Adakah anda sedang mencari aktiviti menarik untuk meluangkan masa pada hujung minggu ini? Untuk mereka yang lebih sukakan thrill, go kart merupakan pilihan terbaik terutamanya jika anda mencari kelainan berbanding aktiviti-aktiviti biasa. Di sekitar KL dan Selangor, terdapat tempat trek go kart yang menjanjikan pengalaman menakjubkan dengan tahap cabaran serta liku yang sukar, membuatkan anda berasa seperti berada dalam filem Fast & Furious. Alami keseronokan tidak terhingga dengan senarai trek go kart di KL dan Selangor ini!
Senarai Trek Go Kart di KL dan Selangor
Contents
1. Blastacars Malaysia
Terletak di Sungei Wang Plaza, Blastacars Malaysia merupakan antara trek go kart di KL dan Selangor yang sering dikunjungi ramai. Terdapat dua trek dalam bangunan yang membolehkan anda untuk melakukan aktiviti go kart tidak kira keadaan cuaca. Selain itu, treknya yang besar juga menampilkan rekaan yang unik namun mencabar, oleh itu ia menjanjikan pengalaman perlumbaan yang menyeronokkan. Mereka yang menawarkan pilihan berbeza yang sesuai untuk semua jenis peringkat umur. Harga yang ditawarkan adalah antara RM60 hingga RM140.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat | 5F- 001, Tingkat 5 Sungei Wang Plaza, 50250 Wilayah Persekutuan, Federal Territory of Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 11 am – 8 pm |
Nombor Telefon | +6019 9341 349 |
2. TraXion Karting X Park Sunway Serene

Luangkan masa anda bersama rakan ataupun keluarga dengan aktiviti go kart di TraXion Karting X Park Sunway Serene yang pastinya mampu membuat jantung anda berdegup kencang. Trek go kart yang terbesar di Asia Tenggara mempunyai rekaan yang agak mencabar dan penuh liku. Aktiviti go kart yang ditawarkannya turut merangkumi fast kart, double kart dan kiddie kart. Selain itu, anda juga boleh melakukan mini race yang ditawarkan dalam tiga sesi. Harga yang ditawarkan adalah antara RM35 hingga RM210.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat | 1, Jalan SS 8/6, Sungai Way Free Trade Industrial Zone, 47300 Petaling Jaya, Selangor |
Waktu Operasi | Isnin – Jumaat: 4 pm – 12 tengah malam. Sabtu, Ahad dan cuti umum: 10 am – 12 tengah malam |
Nombor Telefon | +6012 973 6300 |
3. City Karting Shah Alam
Dibuka pada tahun 1997, City Karting Shah Alam merupakan trek go kart luar pertama di Malaysia. Dengan kepanjangan trek sehingga 1.16km, ia telah menjadi lokasi tuan rumah pelbagai acara perlumbaan tempatan dan juga antarabangsa. Mereka menawarkan pelbagai pilihan go kart seperti Double Seater Kart, Regular Kart, Intermediate Kart dan Racing Kart. Yang paling best, Single Seaternya dilengkapi dengan transponder yang akan membolehkan anda memantau prestasi anda semasa perlumbaan. Harga yang ditawarkan adalah RM50 untuk Regular Kart, RM100 untuk Racing Kart, serta RM60 untuk Double Seater Kart, dan Intermediate Kart.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat | City Karting Shah AlamCar Park Western 5,Shah Alam Stadium Section 13,40000 Shah Alam, Selangor |
Waktu Operasi | Isnin: 10 am – 7pm. Selasa – Jumaat: 10 am – 10 pm. Sabtu, Ahad dan cuti umum: 9 am – 10 pm |
Nombor Telefon | +6017 3875 868 |
4. Formula Karting
Pilihan trek go kart di KL dan Selangor yang anda wajib lawati adalah Formula Karting yang terletak di Encorp Strand Mall. Rekaan treknya yang sepanjang 500 meter mempunyai liku yang mencabar dengan 19 jenis sudut yang berbeza. Dengan suasana treknya yang dibina di tempat letak kenderaan, anda pasti berasa dalam perlumbaan sebenar. Tambahan lagi, mereka turut mempunyai rekod perlumbaan terpantas oleh setiap pelumba. Anda juga boleh menyertai pertandingan perlumbaan go kart yang mereka sering kendalikan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat | Encorp Strand Mall,Tingkat 5 Carpark, Jalan PJU 5/22,Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor |
