8 Restoran Mee Tarik Terbaik di KL ini Mempunyai Review Yang Tinggi

Mee tarik yang sungguh kenyal
By: Balqis Ariffin
December 11, 2023

Lamian atau lebih dikenali sebagai mee tarik dalam kalangan penduduk tempatan adalah makanan tradisional masyarakat Cina, terutamanya dari etnik Hui. Seperti namanya, proses masakannya memerlukan doh mee gandum tersebut diuli serta diregangkan sehingga sedepa untuk mendapatkan ketebalan dan kepanjangan yang sesuai. Hanya dengan semangkuk mee tarik yang dihidangkan bersama kuah sup jernih dan hirisan daging, pastinya mampu membuatkan anda berasa terliur. Jika anda sedang mengidam masakan Cina, senarai restoran ini menawarkan mee tarik terbaik di KL dengan review yang tinggi. 

Senarai Mee Tarik Terbaik di KL dengan Review yang Tinggi

1. Restoran Mee Tarik LanZhou

Restoran Mee Tarik LanZhou yang terletak di kawasan Pasar Seni ini pernah viral di TikTok sebelum ini. Sebagai salah seorang pengunjung yang pernah mencuba restoran ini beberapa kali, makanan yang ditawarkan sememangnya sedap. Antara menu kegemaran penulis adalah beef ramen. Mee tariknya bukan sahaja kenyal, malahan kuah jernihnya yang dihidangkan bersama hirisan daging lembu juga amat sedap, sesuai untuk mereka yang inginkan comfort food pada waktu malam. Selain itu, pastikan anda juga mencuba ladu dan grilled lamb skewers

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat36, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 10 pagi – 6 pagi
Nombor Telefon+6017 6666 989

2. Mee Tarik Warisan Asli

Sumber: Mee Tarik Warisan Asli

Peminat makanan pastinya tahu mengenai Restoran Mee Tarik Warisan Asli yang mempunyai cawangan di seluruh negara. Mereka menawarkan beraneka makanan tradisional Cina yang halal termasuk mee tarik seperti mee soup with braised beef, ramen soup with sliced beef, golden curry mee tarik soup dan ramen soup with chicken. Kami juga sarankan agar anda mencuba air hot babao tea

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat51, Jalan Tasik Utama 3, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu OperasiIsnin – Jumaat: 11 pagi – 11 malam. Sabtu dan Ahad: 10 pagi- 11 malam
Nombor Telefon+603 9055 4557

3. Mee Hiris China Muslim

Mee Hiris China Muslim mempunyai 29 cawangan yang terletak di Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, Johor dan juga Kedah. Pengunjung yang datang berpeluang merasai pelbagai jenis pilihan mee tarik seperti mee tarik soup with braised beef, mee tarik with vegetables, mee tarik goreng with beef, dan juga mee tarik with chicken. Tambahan lagi, anda juga boleh mencuba menu lain contohnya ladu, xin jiang toothpick mutton dan noodles with soybean paste.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatKlik link ini untuk senarai cawangan
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 10.00 pagi -10.00 malam
Nombor TelefonKlik link ini untuk lihat

4. KungFu Ramen

Senarai restoran mee tarik terbaik di KL dengan review yang tinggi ini pasti tidak lengkap tanpa KungFu Ramen. Mereka cukup terkenal kerana menawarkan hidangan asli mee tarik pada harga yang berpatutan. Berbeza dengan restoran lain, terdapat pelbagai pilihan mee tarik yang unik seperti xinjiang style mixed noodle, potato shredded meat noodle, fish ball noodle soup dan saozi noodle

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat12, Jalan Bandar 2, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 11 pagi – 10 malam
Nombor Telefon+6011 2801 2291

5. Salam Noodles

Jika anda berada di sekitar kawasan Cyberjaya, pastikan ada ke Restoran Salam Noodles. Restoran ini menjadi pilihan ramai kerana terdapat beraneka makanan, terutamanya mee tarik yang ditawarkan dalam harga yang amat murah. Selain itu, minuman juga adalah percuma dan boleh diisi semula. Menu wajib anda cuba adalah beef soup noodles, vegetables noodles dry, ladu dan xian jiang mutton roast stick

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat4810-0-42, 2, Persiaran Flora, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 11 pagi – 10 malam
Nombor Telefon+603 8320 9372

6. Sulaiman Mee Tarik Orient Palace

Sumber: Sulaiman Mee Tarik Orient Palace

Popular kerana keenakkan mee tariknya, Sulaiman Mee Tarik Orient Palace adalah antara restoran mee tarik terbaik di KL. Mereka menawarkan pilihan air minuman seperti air kosong,sirap dan teh yang diberikan secara percuma. Selain hidangan lauk-pauk, anda juga boleh mencuba menu mee tarik yang mempunyai pilihan sayur, daging lembu, ayam dan juga special

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat38, 22, Jalan Jernai 3, Medan Idaman Business Centre, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 11 pagi – 11 malam
Nombor Telefon+603 4032 3599

7. Restoran Muslim Mee Tarik Pandan Indah

Sumber: Restoran Muslim Mee Tarik Pandan Indah

Untuk mereka yang tinggal di kawasan Pandan Indah, pastikan anda ke Restoran Muslim Mee Tarik Pandan Indah jika anda mengidam untuk rasa masakan asli Cina. Selain pilihan mee tarik berasaskan sup, anda juga boleh mencuba mee tarik yang digoreng seperti fried mee tarik with kam heong dan fried mee tarik with black pepper

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatR.G.10, Ground Floor, Mid Point Shopping Complex, Jalan Pandan Indah 1/25, Pandan Indah, Ampang, Malaysia
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 11 pagi – 9.30 malam
Nombor Telefon+6011 2103 6166

8. Samir Mee Tarik

Dengan beraneka makanan tradisional Cina, Samir Mee Tarik  diketahui dengan masakannya yang sedap dan juga berbaloi. Menu yang ditawarkan pasti membuatkan anda rambang mata dengan pilihan seperti cumin beef chopped  claypot rice, casserole dumplings, mutton string BBQ, xinjiang chicken & potato casserole serta pelbagai variasi mee tarik. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatJ-1-3, Level 1, Block J, Pacific Place Commercial Centre, Jalan PJU 1A/4, Ara Damansara
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 11 pagi – 8.30 malam
Nombor Telefon+603 7625 9899

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.