna juga amat menarik seperti merah jambu, biru, hijau daun, kelabu dan banyak lagi, sesuai jika anda inginkan telekung selain warna hitam atau putih. Koleksi Traveleena pula direka khas untuk perjalanan jauh dan didatangkan dengan beg kecil untuk menyimpan telekung.
Kelebihan:
- Harga yang murah
- Banyak pilihan warna menarik
- Rekaan telekung dengan sulaman
Kekurangan:
- Terdapat pilihan terhad untuk rekaan
Harga: dari RM69.00
Terdapat di: laman website Aleena
4. Telekung Tea
Telekung Era Alem atau lebih dikenali dengan nama singakatannya iaitu Telekung Tea menggabungkan rekaan moden dan juga klasik. Rekaannya dikenali dengan sulaman, kain berkualiti tinggi dan pilihan warna menarik. Koleksi telekungnya juga menawarkan pelbagai pilihan seperti premium, umrah dan haji, The One Piece dan travel telekung. Untuk mereka yang inginkan keselesaan, rekaan dari The One Piece amat sesuai kerana rekaannya yang amat ringkas namun ia menepati cita rasa terkini,
Kelebihan:
- Pilihan koleksi tudung
- Didatangkan bersama bag untuk menyimpan telekung
- Rekaan moden dan juga tradisional
Kekurangan:
- Harga yang agak mahal
Harga: dari RM170.00
Terdapat di: laman website Telekung Tea
5. Telekung De Humaira
Senarai jenama telekung terbaik kami ini pasti tidak lengkap tanpa Telekung De Humaira yang diketahui dengan rekaan corak modennya. Selain harganya yang berpatutan, ia juga didatangkan dengan bag yang sepadan, sesuai untuk perjalanan jauh. Terdapat juga pilihan telekung untuk kanak-kanak yang amat menarik. Antara koleksi telekung yang ditawarkan adalah Telekung Deluna Pretty White, Telekung De Humaira Wildflowers in Black dan Telekung Kids Deluna Blue Sakura Bloom.
Kelebihan:
- Rekaan corak menarik
- Pilihan untuk kanak-kanak
- Harga yang mampu milik
Kekurangan:
- Pilihan terhad untuk rekaan telekung yang tidak mempunyai corak
Harga: dari RM90.00
Terdapat di: laman website Telekung De Humaira
6. Telekung Al-Kauthar
Untuk mereka yang lebih menyukai rekaan tradisional telekung, jenama Telekung Al-Kauthar pastinya menjadi pilihan utama anda. Mereka menampilkan pilihan koleksi untuk moderate, premium, kanak-kanak dan juga umrah dan haji. Dengan warna utama putih, telekungnya menawarkan rekaan ringkas dengan pilihan sulaman dan juga corak yang tidak nampak keterlaluan. Antara pilihan telekung yang anda boleh pilih adalah Cinta Hakiki, Sulam Kasih Warna dan Esklusif Al Kauthar.
Kelebihan:
- Kain yang berkualiti tinggi
- Terdapat pilihan untuk kanak-kanak
- Rekaan yang tampak klasik
Kekurangan:
- Pilihan warna yang terhad
Harga: dari RM120.00
Terdapat di: laman website Telekung Al-Kauthar
7. Telekung Zara Awliya
Telekung Zara Awliya menawarkan pelbagai pilihan dengan koleksinya yang menampilkan rekaan unik dan jenis kain berbeza. Antara koleksi tudung yang mereka tawarkan adalah premium, renda dan sulaman, umrah dan asas. Jika anda mementingkan kualiti kain dan keselesaan, anda boleh membuat pilihan berdasarkan jenis kain seperti kapas, crepe dan banyak lagi.
Kelebihan:
- Banyak pilihan koleksi
- Kain yang berkualiti tinggi
- Warna dan rekaan yang menarik
Kekurangan:
- Kurang pilihan untuk kanak-kanak
Harga: dari RM129.00
Terdapat di: laman website Telekung Zara Awliya
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.