Kuala Lumpur merupakan kota raya Malaysia yang unik dan kaya dengan pelbagai jenis budaya, bangsa, dan agama. Di sini, terdapat pelbagai jenis restoran yang wajib dikunjungi. Jika anda mencari tempat makan yang trending dan menyajikan makanan yang enak dengan pengaruh tempatan dan moden, Glitz telah menyenaraikan beberapa 20 tempat makan hipster di KL yang sangat menarik dan wajib dikunjungi!
20 Tempat Makan Hipster di KL
Contents
- 20 Tempat Makan Hipster di KL
- 1. Jibby East
- 2. Merchant’s Lane
- 3. Pokok KL
- 4. Dotty’s Pastries & Coffees
- 5. Urban Artisan
- 6. Tenggek Burung Café
- 7. White & Black Kampung Heritage
- 8. Chocha Foodstore
- 9. Lisette’s Cafe & Bakery
- 10. Kafe Kleptokrat
- 11. Ruma Puteh
- 12. Botanica + Co
- 13. VCR
- 14. Tim’s Teapot Terrace
- 15. Strangers at 47
- 16. LOKL Coffee Co
- 17. Antipodean Cafe
- 18. Dusun OpenHouse
- 19. Subak Restaurant
- 20. Warong Che Senah
1. Jibby East
Restoran Jibby East antara tempat makan hipster di KL yang anda wajib kunjungi. Bukan sahaja mempunyai hiasan dalaman yang urban dan lukisan mural yang menarik perhatian, ia juga meyajikan beberapa hidangan enak dan mengiurkan.
Jika anda ke sini, pastikan anda memesan Dukkah Spiced Grilled Chicken, Soft Shell Crab Burger On Brioche, dan Thai BBQ Boneless Beef Ribs.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | KL East Gallery, Opposite, Jln Lingkaran Tengah 2, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur |
Nombor telefon | +603 4162 8050 |
Waktu operasi | Isnin hingga Jumaat: 11 pagi-10 malam | Sabtu dan Ahad: 11 pagi- 10.30 malam |
2. Merchant’s Lane
Bukan sahaja makanan, malah hiasan dalaman kafe Merchant’s Lane kelihatan sangat ‘insta-perfect’! Ia memberikan suasana yang cukup nostalgik dengan dekorasi yang menggabungkan elemen desa dan moden.
Kami sangat rekomen anda untuk mencuba Hongkie Beef Stew 2.0, Truffle Fries, dan Salmon Kerabu Rice Bowl yang sedap tak terkata!
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | 150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Nombor telefon | +603 2022 1736 |
Waktu operasi | Selasa hingga Jumaat: 11.30 pagi-9.30 malam | Sabtu dan Ahad: 9.30 pagi-9.30 malam |
3. Pokok KL
Satu lagi tempat makan hipster di KL yang menjadi tumpuan ramai, Pokok KL mempunyai rekabentuk yang sangat unik. Diperbuat daripada bata dan kaca, kafe ini juga menyediakan beberapa meja dan kerusi di luar buat anda yang ingin menikmati suasana yang lebih menenangkan sambil menikmati secawan kopi.
Apa yang menarik tentang menu Pokok KL ialah ia mempunyai beberapa pilihan seperti sajian tempatan dan barat. Jika ke sini, cubalah Nasi Lemak Bomb, Chili Padi Pesto Pasta, Rosemary Grilled, dan Whole Chicken Legs.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Block B, Level 1 Jalan Ilmu, off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur |
Nombor telefon | +6010 881 0192 |
Waktu operasi | Isnin hingga Ahad: 10 pagi-9 malam |
4. Dotty’s Pastries & Coffees
Anda pengemar pastri? Maka Dotty’s Pastries & Coffees merupakan tempat makan yang perlu dikunjungi. Ia dijamin halal dan mempunyai beberapa pilihan menarik seperti Cinnamon Roll, Salted Egg Yolk Cronut, Apple Strudel dan banyak lagi.
Selain itu, masakan barat dan beberapa jenis kopi juga tersedia.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Untuk melihat cawangan Dotty’s Pastries & Coffees, sila klik di sini. |
Nombor telefon | +603 2632 8000 |
Waktu operasi | Waktu operasi mengikut cawangan masing-masing. |
5. Urban Artisan
Urban Artisan cukup terkenal dengan pelbagai jenis pencuci mulut dengan pelbagai jenis perisa. Asalnya dari Penang, anda wajib cuba aiskrim soft serve mereka seperti Premium Green Tea, De Mango Mango, French Valrhona Cocoa, dan banyak lagi.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | 34-UA, Jalan Penguasa U1/53B, Temasya Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor |
Nombor telefon | Tiada |
Waktu operasi | Dibuka setiap hari: 12 tengah hari-10 malam |
6. Tenggek Burung Café
Kalau rasa nak healing dan berehat dari kesibukan kerja, mari singgah ke Tenggek Burung Cafe! Suasana dalaman dan luaran kafe ini begitu menenangkan dan hanya terletak 15 minit dari menara Petronas. Kafe ini menyajikan beberapa makanan tempatan dan barat yang menjadi kesukaan ramai seperti Nasi Lemak Pandan, Cranberry Scone, Kek Pengat Durian, dan banyak lagi!
