Restoran Makanan Arab Terbaik Di KL dan Selangor ini Menyajikan Hidangan Timur Tengah Asli

Wajib buat pencinta makanan
By: Balqis Ariffin
February 10, 2024

Makanan dari negara Timur Tengah sering kali menjadi pilihan ramai orang kerana keenakan serta aroma hidangannya yang mampu membuat sesiapa sahaja terliur. Malahan, terdapat juga lambakan restoran yang menawarkan makanan Arab, khususnya nasi Arab ataupun shawarma. Untuk mereka yang mengidam untuk makan nasi arab, kami telah menyenaraikan restoran yang menawarkan makanan Arab terbaik di KL dan Selangor.

Senarai Restoran Yang Menawarkan Makanan Arab Terbaik Di KL dan Selangor 2024

1. Al Rawsha Restaurant

Al Rawsha Restaurant yang mempunyai beberapa cawangan di Kuala Lumpur dan Shah Alam, diketahui sebagai antara restoran makanan Arab terbaik. Mereka menawarkan beraneka masakan Timur Tengah seperti shawarma, kebab, nasi Arab seperti ayam mandi dan kambing kabsah. Selain itu, anda juga boleh merasai manisan tradisional negara Arab seperti baklava, dan kunafa. Rekaan dekorasi dalamannya juga cukup mewah, sesuai jika anda ingin meraikan hari istimewa. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatKuala Lumpur:
8, Jalan Kampung Pandan 55100 Kuala Lumpur

Shah Alam:
2, Jalan Platinum G 7/G Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Waktu OperasiIsnin – Jumaat: 11am – 11pm. Sabtu: 1pm – 11pm. Ahad: 10pm – 09pm
Nombor TelefonKuala Lumpur:
+603 9200 6600

Shah Alam:
+603 5524 3584

2. Wadi Hadramawt

Wadi Hadramawt, restoran yang menyajikan makanan asli dari Yaman telah dibuka sejak tahun 2010. Mereka terletak di tengah bandar, bersebelahan dengan Sucasa Hotel. Antara menu wajib yang anda perlu cuba apabila ke sini adalah shish tawook, kebab kambing, ikan bakar dalam ketuhar, cocktail Wadi Hadramawt serta minuman tehnya yang menggunakan daun teh dari Arab. 

 Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatLot No.226, Jalan Ampang 50450, 43000 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 11 am – 12 am
Nombor Telefon+603 253 3333

3. Restoran Taj Hadramawt 

Sumber: Restoran Taj Hadramawt 

Restoran Taj Hadramawt yang terletak di Taman Melati, adalah pilihan ramai orang yang ingin merasai makanan Arab terbaik di sekitar kawasan KL dan Selangor. Terdapat beraneka makanan dari hidangan utama seperti nasi, sup, roti sehingga ke pencuci mulut. Selain itu, harganya juga berbaloi dan murah berbanding restoran lain. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat5, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati,Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 11 am – 12 am
Nombor Telefon+603 41063323

4. Restoran Saba

Restoran Saba mempunyai dua cawangan yang terletak di Kuala Lumpur dan juga Cyberjaya. Untuk peminat nasi Arab, mereka menawarkan pelbagai jenis hidangan utama seperti mandi, kabsah dan hanith.Tambahan lagi, pengunjung juga boleh mencuba pelbagai pilihan hidangan berasaskan panggang dan juga makanan asli Turki. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat1-01, Dataran Jelatek, Jln Jelatek, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 10 am – 12 am
Nombor Telefon+603 4251 2592

5. Naab Restaurant

Dengan lokasinya  yang terletak di pusat bandar KL,  Naab Restaurant sesuai jika anda ingin merasai makanan Parsi yang asli. Antara menu unik yang anda perlu cuba adalah Naab cold mezze platter, mirza ghasemi, ghormeh sabzi stew serta pelbagai nasi Arab. Yang paling best, anda juga berpeluang untuk merasai minuman yang yang selalunya dihidangkan di restoran Parsi seperti sekanjabin.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatJalan Raja Chulan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 11 am – 8 pm
Nombor Telefon+603 2143 3949

6. Restoran Nasi Arab Ta’if

Sumber: Restoran Nasi Arab Ta’if

Jika anda sedang mencari restoran yang menawarkan makanan Arab terbaik, kami sarankan anda ke Restoran Nasi Arab Ta’if yang terletak di Kota Damansara. Menu mereka secara khususnya menawarkan makanan Palestin yang asli serta hidangan popular Timur Tengah seperti shish tawook, dan ayam taajin. Peminat nasi Arab pula boleh mencuba ikan mandi, kambing kabsah dan banyak lagi.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatDataran Sunway, 45, Jalan PJU 5/20E, The Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu OperasiDibuka setiap: 11.30 am – 11 pm
Nombor Telefon+6014 223 9800

7. Restoran Aroma Hijrah

Dengan rating yang tinggi, Restoran Aroma Hijrah adalah antara restoran makanan Arab yang kerap dikunjungi pengunjung. Mereka menawarkan pelbagai pilihan nasi Arab seperti mandi, kabsah, dan masywi. Selain itu, terdapat juga menu lain seperti shawarma, kebab ayam, ikan panggang dan juga shistouk. Makanan yang disajikan bukan sahaja enak, malahan ianya juga berbaloi dan murah.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat14, Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu OperasiSelasa – Khamis: 11:30 am – 3:30 pm, 5:00 pm – 10:00 pm Jumaat: 11:30 am – 1:00 pm, 2:00 pm – 10:00 pm Sabtu dan Ahad:11:30 am – 6:00 pm, 7:45 pm – 10:00 pm 
Nombor Telefon+6012 564 4838

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.