Waktu Operasi | Selasa hingga Jumaat: 4pm – 11pm. Sabtu dan Ahad: 10 pagi – 11 malam. Tutup pada hari Isnin. |
Nombor Telefon | +6018 318 7705 |
5. Pinnacle Kart
Untuk mereka yang menetap di kawasan sekitar Subang Jaya, anda boleh meluangkan masa hujung minggu anda dengan aktiviti go kart di Pinnacle Kart. Terletak berdekatan dengan lebuhraya ELITE, kepanjangan treknya adalah sebanyak 990 meter, sesuai untuk mereka yang mempunyai pengalaman ataupun baru ingin berjinak-jinak dengan aktiviti go kart. Tempat ini juga dilengkapi dengan trek tersendiri yang sesuai untuk kanak-kanak. Harga bermula dari RM40.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat | Speedway PLUS Karting Circuit KM8 Elite Plus Highway 46000, UEP Subang Jaya, 47630 Subang Jaya, Selangor |
Waktu Operasi | Isnin hingga Khamis: 2 pm – 10 pm. Jumaat: 3 pm – 10 pm. Sabtu dan Ahad: 12 pm – 10 pm |
Nombor Telefon | +6017 315 9706 |
6. RUD Karting Sepang
RUD Karting Sepang mempunyai trek yang kepanjangannya sebanyak 1300 meter dengan liku yang cukup mencabar. Malahan, ia juga pernah menjadi lokasi untuk menganjurkan acara perlumbaan antarabangsa yang berprestij di Asia. Selain aktiviti go kart, mereka juga mengadakan pertandingan secara berkala seperti ROK Cup Asia, ROK Cup Malaysia, RUD Rental Kart Championship, dan RUD 24 Hours Endurance Race. Harga bermula daripada RM95.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat | PETRONAS Sepang International Circuit, 344, Sepang F1 Circuit, 43900 Sepang, Selangor |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 10 am – 12 am |
Nombor Telefon | +6011 7005 2397 |
7. LalaSpeed E Kart Raceway
Bosan pada hujung minggu? Kami cadangkan agar anda meluangkan masa di LalaSpeed E Kart Raceway yang terletak di LaLaport Bukit Bintang City Centre. Berbeza dengan tempat go kart yang pernah kami lawati sebelum ini, mereka menawarkan kenderaan dengan tema yang menarik untuk pengunjung seperti Transformers, Hello Kitty, Pokémon, BMW dan Ferrari yang juga sesuai untuk keluarga. Pemandangan persekitarannya juga amat menakjubkan dengan berlatarbelakangkan bandar Kuala Lumpur. Harga bermula daripada RM52.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat | LaLaport Bukit Bintang City Centre Lot L5-AP-01b, Level 5 Lalaport, Bukit Bintang, 55200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Monday – Friday: 11.30 am – 10 pm. Saturday, Sunday and Public Holidays: 11.00 am – 10 pm |
Nombor Telefon | +6012 526 8311 |
8. Morac Go Kart Track
Apabila anda berada di 1 Utama Shopping Centre, jangan lepaskan peluang untuk ke Morac Go Kart Track. Treknya yang sepanjang 400 meter direka khas untuk memastikan pelumba merasai pengalaman yang cukup thrill dengan selekoh yang tajam dan kenderaan Sodi go kart yang terbaharu. Mereka menawarkan tiga jenis pilihan iaitu Single Seater, Double Seater dan juga Pakej Perlumbaan. Anda juga boleh merakamkan perlumbaan anda menggunakan kamera LIVE POV dan kongsikannya pada media sosial anda. Treknya juga dilengkapi dengan papan pemasa pintar yang merupakan pertama kali di Malaysia bagi trek go kart.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik pautan ini.
Alamat | Lot 60947, 1 Utama Shopping Centre, No. 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor. |
Waktu Operasi | Isnin – Khamis: 2 pm – 10 pm. Jumaat:2 pm – 12 am. Sabtu dan Ahad: 12 pm – 12 am |
Nombor Telefon | +6011 2570 7005 |
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.