10 Tempat Menarik Di Semporna Yang Anda Wajib Lawati Ketika Percutian

Lokasi percutian istimewa
By: Balqis Ariffin
January 26, 2023

Terletak di bahagian pantai timur Sabah, Semporna merupakan pekan kecil yang diketahui sebagai destinasi percutian bagi pelancong dalam dan luar negara. Namanya berasal daripada istilah ‘simporna’ yang bermaksud lokasi untuk berehat atau tempat yang tenang. Semporna turut dikenali sebagai gerbang utama bagi 49 buah pulau di sekeliling Sabah. Dengan keindahan alam semula jadi serta budayanya, Semporna menjadi tarikan utama untuk pelancong yang inginkan percutian yang jauh daripada hiruk-pikuk kota. Jika anda ingin melancong, senarai tempat menarik di Semporna ini pasti membuatkan percutian anda lebih seronok. 

Senarai Tempat Menarik Di Semporna 2023

1. Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak

Sumber: Muzium Sabah

Jika anda meminati sejarah, pastikan anda melawat ke Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak. Terletak kira-kira 600 kaki dari aras laut, tapak arkeologi terpenting ini merupakan tempat pembuatan tembikar tanah yang terbesar di Asia Tenggara pada zaman neolitik. Pengunjung dapat melihat serpihan tembikar yang berusia 3000 tahun lalu serta kehidupan masyarakat yang pernah mendiami kawasan tersebut. Tiket kemasukan adalah percuma. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatBukit Tengkorak Archaeological Site C/O Agnes Keith House, Jalan Istana90709 Sandakan, Sabah
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 9 pagi – 5 petang
Nombor Telefon+6089 222 679

2. Muzium Tun Sakaran Semporna

Muzium Tun Sakaran Semporna dinamakan sempena Sakaran Dandai iaitu Yang di-Pertua Negeri Sabah ke lapan. Muzium ini mempunyai dua tingkat yang mempamerkan sejarah masyarakat tempatan terutamanya Bajau di bahagian bawah. Pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat artifak serta barangan seperti kraftangan, senjata dan peralatan yang digunakan seharian. Manakala di tingkat atas pula, pamerannya khusus untuk Tun Sakaran serta sumbangannya pada Sabah. Tiada bayaran dikenakan untuk kemasukan. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatMuzium Tun Sakaran Semporna, Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah
Waktu OperasiSetiap hari: 8 pagi – 5 petang
Nombor Telefon+6089 222 679

3. Parapat Water Village Resort 

Sumber: Parapat Water Village Resort 

Parapat Water Village Resort amat sesuai jika anda sedang mencari tempat penginapan yang menarik di Semporna. Penginapan di atas laut ini menjanjikan pemandangan yang indah dikelilingi alam semula jadi. Malahan, ianya juga cukup sesuai untuk peminat memancing. Selain harganya yang mura, resort ini turut menyajikan makanan laut yang segar untuk pengunjung.  Antara aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan adalah mendaki bukit serta island hopping

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatTanjung Parapat jalan Pokas 91300 Semporna, Sabah, Malaysia
Waktu OperasiSentiasa dibuka
Nombor Telefon+6012 232 8788

4. Borneo Proboscis River Cruise Semporna

Borneo Proboscis River Cruise Semporna merupakan salah satu daripada aktiviti menarik di Semporna. Aktiviti pelayaran sungai ini membawa pengunjung meneroka kehidupan liar di ekosistem paya bakau. Selain, menyusuri sungai yang penuh liku, pengunjung juga dapat melihat monyet proboscis, kelawar dan kelip-kelip. Ianya cukup sesuai jika anda ingin melawat tempat menarik sambil beristirehat. Terdapat banyak agensi yang mengendalikan aktiviti pelayaran sungai ini dan salah satunya ialah Borneo Climb & Dive. Harga tiket kemasukan bermula dari RM120.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatLot 7-3F, 3rd Floor, Beverly Hills PlazaJalan Bundusan 88300 Kota Kinabalu, Sabah. Malaysia
Waktu OperasiTiada
Nombor Telefon+6088 739 877 

