8 Tempat Menarik di Sekinchan Untuk Percutian Hari Minggu Anda

Percutian ala staycation
By: Balqis Ariffin
September 21, 2023

Sekinchan yang terletak di daerah Sabak Bernam, cukup terkenal dengan keindahan alam semula jadi dengan sawah padi serta lautan yang terbentang luas. Bandar kecil ini yang terletak hanya dalam jarak 1.5 jam pemanduan yang dari Kuala Lumpur menjadi pilihan utama destinasi percutian untuk mereka yang ingin jauh dari hiruk pikuk kotaraya. Dengan hidangan laut yang murah dan pelbagai aktiviti menarik, inilah masa untuk anda terokai Sekinchan. Jom tengok senarai tempat menarik di Sekinchan untuk percutian anda selepas ini.

Senarai Tempat Menarik di Sekinchan 2023

1. Sekinchan Coconut Farm

Sumber: Sekinchan Coconut Farm

Jika anda sedang mencari tempat menarik di Sekinchan untuk berlibur bersama keluarga, pastikan anda ke Sekinchan Coconut Farm yang terletak di Jalan Tali Air 4. Di ladang ini, pengunjung dapat beristirahat sambil menikmati pemandangan yang indah. Antara tarikan utama tempat ini adalah aneka makanan dan minuman yang ditawarkan seperti air kelapa, coconut shake, rojak dan juga nasi lemak. Sekinchan Coconut Farm juga merupakan antara tempat makan best di Sekinchan untuk pelancong luar. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatLot 14307, Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia
Nombor Telefon +6017 745 1263
Waktu OperasiSabtu dan Ahad: 10 pagi – 5.30 petang

2. Sawah Padi Sekinchan

Photo by Fauzan Saari on Unsplash

Percutian anda pasti tidak lengkap jika anda tidak melawat ke sawah padi yang cukup sinonim dengan Sekinchan. Dengan sawah padi yang menghijau serta awan biru yang terbentang luas, pemandangan yang indah ini sesuai sebagai tempat bergambar. Namun, pastikan anda melawat kawasan ini sebelum waktu menuai dan padi di Sekinchan dituai dua kali setahun. Anda digalakkan untuk melawat pada sekitar bulan Mac sehingga ke Mei dan juga pada awal September sehingga pertengahan November. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatSawah Padi Sekinchan, Pekan Sekinchan, Sekinchan, Selangor, Malaysia
Nombor Telefon
Waktu OperasiDibuka 24 jam

3. MSekin Wonderland

Sumber: MSekin Wonderland

Terletak berdekatan Pantai Redang, MSekin Wonderland merupakan taman tema air yang pertama kali beroperasi di Sekinchan. Terdapat 10 kolam berbeza yang dilengkapi dengan gelongsor, air pancut dan pelbagai lagi aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Selain itu, taman tema ini juga bersambung dengan Restoran Sekinchan Ikan Bakar dan juga Hotel Sekin. Antara kemudahan lain yang boleh didapati adalah taman permainan, kiosk makanan, dan banyak lagi. Harga tiket untuk kanak-kanak bermula dari RM51 manakala dewasa pula RM63.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatNo 358, Jalan Pantai Redang, Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor
Nombor Telefon +6017 3156 959
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 9 pagi – 6 petang

4. Pantai Redang Sekinchan

Photo by Chean Ang Heng on Unsplash

Selain sawah padi, Sekinchan juga popular dengan pemandangan laut serta perkampungan nelayannya. Kami sarankan anda ke Pantai Redang Sekinchan untuk bersantai di tepi laut ataupun melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain layang-layang atau berkelah. Di sepanjang pantai, terdapat laluan pejalan kaki menjanjikan pemandangan indah nian. Selain itu, kawasan ini juga terletak berdekatan dengan banyak restoran yang menyajikan makanan laut. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor
Nombor Telefon
Waktu Operasi

5. Padi Box

Sumber: Padi Box

Padi Box amat sesuai untuk mereka yang inginkan tempat penginapan menarik di Sekinchan. Homestay ini menawarkan tempat penginapan yang diperbuat daripada kontena pengangkutan. Setiap biliknya juga menampilkan dekorasi yang moden dan kemudahan yang lengkap. Yang paling best, anda juga dapat menikmati pemandangan sawah padi dari tempat penginapan ini. Harga bilik bermula dari RM118.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatLot 11126, Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan,Selangor, Malaysia.
Nombor Telefon + 6019 3205 688
Waktu Operasi

6. Triangle Farm Cottage House

Photo by Ludwig Kwan on Pexels

Anda tidak perlu melancong jauh sehingga ke luar negara untuk merasai percutian menakjubkan. Di Triangle Farm Cottage House, pengunjung dapat memilih penginapan berkonsepkan rumah segi tiga ala glamping yang amat selesa. Selain kemudahan yang lengkap, tempat penginapan ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti karaoke, memanah, berenang di dalam kolam, memancing dan barbeku. Harga bilik bermula dari RM118.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatLot 11304, Kampung Site B TambahanJalan Tepi Sawah, Sekinchan45400 Sekinchan, Selangor
Nombor Telefon +60 17 206 8666
Waktu Operasi

7. Blue Tears

Sumber: Sky Mirror

Adakah anda tahu bahawa Sekinchan turut terkenal dengan Blue Tears? Fenomena alam semula jadi ini terjadi apabila alga atau plankton mengeluarkan cahaya biru, membuatkan air diterangi dengan cahaya biru. Aktiviti ini sesuai pada waktu malam kerana ia selalunya dapat dilihat sekitar waktu malam, terutamanya jam sembilan ke atas. Harga tiket bermula dari RM30.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatNo.10 Jalan Feri Lama,Bagan Pasir Penambang, Kuala Selangor.Selangor ,Kuala Selangor 45000 Selangor,Malaysia
Nombor Telefon +6016 2234 788
Waktu Operasi

8. Ah Ma’s House

Sumber: visit-sekinchan.com

Imbau kembali zaman silam anda di Ah Ma’s House yang mengetengahkan konsep rumah tradisional. Tarikan utamanya adalah kuih kapit yang dibuat secara tradisional mengekalkan rasa asli yang sukar untuk didapati pada masa kini. Dekorasinya juga diinspirasikan daripada masyarakat dahulu serta lengkap dengan pameran barangan klasik. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatLot 10376, Jalan Tali Air 5, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor
Nombor Telefon +6014 230 5753
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 10 pagi – 6 petang 

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.