Adakah anda sedang mencari destinasi percutian yang menarik untuk berlibur bersama rakan ataupun keluarga? Jika anda ingin bersuka-ria bersama insan tersayang dengan tarikan yang menjanjikan pengalaman penuh debaran dan juga aktiviti berasaskan air, anda tidak perlu bercuti jauh. Taman tema air sudah semestinya menjadi pilihan utama untuk mereka yang ingin menghabiskan masa hujung minggu dengan aktivit yang menarik. Usah risau kerana, terdapat banyak pilihan taman tema air terbaik yang terletak di sekitar Malaysia.
Senarai Taman Tema Air Terbaik di Malaysia 2024
Contents
1. Sunway Lagoon
Sunway Lagoon yang terletak dalam senarai terasat taman tema air terbaik adalah antara destinasi pilihan ramai. Dengan keluasan kawasannya, ia dilengkapi dengan enam tarikan iaitu Taman Air, Taman Hiburan, Taman Hidupan Liar, XPark, Scream Park dan Sunway Lost Lagoon. Kami juga sarankan anda untuk melawat pada waktu malam kerana mereka menawarkan tarikan dan juga aktiviti-aktiviti yang berbeza mengikut tema. Untuk mereka yang inginkan staycation tanpa perlu bercuti jauh, kami dapati mereka juga menawarkan penginapan Camp Out! Dan Lagoon Villa. Harga kemasukan bagi kanak-kanak dan warga emas adalah RM135, manakala orang dewasa adalah RM160.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway,47500 Selangor Darul Ehsan,Malaysia. |
Waktu Operasi | Isnin, Rabu hingga Ahad: 10 pagi – 6 petang. Ditutup pada hari Selasa kecuali cuti sekolah atau cuti umum |
Nombor Telefon | +603 5639 0000 |
2. SplashMania WaterPark
SplashMania WaterPark yang terletak di Gamuda Cove menawarkan 24 gelongsor air dan 15 tarikan yang menarik, menjanjikan pengalaman yang unik untuk anda. Tarikan ini merangkumi pelbagai aktiviti-aktiviti yang mendebarkan seperti Wild Rush, Aqua Swirl, Maniac Racers dan Monsta. Berdasarkan pengalaman kami, Plunge adalah antara tarikan yang popular kerana anda dapat merasai pengalaman menggelongsor ke lagun dari enam tingkat pada darjah 75. Jika anda sukakan aktiviti yang thrill seperti kami, pastikan anda mencuba Sumaumeira Drop yang memerlukan pengunjung berada di dalam pintu perangkap sebelum dilancarkan untuk merasai gelongsor pada kelajuan tinggi. Mereka juga sering menawarkan promosi untuk harga kemasukan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Jalan Cove Sentral 4, Bandar Gamuda Cove, 42700 Dengkil, Selangor |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 10 pagi hingga 6 petang. Ditutup pada hari Rabu (kecuali semasa Cuti Umum Malaysia atau Cuti Sekolah) |
Nombor Telefon | +6012 932 1811 |
3. Adventure Waterpark Desaru Coast
Jika anda menetap atau sedang bercuti di Johor, pastikan anda singgah ke Adventure Waterpark Desaru Coast. Taman tema air ini mempunyai antara kolam ombak yang terbesar di dunia yang berkeluasan tiga ekar. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai jenis permainan seperti Swinging Ship, Kraken’s Revenge, dan banyak lagi yang sesuai untuk semua peringkat umur. Terdapat lima zon tema yang merangkumi aktiviti-aktiviti di air dan juga di darat. Berdasarkan pengalaman kami, harga tiketnya juga agak murah berbanding taman tema air yang lain. Harga tiket untuk satu kali kemasukan bermula dari RM58.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | No. 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor |
Waktu Operasi | Khamis hingga Ahad: 10 pagi – 6 petang |
Nombor Telefon | +607 878 3800 |
4. LEGOLAND Water Park
Senarai taman tema air terbaik di Malaysia ini pasti tidak lengkap tanpa LEGOLAND Water Park yang sesuai untuk mereka ingin bercuti bersama keluarga. Tempat ini menawarkan lebih daripada 20 gelongsor, tunggangan, pertunjukan dan permainan air. Antara tarikan yang anda boleh dapati adalah Joker Soaker, Build-A-Boat, LEGO® Slide Racers, Imagination Station dan Splash Out. Menurut pengalaman kami yang pernah bercuti ke sini, kami cadangkan agar anda tiket kemasukan kombo dengan Taman Tema dan juga Akuarium.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | No 7, Persiaran Medini Utara 3, Bandar, 79250 Johor Bahru, Johor |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 10 pagi – 6 petang |