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | 2 Lorong Bukit Keramat 4, Jalan Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur |
Nombor telefon | +6017 212 1856 |
Waktu operasi | Isnin hingga Sabtu: 9.30 pagi hingga 6 petang |
7. White & Black Kampung Heritage
Berada di sekitar Chow Kit? Mari menikmati secawan kopi di White & Black Kampung Heritage! Restoran ini mempunyai hiasan dalaman yang ala kampung dengan menyajikan masakan Melayu asli. Ia juga menjadi tumpuan para influencer. Malah, food content creator dan usahawan tersohor, Khairul Aming, turut pernah ke sini.
Kalau datang, jangan lupa untuk cuba Spicy Coconut Gravy with Smoked Beef, Melaka Palace Asam Pedas with Red Snapper, dan Sitr Fried Homemade Chilli Sauce with Flower Crab.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | 15, Jalan Kamunting, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Nombor telefon | +6011 2392 127 |
Waktu operasi | Selasa, Khamis hingga Ahad: 11 pagi-11 malam | Rabu: 11 pagi hingga 10.30 malam |
8. Chocha Foodstore
Chocha Foodstore sangat menarik dengan rupa luar dan hiasan dalaman yang sama dengan bangunan lama di Penang. Sajian di sini mengikut musim namun mereka menyajikan pelbagai hidangan barat dengan menggunakan bahan-bahan tempatan dan herba yang ditanam sendiri di restoran ini.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | 156, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Nombor telefon | +603 2022 1100 |
Waktu operasi | Selasa hingga Khamis: 5 petang-12 malam | Jumaat hingga Sabtu: 12 tengah hari- 3 petang, 5 petang-12 malam |
9. Lisette’s Cafe & Bakery
Bukan sahaja menyajikan makanan yang kelihatan ‘instagrammable’ tapi Lisette’s Cafe & Bakery turut mementingkan nutrisi dan menyihatkan. Cawangannya di 163 Retail Park turut memenangi anugerah HAPA Awards Best Cafes.
Restoran ini mempunyai hiasan dalamana yang dihiasi dengan perabot antik dan tumbuhan segar serta pelbagai hidangan menarik seperti Crispy Duck Mantou, Homemade Tacos, dan Black Rice Nasi Lemak. Buat anda yang mengamalkan diet vegan, mereka turut mempunyai banyak pilihan seperti Vegan Burger, Vegetable Samosas, dan Linguine Spinach Pesto.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Untuk lihat lokasi cawangan lain, sila klik di sini. |
Nombor telefon | Untuk hubungi restoran, sila klik di sini. |
Waktu operasi | Dibuka setiap hari: 8 pagi-10 malam |
10. Kafe Kleptokrat
Hiasan dalaman yang vintage dan senibina serta struktur yang unik dengan kolam dalaman di Kafe Kleptokrat membuatkannya antara tempat makan hipster yang menjadi tumpuan orang ramai.
Kafe ini mempunyai beberapa pilihan sajian tempatan yang menjadi kesukaan ramai seperti Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Masak Lemak Cili Api dan banyak lagi. Jika anda sukakan hidangan barat, cuba lah Buttermilk Chicken Chop Spaghetti, dan Spaghetti Tom Yum Kung.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | 18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Nombor telefon | +6017 642 8052 |
Waktu operasi | Ahad hingga Khamis: 11 pagi-10 malam | Jumaat dan Sabtu: 11 pagi hingga 11 malam |
11. Ruma Puteh
Nak makan sambil berada di taman? Jom ke Ruma Puteh! Kafe ini menjadi tumpuan golongan orang muda dengan rupa luarannya yang serba putih dan minimalis. Namun ia mempunyai accent yang unik seperti gerbang dan ruang yang warna warni.
Di sini, anda boleh menikmati beberapa hidangan barat dan tradisional seperti Nasi Rewang, Lontong Barat, dan ChixChop.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | 60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Nombor telefon | +6017 300 4909 |
Waktu operasi | Dibuka setiap hari: 9 pagi-8 malam |
12. Botanica + Co
Hiasan dalaman dan perabut yang minimalis tapi cukup elegan menjadikan Botanica + Co antara tempat makan hipster di KL yang cukup menarik.
Terdapat pelbagai jenis makanan barat dan tempatan yang boleh anda cuba di sini seperti The Bo+Co Truffle Fries, Buddha Bowl Salad, Trip to Nonna’s, dan banyak lagi. Apa yang menariknya, menu restoran ini adalah mengikut cawangan masing-masing.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Untuk lihat lokasi cawangan lain, sila klik di sini. |
Nombor telefon | Tiada |
Waktu operasi | Waktu operasi mengikut lokasi masing-masing. |
13. VCR
Samada anda ke sini untuk mengopi atau menikmati beberapa masakan barat yang enak, VCR mempunyai pelbagai jenis pilihan yang menyelerakan seperti Piccolo, Soft Shell Crab Burger, Black Velvet Cake, Surf & Turf, dan banyak lagi.
