Dengan kegunaan telefon dianggap sebagai alat telekomunikasi yang penting dalam kehidupan seharian kita, peranti pintar ini merupakan satu keperluan bagi setiap golongan. Namun, lambakan peranti pintar ini menawarkan ciri-ciri spesifikasi yang berbeza dari pelbagai jenama, membuatkannya agak sukar untuk sesiapa sahaja membuat pilihan. Jika anda sedang mencari smartphone terbaik pada tahun 2023, senarai ini pastinya membantu anda untuk membuat pilihan bijak.
Tips Untuk Memilih Smartphone Terbaik
Contents
Dengan lambakan smartphone, terdapat beberapa kriteria yang anda perlu menitikberatkan apabila mencari peranti pintar. Pendek kata terdapat enam ciri-ciri yang anda perlu lihat iaitu:
- Kualiti
- Rekaan
- Kemudahan penggunaan
- Prestasi
- Ciri-ciri yang ditawarkan
- Nilai
Namun anda juga harus mengetahui bahawa harga memainkan peranan penting dalam kualiti serta ciri-ciri sesuatu peranti pintar. Untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad, usah risau kerana terdapat juga handphone yang mampu milik di bawah harga RM500 yang berkualiti tinggi.
Senarai Smartphone Terbaik Pada 2023 Yang Berkualiti Tinggi
1. Apple iPhone 13 Pro
Sebagai peneraju industri telefon pintar, iPhone 13 Pro dari jenama terkemuka Apple ini seringkali tersenarai dalam smartphone terbaik 2023. Ianya dilengkapi dengan cip A15 Bionic untuk prestasi yang lancar. Dengan Super Retina XDR dan ProMotion, paparan imejnya amat berkualiti dan juga jelas. Selain itu, Apple iPhone 13 Pro menjadi pilihan ramai disebabkan sistem kamera Pro 12MP yang menjanjikan hasil gambar dan video yang dinamik. Direka dengan keluli tahan karat, ianya ditawarkan dalam pelbagai warna menarik seperti biru sierra, graphite, emas, perak dan hijau alpine.
Kelebihan:
- Kalis air
- Paparan 120Hz
- Bateri tahan lama
Harga: Dari RM4,599.00
Terdapat di: Laman website Apple
2. Samsung Galaxy S22 Ultra
Samsung Galaxy S22 Ultra amat sesuai bagi mereka yang mencari smartphone android terbaik. Direka dengan bentuk yang moden dan elegan, peranti ini berlainan dengan rangkaian Galaxy S22 yang lain. Ianya turut dilengkapi dengan S pen yang tersembunyi rapi di bahagian bawah untuk memudahkan pengguna. Cip 4nm yang pantas menawarkan keupayaan kamera dan skin yang menakjubkan.
Kelebihan:
- Menawarkan Wireless PowerShare
- Dilengkapi dengan paparan Dynamic AMOLED 2X dan Vision Booster
- Rekaan modern dengan warna trendy
Harga: Dari RM5,099.00
Terdapat di: Laman website Samsung
3. ASUS ROG Phone 6 Pro
Jika anda lebih mengutamakan ruang simpanan yang besar, ASUS ROG Phone 6 Pro menawarkan sebanyak 512GB. Dengan paparan skrin AMOLED dan chipset Qualcomm SM8450 Snapdragon 8+ Gen 1, telefon pintar ini memastikan sistem yang amat lancar, menjadikannya sesuai bagi gamer. Selain itu, ROG Phone 6 Pro memberikan pengecasan pantas dengan 65W. Hanya dalam 42 minit, ianya mampu dicaj sehingga penuh 100%.