Nombor Telefon | +607 597 8888 |
5. Lost World Of Tambun Water Park
Dikelilingi dengan hutan hijau serta pemandangan bukit-bukau, Lost World Of Tambun Water Park menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan buat pengunjung. Kami pernah ke taman tema air ini beberapa kali dan berdasarkan pengalaman kami, terdapat pelbagai tarikan yang menarik seperti Cliff Racer, Jungle Wave Bay, dan Tube Raiders. Apabila anda ke sini, jangan lepaskan peluang untuk ke Malayana Rainfortress yang merupakan Water-Based Dark Ride pertama kali di Asia. Terdapat 12 gelongsor serta aktiviti air yang unik termasuk Dragon’s Lair. Harga kemasukan untuk kanak-kanak dan warga emas adalah RM128, manakala orang dewasa adalah RM135.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak |
Waktu Operasi | Taman Tema: Buka Isnin-Jumaat: 11:00 pagi hingga 11:00 malam Hujung Minggu, Sekolah dan Cuti Umum: 10:00 pagi hingga 11:00 malam Ditutup pada hari Selasa, kecuali pada cuti sekolah & cuti umum Malaysia. Air Panas dan Taman Malam: Dibuka Setiap Hari: 6:00 petang hingga 11:00 malam |
Nombor Telefon | +605 542 8888 |
6. ESCAPE
Jika anda ingin percutian yang memberikan pengembaraan dengan penuh debaran, anda pasti menyukai ESCAPE yang terletak di Pulau Pinang. Di sini, terdapat lebih 35 permainan dan tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa. Kami amat menyukai tarikan utamanya iaitu The Longest, yang merupakan gelongsor terpanjang di dunia dengan kepanjangan sebanyak 1,111m. Jika anda berkunjung bersama keluarga, terdapat juga beberapa aktiviti-aktiviti lain yang anda wajib cuba seperti Lazy River, Super Looper, Speed Racer dan Tots Pool. Harga kemasukan tiket adalah dari RM122 untuk kanak-kanak dan RM184 untuk dewasa.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang |
Waktu Operasi | Selasa hingga Ahad: 10 pagi – 6 petang |
Nombor Telefon | +6017 7977 529 |
7. I-City WaterWorld
Sebut sahaja I-City, pasti ramai yang mengetahui akan taman rekreasi ini yang mempunyai keluasan sebanyak 25 ekar. Destinasi utama pelancongan ini dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu City of Digital Lights, Snowalk, WaterWorld dan FunWorld. Bagi kami yang pernah melawati WaterWorld, keunikkan tarikan yang ditawarkannya cukup menarik, terutamanya kerana ia merupakan taman tema air yang memperkenalkan Tornado Ride pertama di Asia Tenggara. Permainan yang ditawarkan amat sesuai untuk seisi keluarga, membuatkannya antara taman tema air yang terbaik di Malaysia. Harga tiketnya juga agak berbaloi dengan RM35 untuk kanak-kanak dan warga emas, serta RM40 untuk dewasa.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | i-Gallery, Jalan Multimedia 7/Ah, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor |
Waktu Operasi | Isnin – Jumaat: 11 pagi – 6 petang. Hujung Minggu/ Cuti Umum: 10 pagi – 6 petang. Ditutup pada hari Selasa |
Nombor Telefon | +603 5521 8800 |
8. A’Famosa Water World
Nikmati waktu percutian anda dengan pengalaman menakjubkan di A’Famosa Water World. Setelah anda melawat tempat-tempat menarik di negeri bersejarah ini, pastikan anda ke taman tema air ini yang terletak di Alor Gajah. Taman ini menawarkan permainan khusus untuk kanak-kanak dan juga keluarga seperti Family Raft, Lazy River dan Sandy Beach. Namun jika anda ingin tarikan yang mencabar, kami sarankan anda mencuba Big Ice Cream dan juga Wahaha. Harga tiket untuk kanak-kanak dan warga emas adalah RM42, manakala dewasa adalah RM50.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | A’Famosa Resort, Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari:10 pagi hingga 6 petang. Ditutup setiap hari Selasa, kecuali pada hari cuti sekolah dan am |
Nombor Telefon | +606 552 0888 |
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.