Meskipun dengan kesibukan kerja dan jadual seharian yang padat, perkara ini bukanlah penghalang untuk anda meluangkan masa untuk bersenam. Untuk mereka yang lebih menyukai senaman indoor, pilates adalah antara senaman yang menjadi pilihan ramai. Dengan manfaat senamannya yang terbukti meningkatkan kelenturan fizikal dan juga kekuatan, sudah tiba masanya untuk anda memperbaharui rutin kecergasan anda dengan pilates. Kami telah menyenaraikan studio pilates terbaik yang terdapat di sekitar KL dan Selangor.
Apakah Sebenarnya Senaman Pilates dan Kebaikannya?
Contents

Pilates merupakan senaman yang pada mulanya direka khas untuk penari, terutamanya untuk memulihkan mereka daripada kecederaan. Namun kini, senaman ini cukup trending kerana keberkesanannya. Senaman ini lebih fokus kepada pergerakan yang tepat dengan penggunaan otot tertentu serta pernafasan yang terkawal. Antara manfaat senaman pilates adalah meningkatkan kelenturan, membina kekuatan otot-otot teras dan memastikan keseimbangan tubuh badan.
Senarai Studio Pilates Terbaik di KL dan Selangor
1. Urban Spring Pilates
Untuk senarai teratas dalam pilihan studio pilates terbaik di KL dan Selangor adalah Urban Spring Pilates yang mempunyai empat cawangan yang terletak di Bangsar, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan Mont Kiara. Mereka menawarkan pelbagai kelas yang dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman seperti barre, pilates menggunakan peralatan, hot pilates @ 40° C dan juga group chair. Selain itu, studionya juga dilengkapi dengan peralatan pilates yang canggih seperti Balanced Body. Reformers, Cadillac, Ladder Barrel, Chair, Spine Corrector dan Orbit. Anda juga boleh tempah kelas pilihan anda dengan mudah menggunakan aplikasinya.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Klik pautan ini untuk senarai cawangan |
Waktu Operasi | Klik pautan ini untuk lihat |
Nombor Telefon | Klik pautan ini untuk lihat |
2. Pilatique Pilates & Physiotherapy Studio
Pilatique Pilates & Physiotherapy Studio mempunyai dua cawangan yang terletak di Damansara Heights dan Solaris Mont’ Kiara. Jurulatih-jurulatih bertauliahnya berdedikasi untuk memastikan setiap individu mencapai matlamat kecergasan mereka. Di sini, terdapat pelbagai kelas berasaskan pilates ditawarkan seperti Open Group Reformer, Intensive Reformer (IR) 2nd Edition, Group Matwork – The Curves Factory dan Group Matwork – Strike A Balance. Selain itu, anda juga boleh memilih kelas persendirian atau kelas berkumpulan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Damansara Heights8-2A, Jalan Batai, Damansara Heights,50490 Kuala Lumpur, Malaysia. Mont’ Kiara18-2, Jalan Solaris 3, Solaris Mont’ Kiara,50480 Kuala Lumpur, Malaysia. |
Waktu Operasi | Isnin hingga Sabtu: 7 pagi – 9 malam. Tutup pada Ahad |
Nombor Telefon | +6012 205 3162 |
3. Pure Pilates KL
Di Pure Pilates KL, anda dapat mempelajari sambil bersenam teknik pilates yang klasik. Mereka menawarkan tiga pilihan kelas iaitu kelas persendirian yang sesuai untuk mereka baru pertama kali mencuba pilates dan kelas berdua yang menggunakkan peralatan seperti Mat, Reformer, Tower units, Wunda Chairs dan barrels. Manakala kelas bertiga pula menggunakan Matwork, barrel dan Cadillac dengan senaman yang lebih fokus kepada seluruh badan untuk kesan optimum. Harga untuk kelas bermula dari RM90.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | B-01-10, Gateway Corporate Suites, 1, Jalan Desa Kiara, Mont Kiara, 50480 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Isnin hingga Sabtu: 8 pagi – 8 malam. Tutup pada hari Ahad |
Nombor Telefon | +6013 232 2387 |
4. The Flow Studio
Senarai studio pilates terbaik di KL dan Selangor ini pasti tidak lengkap tanpa The Flow Studio. Mereka menawarkan pelbagai tahap kelas untuk pilates dengan pilihan seperti flow foundations, flow sculpt mat pilates, reformer strength dan reformer cardio. Studio ini mempunyai rekaan dalaman yang cukup relax serta dilengkapi dengan peralatan terkini, sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan harian dengan senaman. Harga kelas pilatesnya bermula dari RM33 dan anda juga boleh memilih pakej yang ditawarkan pada harga yang berpatutan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Klik pautan ini untuk senarai cawangan |
Waktu Operasi | Klik pautan ini untuk lihat |
Nombor Telefon | +6017 885 0865 |
5. Hills Pilates
Jika anda masih tercari-cari studio pilates yang terbaik, kami cadangkan anda memilih Hills Pilates yang mempunyai sembilan cawangan di KL dan Selangor. Berbeza dengan studio pilates yang lain, mereka menawarkan kelas yang khusus untuk setiap peringkat umur dan tahap. Antara kelas yang ditawarkan adalah kelas pranatal, kelas selepas bersalin, golf pilates, scoliosis pilates, kelas pilates warga emas dan kelas pilates kanak-kanak. Anda juga berpeluang mencuba kelas tersebut terlebih dahulu dengan harga RM88 untuk kelas persendirian dan RM150 untuk kelas berdua.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Klik pautan ini untuk senarai cawangan |
Waktu Operasi | Klik pautan ini untuk lihat |
Nombor Telefon | +6019 8513031 |
6. HeartCore Physiotherapy & Pilates Studio

HeartCore Physiotherapy & Pilates Studio menggabungkan kesan kuasa sinergistik antara Fisioterapi dengan senaman pilates, untuk kesan efektif. Selain rawatan klinikal, mereka juga menawarkan kelas pilates yang klasik dan juga kelas pra serta selepas bersalin. Untuk mereka yang memilih kelas pilates biasa, anda berpeluang memilih untuk kelas persendirian, berdua ataupun kumpulan. Dengan pelan kelas yang direka khas dan senarai jurulatih yang berpengalaman, ia sememangnya antara studio pilates terbaik di KL dan Selangor.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 75-2, Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara, 50490 Damansara Heights, Kuala Lumpur, Malaysia |
Waktu Operasi | Isnin hingga Jumaat: 7am – 8pm. Sabtu: 7am – 4pm |
Nombor Telefon | +6018 966 2019 |
7. Fine Body Pilates
Terletak di Wangsa Maju, Fine Body Pilates adalah antara studio pilates terbaik yang menjadi pilihan ramai. Terdapat tiga jenis pilihan kelas yang ditawarkan termasuk kelas persendirian, kelas reformer berkumpulan berserta kelas pra dan selepas bersalin. Jurulatihnya amat berdedikasi dalam membimbing anda dalam setiap teknik. Malahan studionya juga mempunyai suasana yang selesa, sesuai untuk mereka yang lebih menyukai keadaan kelas persendirian atau kecil.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | No 17-2, Hedgeford 10 Galleria, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Isnin hingga Sabtu: 8 pagi – 8 malam> Ditutup pada hari Ahad |
Nombor Telefon | +6016 327 8049 |
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.