Kelebihan:
- Sesuai untuk gamer
- Ruang simpanan dan RAM yang tinggi
- Hayat bateri yang lama
Harga: RM4999.00
Terdapat di: Laman website ASUS
4. Oppo Reno8 Pro
Terdapat dalam dua warna iaitu hitam dan hijau, Oppo Reno8 Pro menampilkan rekaan unibody yang ringkas dan halus. Skin 6.7 inci menawarkan paparan Flexible AMOLED, manakala NPUnya iaitu MariSilicon X menjanjikan ciri 4K ultra night video. Peranti pintar ini mempunyai kamera utama yang bersaiz 50 megapiksel berserta kamera hadapan 32 megapiksel. Dengan cip MediaTek Dimensity 8100-Max dan pengecasan yang pantas, harganya amat berbaloi dengan ciri-ciri spesifikasinya.
Kelebihan:
- Dilengkapi dengan MariSilicon X
- Ciri 4K ultra night video
- Resolusi tinggi
Harga: RM3499.00
Terdapat di: Laman website Oppo
5. HUAWEI nova Y70
Bagi anda yang sedang mencari smartphone terbaik di bawah julat harga RM1000 dan RM2000, HUAWEI nova Y70 harus menjadi pilihan utama anda. Ianya dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik seperti ruang simpanan sebanyak 128 GB, 6.75 inci dengan resolusi tinggi serta bateri bersaiz 6,000 mAh yang tahan lama. Selain harga yang mampu milik, kamera utamanya bersaiz 48 megapiksel manakala kamera hadapan mempunyai 8 megapiksel.
Kelebihan:
- Harga mampu milik
- Pengecasan yang pantas
- Skin 6.75 inci dengan paparan besar
Harga: RM699.00
Terdapat di: Laman website HUAWEI
6. OnePlus 10 Pro
OnePlus 10 Pro menawarkan ciri-ciri menarik yang pastinya sesuai bagi mereka yang meminati telefon pintar dengan spesifikasi yang tinggi. Dilengkapi dengan Snapdragon 8 Gen 1 untuk pemprosesan yang pantas, baterinya juga cepat dicas dengan 80W. Sistem kameranya juga berkualiti dengan 48 megapiksel untuk lebar, 8 megapiksel untuk telefoto dan 50 megapiksel untuk ultra-lebar serta 32 megapiksel untuk kamera hadapan.
Kelebihan:
- HyperBoost Teknologi yang sesuai untuk gamer
- Pengecasan pantas
- Ruang simpanan yang besar
Harga: RM4,199.00
Terdapat di: Lazada
7. Realme C3
Anda tidak perlu berbelanja besar hanya untuk memiliki telefon pintar yang canggih. Spesifikasi untuk Realme C3 merangkumi ciri-ciri yang penting seperti paparan LCD multi-Touch’k, saiz bateri 5000mAh yang standard dan ruang simpanan yang mencukupi. Ianya juga dilengkapi dengan 12 megapiksel kamera dan rakaman video HD 1080p. Dengan ciri-cirinya, Realme C3 sesuai untuk mereka yang ingin mencari smartphone bawah harga RM500.
Kelebihan:
- Harga mampu milik
- Diperbuat dengan pelindung skrin Corning Gorilla Glass
- Saiz yang ringan
Harga: RM499.00
Terdapat di: Shopee
8. Vivo X80 Pro
Vivo X80 Pro merupakan antara telefon pintar terbaik yang pernah jenama ini keluarkan. Ditawarkan dalam dua warna menarik, ianya mempunyai bentuk yang agak berani dan juga moden terutamanya rekaan kameranya. Ciri-ciri chipset Snapdragon 8 Gen 1 dan Funtouch OS 12, memastikan penggunaan yang lancar. Malahan kameranya juga berkualiti tinggi setanding dengan hasil DSLR. Paparan skrinnya amat jelas dengan AMOLED dan resolusi QHD+.
