Sebut sahaja dim sum, pasti ramai yang terbayangkan beraneka ladu yang disajikan di atas pengukus mangkuk buluh. Hidangan tradisional masyarakat Cina ini cukup digemari ramai kerana kelazatanya serta kepelbagaian makanan yang disediakan seperti siu mai, lo mai gai, tart telur dan pau. Jika anda sedang mencari restoran dim sum halal terbaik di sekitar Kuala Lumpur, jom tengok senarai pilihan ramai orang ini.
Senarai Restoran Dim Sum Halal Terbaik Di Kuala Lumpur 2023
Contents
1. Lai Po Heen, Mandarin Oriental
Lai Po Heen yang terletak di hotel terkemuka Mandarin Oriental adalah antara restoran dim sum halal terbaik di Kuala Lumpur. Dekorasi dalamnya cukup mewah, sesuai untuk acara penting. Selain hidangan ala carte, menu dim sum menawarkan pelbagai makanan seperti steamed abalone chicken siew mai and fish roe, deep-fried crispy yam puff balls with barbecued chicken and mushrooms, oven-baked chicken char siew puff with cheese dan banyak lagi.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Mandarin Oriental, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Isnin – Jumaat: 12pm – 2.30pm. Sabtu dan Ahad: 10.30am – 2.30pm. Setiap hari: 6pm – 10.30pm |
Nombor Telefon | +603 2330 8798 |
2. Chynna, Hilton Hotel
Chynna menyajikan pelbagai hidangan Kantonis dan Shanghai yang moden. Diketuai oleh chef selebriti Lam Hock Hin, restoran ini yang terletak di Hilton Hotel menawarkan beraneka dim sum yang dikukus, dibakar dan digoreng, bubur, serta pencuci mulut. Antara menu yang wajib anda rasai adalah steamed Australian scallop and shrimp dumplings, steamed spinach dumplings with roasted duck and five spice powder dan deep-fried crispy cheesy lychee shrimp paste balls.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Hilton Kuala Lumpur, Level 5, 3, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Makan tengahari: 12:00 tengahari – 2:30 petang Makan tengah hari (hujung minggu dan cuti umum):11:00 pagi – 2:30 petang Makan malam:6:30 petang – 10:30 malam |
Nombor Telefon | +603 2264 2264 |
3. Dolly Dim Sum
Senarai restoran dim sum halal terbaik di Kuala Lumpur seterusnya pilihan kami adalah Dolly Dim Sum. Restoran ini yang mempunyai 12 cawangan di seluruh negeri diketahui dengan pelbagai hidangan tradisional dim sumnya seperti har gao, siew ma dan juga cheung fun. Kami sarankan anda mencuba steamed beef ball, crispy shrimp cheong fun dan juga royal golden fried rice.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Klik pautan ini untuk senarai cawangan |
Waktu Operasi | Klik pautan ini untuk lihat |
Nombor Telefon | Klik pautan ini untuk lihat |
4. Mohd Chan Dim Sum
Sejak dibuka pada tahun 2007, Mohd Chan Dim Sum telah mempunyai pelbagai cawangan dari Ampang, Seremban, Putrajaya dan Kuantan sehingga ke Melaka. Menu yang ditawarkan adalah beraneka seperti chicken mai, shanghai dumpling, salted egg mai, golden salted egg bao dan juga seafood crabmeat soup.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | A-01-01, Sunway Geo Avenue,Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway,47500 Subang Jaya, Selangor |
Waktu Operasi | Setiap hari: 10:00 pagi -10:00 malam |
Nombor Telefon | +603 5612 9939 |
5. The Dim Sum Place
The Dim Sum Place mempunyai dua cawangan iaitu di Desa Pandan Ampang dan juga TTDI. Pengunjung dapat merasai pelbagai jenis hidangan dim sum halal seperti spicy & sour shrimp dumpling, deep fried siew mai, vermicelli roll w/ spring onion & shrimp dan juga steamed bbq duck meat bun. makanannya bukan sahaja sedap malahan harganya juga berbaloi.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | G11, The Dim Sum Place G Village, Desa Pandan, Ampang, 55100, Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari kecuali Isnin: 12.00 tengah hari 10.00 malam |
Nombor Telefon | +603 9226 6484 |
6. Dodo Dim Sum & Bowls
Jika anda mengidam dim sum halal terbaik di KL dan Selangor, kami sarankan anda ke Dodo Dim Sum & Bowls. Restoran ini menampilkan kombinasi masakan steamboat Thailand dan juga dim sum. Untuk mereka yang inginkan kelainan, anda boleh mencuba chicken kerabu dumpling, curry siew mai, snow fungus, atau spicy chicken feet.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 11-G, Pusat Perniagaan D’Bayu, Jalan Serambi U8/24, Bukit Jelutong, 40160 Shah Alam, Selangor |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 12 tengah hari – 11 malam |
Nombor Telefon | +603 7832 4623 |
7. My Dim Sum
Anda tidak semestinya perlu berbelanja mahal hanya untuk merasasi dim sum halal terbaik di KL. Di My Dim Sum, harga dim sum yang ditawarkan murah dan juga sedap. Yang paling best, terdapat pelbagai pilihan seperti fresh shrimp rice roll, siew mai king, Shanghai red oil wonton dan steamed radish cake. Tambahan lagi, anda juga boleh merasai hidangan utama seperti superior fish broth mee tarik.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | A-B1-1, Plaza Arkadia, No, 3, Jalan Intisari, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Isnin hingga Sabtu: 8.30 pm – 10 malam. Ahad: 8.30 pm – 8 malam |
Nombor Telefon | – |
8. Minmax Restaurant
Terletak berdekatan dengan MRT Ampang Park, Minmax Restaurant menawarkan pelbagai menu dim sum yang klasik. Selain itu, terdapat juga hidangan utama seperti nasi dan juga mee goreng. Kami sarankan agar anda mencuba steamed stuffed scallop dumpling, steamed dumpling with crab roe, crispy carrot dumpling dan juga pan fried radish cake.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Lot 2.1 Level 2, PNB Darby Park, Jalan Binjal, 50450 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Isnin -Sabtu: 11 pagi – 9 malam. Ahad dan cuti umum: 9 pagi – 9 malam |
Nombor Telefon | +6032166 8669 |
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.