10 Restoran Nasi Daun Pisang Terbaik dan Halal di Sekitar KL

Cita rasa nasi daun pisang autentik
By: Rasida Hannan
November 20, 2023

Kaya dengan pelbagai jenis bangsa dan budaya membuatkan Malaysia negara yang mempunyai pelbagai jenis hidangan. Antara yang digemari ramai ialah hidangan nasi daun pisang yang berasal daripada India Selatan. Nasi akan beralaskan dengan daun pisang dan dihidangkan bersama kuah kari, sayur-sayuran, dan papadom. Disebabkan ia begitu terkenal, pelbagai restoran berkonsep nasi daun pisang telah wujud di negara ini. Oleh itu, Glitz telah menyenaraikan restoran nasi daun pisang terbaik di sekitar Kuala Lumpur untuk anda cuba!

10 Restoran Nasi Daun Pisang Terbaik di Sekitar KL

1. Acha Curry House

Sumber: Vincent Chui

Buat penduduk PJ, Acha Curry House tidak asing lagi buat penggemar nasi daun pisang. Malah, ramai yang merasakan bahawa ia menyajikan nasi daun pisang terbaik di sekitar Lembah Klang.

Apa yang istimewa mengenai Acha Curry House ialah anda boleh menambah sayur-sayuran tanpa dikenakan apa-apa caj. Bila dipadankan dengan kuah kari yang pekat likat dan beraroma, rasanya fuh!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:42, Jalan SS 2/4a, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 10.30 pagi-4.30 petang
Nombor telefon:+6012 339 2728

2. Kanna Curry House

Sumber: Wesley Wong

Mula beroperasi pada tahun 1976, Kanna Curry House merupakan antara port nasi daun pisang terbaik dan digemari ramai. Setiap hidangan dimasak dengan menggunakan bahan-bahan segar bagi memberikan rasa hidangan India Selatan yang enak dengan setiap suapan.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, sila klik di sini.

Alamat:Untuk melihat lokasi setiap cawangan, sila klik di sini.
Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 7 pagi-9 malam
Nombor telefon:Untuk melihat nombor telefon setiap cawangan, sila klik di sini.

3. Restoran Devi’s Corner

Sumber: Yazrin Yasin

Di Restoran Devi Corner anda boleh mendapatkan set nasi daun pisang serendah RM9.80, berbaloi giler, kan? Selain daripada ayam goreng, anda juga boleh padankan set anda dengan ikan tenggiri goreng, ikan merah goreng, sotong goreng, dan banyak lagi.

Tapi jika anda ingin sesuatu yang lebih enak, boleh lah pesan clay pot kari kepala ikan!

Untuk melihat maklumat selanjutnya, sila klik di sini.

Alamat:9, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 7 pagi-1 pagi
Nombor telefon:+6012 267 6714

4. Restoran Fathima

Sumber: Sini Kaki

Jika anda tiba-tiba teringin untuk bersarapan dengan nasi daun pisang, anda boleh kunjungi Restoran Fathima yang dibuka seawal jam tujuh pagi. Mempunyai chef yang berasal dari India Selatan, anda boleh melihat pelbagai pilihan lauk sayur-sayuran yang turut menjadikan restoran ini sesuai buat mereka yang mengamalkan diet berasaskan sayuran.

Untuk melihat maklumat selanjutnya, sila klik di sini.

Alamat:10, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 7 pagi-7 petang
Nombor telefon:+603 2202 2286

5. BananaBro

Sumber: 佩雯Priwen

BananaBro merupakan restoran nasi daun pisang yang cukup femes. Malah, ia bukan sahaja mempunyai cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor tapi juga di beberapa buah negeri seperti Pahang, Kedah, dan Kelantan.

Setiap lauk dimasak mengikut pesanan bagi menjamin rasa dan kesegaran. Tak cukup dengan itu, anda juga boleh menambah lauk sampingan secara percuma!

Untuk melihat maklumat selanjutnya, sila klik di sini.

Alamat:Untuk melihat lokasi setiap cawangan, sila klik di sini.
Waktu operasi: Untuk melihat waktu operasi setiap cawangan, sila klik di sini.
Nombor telefon:Untuk melihat nombor telefon setiap cawangan, sila klik di sini.

6. Saravana Bhavan

Sumber: Saravana Bhavan

Menghidangkan pelbagai jenis hidangan India yang berasaskan sayur-sayuran, Saravana Bhavan bukan sahaja mempunyai cawangan di Malaysia tapi juga di serata dunia. Dengan menggunakan resepi tradisional, setiap hidangan dijamin segar dengan rasa yang asli.

Untuk melihat maklumat selanjutnya, sila klik di sini.

Alamat:Untuk melihat lokasi cawangan lain, sila klik di sini.
Waktu operasi: Untuk melihat operasi setiap cawangan, sila hubungi pihak restoran.
Nombor telefon:Untuk melihat nombor telefon setiap cawangan, sila klik di sini.

7. Bala’s Banana

Sumber: Wei Lim

Selain daripada menyajikan thosai yang warna-warni dan tinggi dengan vitamin dan mineral, Bala’s Banana turut terkenal dengan nasi daun pisang bersama pelbagai jenis hidangan sampingan. Restoran ini bukan sahaja mementingkan pada rasa tapi juga pada khasiat yang anda boleh perolehi dengan setiap suapan.

Untuk melihat maklumat selanjutnya, sila klik di sini.

Alamat:25, Lorong Ara Kiri 1, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Sabtu hingga Rabu, 8 pagi-9 malam
Nombor telefon:+6017 862 2759

8. Sri Nirwana Maju

Sumber: Lim Ming Yang

Pergi saja mana-mana hari, anda tentu akan mendapati Sri Nirwana Maju sibuk dengan ramai pelanggan. Ini kerana ia antara restoran nasi daun pisang terbaik dan digemari ramai. Antara hidangan sampingan yang sesuai dipadankan adalah peria goreng yang rangup dan tidak pahit. Tak cukup dengan itu, anda juga boleh pesan pelbagai hidangan mamak seperti nasi goreng, mee goreng, dan maggi goreng.

Untuk melihat maklumat selanjutnya, sila klik di sini.

Alamat:Untuk melihat lokasi setiap cawangan, sila klik di sini.
Waktu operasi: Untuk melihat operasi setiap cawangan, sila hubungi pihak restoran.
Nombor telefon:Untuk melihat nombor telefon setiap cawangan, sila klik di sini.

9. Restoran Sham’s Banana Leaf

Sumber: Richard Voon

Sampai saja di Restoran Sham’s Banana Leaf dan anda akan melihat pelbagai pilihan lauk yang boleh dipadankan dengan nasi daun pisang anda. Selain itu, restoran ini turut menyajikan kari claypot yang sangat sedap dan kaya dengan rempah ratus!!

Untuk melihat maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:37, Jalan Bandar 1, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 7 pagi-12 tengah malam
Nombor telefon:+603 4108 9337

10. Macha & Co.

Sumber: Suzanne L

Apa yang membezakan restoran Macha & Co. adalah suasananya yang mempunyai gaya kotemporari dan moden, sama seperti restoran Barat. Namun, hidangan yang disajikan mengekalkan resepi dan citarasa tradisi yang digemari ramai. Selain itu, ia juga sangat diet-friendly kerana anda juga boleh memilih nasi beras perang yang jauh lebih berkhasiat daripada nasi putih.

Untuk melihat maklumat lebih lanjut, sila klik di sini.

Alamat:The Curve, G41, Street Mall, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 10 pagi-10 malam
Nombor telefon:+603 726 3366

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan informasi terkini!