Kelebihan:
- Pengecasan pantas tanpa wayar
- Kamera yang berkualiti tinggi
- Bateri yang tahan lama
Harga: RM4,999.00
Terdapat di: Laman website Vivo
9. Red Magic 7
Red Magic 7 yang dikeluarkan pada awal tahun 2022, menampilkan spesifikasi yang sesuai untuk peminat game. Selain chipset Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1, ianya juga mempunyai paparan skrin 6.8 inci dengan AMOLED. Direka dengan sistem ICE8.0 Multi-dimensional Cooling, ianya memastikan telefon ini tidak overheat apabia digunakan untuk tempoh yang lama. Diiktiraf oleh SGS untuk perlindungan sinaran biru, ianya mengurangkan ketidakselesaan mata dan juga silau.
Kelebihan:
- Direka khas untuk peminat game
- Dilengkapi dengan kamera berkualiti tinggi
- Skrin dengan resolusi tinggi
Harga: RM5,359.00
Terdapat di: Lazada
10. Xiaomi 12 Pro
Xiaomi 12 Pro memiliki segala ciri-ciri yang anda perlukan apabila mencari smartphone yang terbaik. Selain rekaannya yang moden, spesifikasinya juga setanding dengan jenama lain seperti chipset Snapdragon 8 Gen 1, bateri bersaiz 4,600mAh, dan paparan skrin 120Hz. Dengan 50 megapiksel, ianya menawarkan Ultra Night Photo dan juga Ultra Night Video untuk pencahayaan yang jelas. Ianya amat sesuai bagi mereka yang meminati telefon pintar dengan spesifikasi yang terbaharu.
Kelebihan:
- Pengecasan pantas dengan 120W
- Sistem kamera yang berteknologi tinggi
- Terdapat dalam warna yang menarik
Harga: RM3,899.00
Terdapat di: Shopee
11. Honor X7 a
Honor X7 merupakan salah satu pilihan bagi mereka yang sedang mencari smartphone terbaik di bawah RM1000. Peranti pintar ini menampilkan ciri-ciri spesifikasi utama seperti 50MP quad camera, paparan skrin penuh sebanyak 6.74 inci dan 6GB+128GB ruang simpanan. Dilengkapi dengan 6000mAh kapasiti bateri, pengecasan penuh boleh tahan selama 3.5 hari. Rekaannya juga amat moden dan ringan. Terdapat tiga pilihan warna menarik iaitu titanium silver, ocean blue dan midnight black.
Kelebihan:
- Kapasiti bateri yang tahan lama
- Paparan skrin penuh
- Tiga pilihan warna
Harga: RM799.00
Terdapat di: Laman website Honor
12. Google Pixel 7 Pro
Google Pixel 7 Series dikuasakan oleh pemproses CPU Google Tensor G2 dengan RAM 12GB. Manakala pilihan simpanan adalah antara 128GB, 256GB dan 512GB. Selain pengecasan pantas, telefon ini mempunyai kapasiti bateri sebanyak 5,000 mAh yang tahan lama. Paparan skrin 6.7 inci juga tidak kurang hebatnya dengan OLED dan QHD+ resolution. Kamera utama bersaiz 50 megapiksel dan kamera hadapan pula adalah 10.8 megapiksel.
Kelebihan:
- Paparan skrin yang dilengkapi dengan OLED dan QHD+ resolution
- Pengecasan pantas
- Kamera yang berkualiti tinggi
Harga: RM3,199.00 – RM5,800.00
Terdapat di: Laman website TechBug
13. Nokia C20
Jika anda sedang mencari smartphone murah dan juga terbaik di Malaysia, anda boleh mempertimbangkan Nokia C20. Dilengkapi dengan pemproses octa-core dan Android 11 (edisi Go), telefon pintar ini turut mendapat sambungan 4G. Ia juga dilengkapi dengan spesifikasi yang penting seperti kamera hadapan dan juga utama yang bersaiz 5 megapiksel, bateri yang tahan lama serta rekaan yang tampak bergaya. Tambahan lagi, ia menawarkan dwi sim kad, 2GB RAM serta simpanan sebanyak 32GB.
Kelebihan:
- Paparan skrin HD+
- Diperbuat dengan bahan yang berkualiti tinggi
- Harga mampu milik
Harga: RM399.00
Terdapat di: Laman website Nokia
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.