6 Cara Pakai Tudung Bawal Yang Simple Tapi Cantik

Sesuai untuk semua gaya
By: Balqis Ariffin
May 5, 2023

Buat mereka yang mengenakan hijab, pemakaian harian anda pasti tidak lengkap tanpa pengayaan tudung. Walaupun penggunaan utamanya adalah untuk  menutup aurat seorang muslimah, cara pengayaan tudung yang trending membantu melengkapkan gaya OOTD anda. Selain shawl, tudung bawal juga merupakan pilihan sesetengah wanita yang menyukai gaya klasik dan selesa. Meskipun bentuknya sama, tudung bawal ditawarkan dalam bidang dan variasi fabrik yang berbeza. Oleh itu, cara pengayaanya juga haruslah mengikuti keselesaan anda dan kesesuaian acara. Jika anda gemar mengenakan tudung bawal, jom cuba tips cara pakai tudung bawal yang simple tapi cantik ini. 

Cara-cara Pakai Tudung Bawal Yang Simple Tapi Cantik

1. Tudung Bawal Ala Shawl 

Jika anda menyukai pengayaan tudung ala shawl, anda juga boleh melakukannya menggunakan tudung bawal. Cara-caranya juga mudah berbanding shawl, membuatkannya sesuai bagi mereka yang baru memakai tudung. Malahan, pengayaannya juga labuh di bahagian depan.

Cara-cara pengayaan:

1. Tudung bawal anda harus dipakai dengan bahagian sebelah kiri lebih panjang berbanding kanan. 

2. Pinkan dibahagian leher

3. Kemudian, kemaskan lipatan di bahagian kiri sebelum anda menariknya sehingga ke bahagian belakang kepala sebelah kanan

4. Pastikan anda sematkan pin di bahagian atas kepala

5. Kemaskan tudung di bahagian depan dada dan anda boleh memilih untuk pinkan di bahu juga agar tudung anda kekal kemas sepanjang hari

2. Gaya Tudung Bawal Yang Ringkas dan Klasik 

Untuk mereka yang menyukai cara pakai tudung bawal yang simple tapi cantik, gaya ini pastinya untuk anda. Cara pengayaan ini cukup klasik dan sesuai untuk semua jenis majlis.

Cara-cara pengayaan:

1. Lipatkan tudung bawal anda menjadi segi tiga dan bahagian dalam perlu lebih kecil sedikit berbanding bahagian luar.

2. Sebelum anda sematkan pin dibahagian leher, pastikan kedua-kedua bahagian kiri dan kanannya sama panjang.

3. Ambil bahagian kiri dan tariknya ke sebelah kanan mengelilingi leher.

4. Bahagian hujung kiri tudung boleh dikemaskan dengan menyembunyikannya di bawah tudung.

5. Kemudian, kemaskan bahagian kanan dengan menutupi sebelah kiri dada anda dan sematkan pin di bahu 

3. Kemasan Reben Dengan Cincin

Pengayaan tudung bawal pastinya tidak lengkap tanpa kemasan menggunakan cincin. Selalunya ramai orang menggunakan cincin dengan ruangan satu atau dua, namun jika anda ingin menggayakan tudung anda secara unik, pastikan anda menggunakan cincin dengan tiga ruangan.

Cara-cara pengayaan:

1. Pakai tudung bawal anda seperti biasa dengan kedua-kedua bahagian kiri dan kanan sama panjang.

2. Ambil cincin tudung dengan tiga ruangan, kemudian masukkan bahagian kiri tudung ke dalam ruangan kosong cincin di kiri dan lakukan yang sama untuk bahagian tudung kanan.

3. Tarik cincin ke bahagian atas tudung sehingga paras dada.

4. Keluarkan sedikit tudung di bahagian kiri dan kanan pada ruangan kosong cincin tersebut

5. Kemaskannya agar nampak seperti reben

4. Gaya Butterfly Dengan Ikatan Di Leher

Cara pemakaian tudung bawal dengan ikatan di leher merupakan antara trend gaya terkini. Gaya ini bukan sahaja membantu memastikan tudung anda kekal lama, malahan ia memberikan kelainan pada imej anda.

Cara-cara pengayaan:

1. Pakai tudung bawal pilihan anda seperti biasa dengan kepanjangan kiri dan kanan yang sama.

2. Selepas anda sematkan pin di bahagian leher, ambil bahagian kiri dan tariknya ke kanan serta lilitkan dengan kemas di keliling leher.

3. Kemudian, ikatkan bahagian kiri dengan kanan dan sembunyikan hujung kiri yang pendek di bawah tudung

5. Rekaan Loose Agar Muka Tampak Runcing

Untuk tips cara pakai tudung bawal seterusnya, gaya loose ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk muka bulat ataupun ingin menyembunyikan double chin. Gaya ini cukup mudah tanpa nampak keterlaluan. 

Cara-cara pengayaan:

1. Pastikan bahagian hujung kiri dan kanan sama panjang.

2. Kemaskan lipatan di bahagian muka pada sebelah kanan sebelum anda sematkan dengan pin di bahagian leher.

3. Yang paling penting, anda perlu pinkannya pada bahagian leher dengan lebihan kain pada sebelah kiri untuk efek loose.

4. Kemudian, tarik bahagian hadapan kanan ke sebelah kiri dan kemasannya di bawah tudung

5. Untuk bahagian kiri pula, anda boleh kemaskannya pada sebelah kanan dan sematkan pin pada bahu. 

6. Gaya Pemakaian Seperti Lisa Surihani 

https://www.youtube.com/watch?v=H7MzfHz3Ybk

Dalam penggayaan tudung bawal, kita juga perlu menitikberatkan aurat sebagai muslimah. Oleh itu, jika anda lebih menyukai cara pemakaian tudung yang bergaya tetapi labuh, pastikan anda mencuba tips dari Lisa Surihani ini.

Cara-cara pengayaan:

1. Sematkan pin pada bahagian leher tudung bawal anda.

2. Kemudian, tarik hujung sebelah kiri dan pinkan pada bahagian bahu kanan. Pastikan anda kemaskan tudungnya agar menutupi dada.

3. Ambil bahagian kanan dan gunakan brooch sebagai aksesori. Kami sarankan anda untuk meletakkannya pada sekitar kawasan tulang selangka untuk tampak lebih bergaya

4. Pastikan anda pin bahagian kanan pada bahu kiri untuk kemasan.

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.