7 Tempat Makan Best di Cyberjaya Yang Pencinta Makanan Wajib Lawati!

Senarai wajib
By: Balqis Ariffin
April 20, 2024

Cyberjaya yang terletak di daerah Sepang, dibangunkan sebagai cetusan idea bekas Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang ingin membina “ekonomi multimedia”. Untuk anda yang tidak mengetahuinya, Cyberjaya sebenarnya terdapat beberapa tempat makan yang menarik. Jika anda bercadang untuk berjalan-jalan bersama keluarga pada hujung minggu ini, anda boleh melawat tempat menarik sambil singgah di senarai tempat makan yang best di Cyberjaya ini. Jom tengok senarai pilihan kami!

Senarai Tempat Makan Best di Cyberjaya 2024

1. Giggles & Geeks

Sebut sahaja tempat makan best di Cyberjaya, pasti anda akan lihat Giggles & Geeks tersenarai. Restoran ini menawarkan sajian yang diinspirasikan dengan gabungan masakan barat dan asia. Antara menu yang dihidangkan adalah burger daging lembu klasik, sup cendawan, nasi lemak pandan ayam berempah, steak dan juga beraneka pasta. Untuk mereka yang mempunyai anak kecil, usah risau kerana terdapat pilihan menu khas untuk kanak-kanak. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatGround Floor, Bio-X Centre, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu OperasiIsnin – Khamis: 11 pagi – 10 malamJumaat: 3 petang – 11 malam. Hujung Minggu: 11 pagi – 11 malam
Nombor Telefon+6019 845 0418

2. Burger & Taco

Adakah anda sedang mencari tempat makan best di Tamarind Square, Cyberjaya? Burger & Taco adalah antara tempat wajib anda singgah apabila ke sini. Restoran Tex-Mex ini menyajikan beraneka burger premium yang diperbuat menggunakan daging lembu dari Australia dan juga New Zealand, serta keju yang diimport memastikan rasa yang menakjubkan. Menu yang ditawarkan adalah burrito, quesadillas, nachos, dan pelbagai hidangan burger. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatE2-04-3A, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 12 tengah hari – 9 malam
Nombor Telefon+6012 776 0154

3. Restoran Zam Ikan Bakar

Sumber: Restoran Zam Ikan Bakar

Untuk mereka yang mengidam untuk merasai pelbagai hidangan makanan laut yang dibakar, kami cadangkan anda ke Restoran Zam Ikan Bakar. Selain itu, anda juga boleh mencuba beraneka lauk-pauk bersama hidangan ikan bakar, sotong bakar, ayam bakar dan banyak lagi. Jangan lupa untuk menggandingkan hidangan anda bersama air asam.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatLOT 4806-0-09 CBD PERDANA, 2, Jln Perdana, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu OperasiIsnin – Sabtu: 10.30 pagi – 11 malam
Nombor Telefon+6019 430 0292

4.  Mr. Mee Authentic Xinjiang Cuisine

Sumber: Mr. Mee Authentic Xinjiang Cuisine

Anda tidak perlu melancong jauh hanya untuk merasai makanan Cina muslim yang autentik. Di Mr. Mee Authentic Xinjiang Cuisine, mereka menawarkan pelbagai menu asli seperti cumin mutton chops, beef noodle soup with braised beef, lamb samosa, mapo tofu, chicken mushroom dumplings dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan juga amat berbaloi kerana saiz hidangannya agak banyak.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat4810-0-39 & 40, CBD perdana, 2, Persiaran Flora, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu OperasiDibuka setiap hari kecuali Jumaat: 10 pagi – 10 mlm
Nombor Telefon+6017 949 4961

5. Mildura Lane Coffee

Jika anda peminat kopi, pastikan anda singgah ke Mildura Lane Coffee yang terletak di Tamarind Square Cyber 10.  Kafe ini menawarkan hidangan barat serta manisan, sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan. Terdapat juga pelbagai pilihan kopi seperti ice latte, americano, cappuccino, flat white, espresso, caramel macchiato dan banyak lagi! Harga kopinya juga murah dan berbaloi. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatD-02-03-02, Tamarind Square Cyber 10, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu OperasiIsnin – Jumaat, ditutup pada hari Raby: 10 pagi – 7.00 malam. Sabtu dan Ahad: 9.30 pagi – 8.00 malam
Nombor Telefon+6017 262 9577

6. Pastribella Bakeshop

Senarai tempat makan best di Cyberjaya ini pasti tidak lengkap tanpa Pastribella Bakeshop. Pengunjung yang singgah akan rambang mata melihat pelbagai menu manisan yang dipamerkan seperti chocolate salted caramel cake, dan burnt cheesecake. Selain itu, anda juga boleh mengisi perut dengan hidangan ala barat yang ditawarkan termasuk spageti, 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatD3-04-03 Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 12 tengah hari – 9 malam
Nombor Telefon+6011 5621 9400

7. Restoran Makang

Sumber: Restoran Makang

Seperti yang anda dapat ketahui daripada namanya, Restoran Makang menyajikan hidangan dari Terengganu, sesuai untuk mereka yang mengidam makanan pantai timur. Antara menu yang dihidangkan adalah termasuk nasi dagang gulai ikan aye. Restoran ini menawarkan menu hidangan khas untuk sarapan pagi dan juga makanan tengah hari. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat4805-0-02 CBD PERDANA, 2, Jln Perdana, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu OperasiIsnin – Sabtu: 8 pagi – 2 petang
Nombor Telefon+6011 6396 5422

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.