5. Pulau Bohey Dulang

Percutian anda tidak lengkap jika anda tidak ke Pulau Bohey Dulang yang dikenali sebagai tempat menarik yang wajib dilawati di Semporna. Pulau Bohey Dulang yang merupakan pulau kedua terbesar dalam Taman Marin Tun Sakaran memerlukan 30 minit perjalanan bot dari Semporna. Tarikan utama pulau ini adalah bukitnya yang menawarkan pemandangan indah sekeliling laut. Selain itu, anda juga boleh snorkeling atau menyelam untuk melihat khazanah lautannya. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatTiada
Waktu OperasiTiada
Nombor Telefon+6088 212 121

6. Pakalangan Bay

Pakalangan Bay merupakan tempat rekreasi yang amat sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak. Tempat ini lengkap dengan segala kemudahan seperti pondok rehat, kolam ikan dan juga tempat BBQ. Setelah penat berjalan, anda juga boleh meluangkan masa bersama keluarga untuk mandi-manda. Harga tiket kemasukan bagi orang dewasa adalah RM1, manakala kanak-kanak pula percuma. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatPakalangan Bay, Pakalangan, 91308 Semporna, Sabah
Waktu OperasiSetiap hari: 7 pagi – 10 malam
Nombor TelefonTiada 

7. Taman Tanaman Anggur Semporna

Sumber: Taman Tanaman Anggur Semporna

Taman Tanaman Anggur Semporna yang terletak di Kampung Kuala Bibang merupakan satu-satunya kebun anggur di daerah ini. Kebun ini diusahakan oleh Encik Zulhamid Sahadain sejak tahun 1988. Pengunjung yang datang dapat merasai suasana di kebun sambil melihat proses penanaman anggur secara dekat. Harga tiket kemasukan adalah RM1. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatKampung Kuala Bibang, Semporna, Sabah
Waktu OperasiSetiap hari: 9 pagi – 5 petang
Nombor Telefon+6013 957 1304

8. Pusat Pelancongan Lautan Semporna

Tak pasti mana nak melawat? Pusat Pelancongan Lautan Semporna merupakan lokasi tempat menarik di Semporna yang sesuai untuk pelawat. Pusat pelancongan ini dilengkapi dengan tempat makan yang popular seperti Pearly City Restaurant yang menawarkan makanan lautan segar. Tambahan lagi, terdapat juga tempat penginapan terapung iaitu Dragon Inn. Di sekitar kawasan ini, terdapat kemudahan dan juga tempat makan tanpa anda perlu berjalan jauh. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatJln Kastam, Taman Bandar Semporna, 91308 Semporna, Sabah
Waktu OperasiSetiap hari: 8 pagi – 5 petang
Nombor TelefonTiada

9. Sipadan Kapalai Dive Resort

Sumber: Sipadan Kapalai Dive Resort

Dengan rating yang tinggi, Sipadan Kapalai Dive Resort merupakan tempat penginapan pilihan ramai pelancong. Rekaan 59 buah chaletnya berkonsepkan kampung dan dihubungkan dengan laluan kayu. Lautannya cukup jernih dengan pantai pasir putih. Pastikan anda luangkan masa untuk menyelam di Kapalai untuk melihat terumbu karang serta hidupan laut dengan lebih dekat. Kesemua biliknya dilengkapi dengan peralatan mandian asas dan kemudahan untuk membuat kopi dan teh.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatSipadan Kapalai Dive Resort
Waktu OperasiTiada
Nombor Telefon+6089 765 200

10. Pulau Mabul 

Sumber: Lembaga Pelancongan Sabah

Pulau Mabul merupakan tempat menarik di Semporna yang setiap pelancong wajib lawati. Berkeluasan sebanyak 21 hektar, Pulau Mabul mempunyai terumbu karang yang seluas 200 hektar mengelilinginya. Ianya juga merupakan tempat perkampungan penduduk tempatan. Jika anda meminati aktiviti selaman skuba, peruntukan masa percutian anda di sini. Pulau ini juga dilengkapi dengan tempat penginapan. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatPulau Mabul
Waktu OperasiTiada
Nombor TelefonTiada 

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.