Selain itu, mereka turut menjual biji kopi sendiri buat penggemar kopi!
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Untuk lihat lokasi cawangan lain, sila klik di sini. |
Nombor telefon | +603 2110 2330 |
Waktu operasi | Waktu operasi mengikut lokasi masing-masing. |
14. Tim’s Teapot Terrace
Lebih suka teh? Jom kunjungi Tim’s Teapot Terrace. Kafe ini mempunyai pelbagai jenis teh, pastri, dan kek, sesuai untuk anda yang ingin mengadakan majlis high-tea kecil atau afternoon tea dengan kawan-kawan.
Antara minuman dan sajian yang kami amat sarankan adalah Baked Apple Tea dan Shepherd’s Pie.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | 9128, Lorong Perak, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor |
Nombor telefon | +603 6732 5943 |
Waktu operasi | Selasa hingga Ahad: 11 pagi-7 petang |
15. Strangers at 47
Selain daripada pelbagai jenis krep, Strangers at 47 mempunyai beberapa sajian yang sedap dan perlu dicuba seperti Pesto Chicken Sandwich, Creamy Mushroom Spaghetti with Capers, Pan Seared Salmon, dan banyak lagi.
Hiasan dalamannya juga cukup minamalis, sesuai buat anda yang ingin lari dari kesibukkan bandar.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | 45, 47 49, Jalan 17/45, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor |
Nombor telefon | +6012 745 4749 |
Waktu operasi | Rabu hingga Isnin: 10 pagi-10 malam |
16. LOKL Coffee Co
Golongan muda dan hipster gemar ke LOKL Coffee Co untuk menikmati secawan kopi yang kaya dengan rasa dan aroma kopi asli. Pelbagai jenis kopi tempatan dan barat yang anda boleh cuba seperti Coffee Bon Bon dan kopi susu.
Tak cukup dengan itu, hiasan dalaman dan dinding di restoran ini mempunyai beberapa elemen industrial yang cukup trendy sekarang.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | 30, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Nombor telefon | +6018 968 5515 |
Waktu operasi | Dibuka setiap hari: 8 pagi-5 petang |
17. Antipodean Cafe
Perlu sarapan yang mengenyangkan sebelum ke kerja? Jom ke Antipodean Cafe! Cafe ini mempunyai beberapa pilihan sarapan yang sangat enak seperti Big Breakfast dan All Day Breakfast, ia juga sesuai untuk dikongsikan dengan kawan kerana saiznya yang begitu besar.
Apa yang menarik tentang kafe ini ialah ia bukan sahaja mempunyai beberapa cawangan di Malaysia tapi juga di negara lain seperti Filipina dan Indonesia.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Untuk melihat lokasi cawangan lain, sila klik di sini. |
Nombor telefon | Untuk hubungi, sila klik di sini. |
Waktu operasi | Setiap cawangan mempunyai waktu operasi berbeza. |
18. Dusun OpenHouse
Restoran yang terletak di Bangsar ini memberikan suasana yang nyaman dengan sajian tempatan yang lazar dan dimasak secara tradisional bagi menjaga keasilan hidangan tersebut.
Nama pun ‘open house’, restoran ini mempunyai maklamat untuk menyambut tetamu dengan tangan terbuka dan ramah mesra.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | G9A Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Nombor telefon | +603 2011 8988 |
Waktu operasi | Dibuka setiap hari: 11 pagi-11 malam |
19. Subak Restaurant
Satu lagi tempat makan hipster di KL yang mempunyai konsep alam semula jadi dan tradisional, Subak Restaurant mempunyai hiasan dalaman dengan tumbuhan hijau dan perabot kayu yang memberikan suasana yang menenangkan. Oleh itu, ia juga menjadi tumpuan ramai untuk mengadakan sambutan ulang tahun.
Restoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan tradisional dan juga barat.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | Lot 3213, Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Nombor telefon | +603 7729 9030 |
Waktu operasi | Dibuka setiap hari: 5.45 petang hingga 11 malam |
20. Warong Che Senah
Rindu masakan ala kampung? Tak perlu nak susah-susah untuk pergi jauh, jom kunjungi Warong Che Senah! Walaupun ruang makan yang terbuka dan hiasan yang ringkas, restoran ini tetap menjadi tempat lepak ramai.
Pelbagai jenis lauk-pauk ala Melayu dan Barat yang boleh dicuba.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.
Alamat | 53, Jalan Raja Mahadi, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Nombor telefon | +6011 6086 1409 |
Waktu operasi | Isnin hingga Khamis: 4.30 petang hingga 1 pagi | Jumaat dan Sabtu: 4.30 petang hingga 2 pagi | Ahad: 4.30 petang hingga 1.30 pagi |
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.