Dengan hembusan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa dan lautan biru yang terbentang luas, sesiapa sahaja pasti berasa tenang dikelilingi pantai yang indah nian. Walaupun kebanyakkan daripada pelancong lokal kagum akan keindahan pulau di luar negara seperti Maldives dan Hawaii, pulau-pulau yang terletak di semenanjung, Sabah dan Sarawak juga setanding dengan pantai tercantik di dunia. Jika anda ingin merancang percutian bersama keluarga ataupun melawat pulau yang jarang dikunjungi, kami telah menyenaraikan pulau dan pantai tercantik di Malaysia yang anda wajib terokai. Ayuh, sudah tiba masanya untuk anda bercuti!
Senarai Pulau Dan Pantai Tercantik Di Malaysia 2022
Contents
1. Pulau Tioman
Terletak 32 batu nautika dari tanah besar, Pulau Tioman merupakan pulau bebas cukai yang dihubungkan melalui feri menerusi Mersing, Johor dan Tanjung Gemuk, Pahang. Diwartakan sebagai taman marin, Pulau Tioman dipenuhi dengan terumbu karang dan hidupan laut, menjadikannya sesuai bagi peminat skuba dan snorkel. Ianya juga dikelilingi dengan hutan hijau serta flora dan fauna. Jika anda ingin aktiviti yang lebih mencabar, anda boleh mendaki Gunung Kajang yang terletak di ketinggian 1,038 meter. Dengan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur, tidak hairanlah Pulau Tioman seringkali dinobatkan sebagai pulau dan pantai tercantik di Malaysia.
Ulasan pelawat:
“Salah satu pulau tercantik, terbaik di semenanjung Malaysia.”
Hay Retona, Ulasan Google
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
2. Pulau Redang
Pulau Redang merupakan salah satu daripada sembilan pulau yang merangkumi taman laut Kepulauan Redang. Ianya terletak di perairan Laut China Selatan dan kecantikannya amat menakjubkan dengan pantai pasir putih serta lautan air yang kebiruan. Selain diwartakan sebagai taman marin, pulau ini juga mempunyai tapak pemuliharaan penyu. Antara aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan ialah selaman skuba dan juga snorkel.
Ulasan pelawat:
“Pulau yang cantik! Baru balik dari Pulau Redang untuk percutian bulan madu kami. Menginap dua malam di Coral Redang. Kenangan manis untuk dikenang. Saya suka Pulau Redang!”
Azimah Zainul, Ulasan Google
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
3. Pulau Perhentian
Pulau Perhentian terbahagi kepada dua kepulauan iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Dengan air laut yang jernih dan keadaan seperti tidak terusik, Pulau Perhentian telah dinobatkan antara 10 pulau tercantik di dunia. Oleh itu, jika anda ingin bercuti ke pulau dan pantai yang tercantik di Malaysia, pastikan anda lawati tempat ini terutamanya untuk melihat matahari terbenam. Jika anda ingin bercuti secara bajet, Pulau Perhentian Kecil sesuai kerana harga penginapannya dan makanannya jauh lebih murah. Manakala, Pulau Perhentian Besar menjanjikan percutian yang mewah dengan resort yang mahal.
Ulasan pelawat:
“Laut yang paling cantik dan paling menakjubkan yang pernah saya lihat. Kedua pulau itu menawarkan kelebihan yang sama tetapi Pulau Perhentian Kecil lebih cantik dan juga tenang. Pemandangannya amat baik, anda juga boleh menyewa bot dan memilih untuk berenang atau menyelam. Sangat seronok. Pulau Perhentian Besar sentiasa penuh dengan pengunjung. Di sana terdapat hotel dengan harga yang berbeza dan beberapa restoran Melayu, tetapi ianya juga tempat yang bagus.”
Said Mursal, Ulasan Google
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
4. Pulau Mabul
Pulau Mabul tidak memerlukan sebarang pengenalan bagi pelancong dalam mahupun luar negara. Boleh dikatakan keindahannya setanding seperti Maldives, dengan lautan jernih sehingga hidupan marin jelas kelihatan dan juga persisiran pantai yang cantik. Lokasinya amat sempurna bagi mereka yang ingin dikelilingi suasana yang tenang dan jauh dari kesibukan. Yang paling best, pengunjung juga boleh mencuba aktiviti penyelaman cetek atau lebih dikenali sebagai muck diving. Pendek kata, Pulau Mabul ini sememangnya top dalam senarai antara pulau dan pantai yang tercantik di Malaysia.
Ulasan pelawat:
“Saya mengunjungi Pulau Mabul pada Januari 2004 bersama Borneo Divers selepas seminggu di pusat Scuba Sipadan Borneo Divers. Pulau Mabul adalah yang terbaik yang pernah saya lihat untuk selam skuba. Saya dapat melihat kehidupan mikro seperti frogfish, nudibranche, dan pygmy seahorse. Saya mengesyorkan penyelam untuk melawatnya.”
Sven Dutoit, ulasan Google
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
5. Pulau Langkawi
Pulau Langkawi sesuai bagi mereka yang ingin merancang percutian yang padat dengan pelbagai aktiviti menarik. Sinonim dengan namanya iaitu permata Kedah, Pulau Langkawi diketahui ramai akan pantainya yang indah serta lautan biru. Malahan, kepulauan ini juga mempunyai 99 pulau yang jarang diterokai oleh pelancong. Selain aktiviti lasak di pantai, pastikan anda juga berkunjung ke tempat menarik di Langkawi seperti Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah. Kilim Geoforest Park dan Air Terjun Telaga Tujuh.
Ulasan pelawat:
“Pulau ini menawarkan beberapa tempat pantai yang berbeza untuk diterokai iaitu Pantai Cenang dengan pantai berpasir putih, Pantai Kok yang lebih tenang dan satu lagi pantai yang terletak di arah timur laut yang pasirnya lebih kasar. Kepulauan kecil di sekitar Langkawi menawarkan aktiviti menarik seperti memberi burung helang makan berhampiran Tanjung Rhu dan memancing di sekitar Pulau Beras Basah.”
EONEMYY, Tripadvisor
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
6. Pulau Gaya
Pulau Gaya hanya terletak dalam 10 minit perjalanan dengan menaiki bot laju dari Kota Kinabalu. Ianya merupakan pulau yang terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman dengan keluasan sebanyak 1,465 hektar. Pulau Gaya menarik perhatian pelancong dengan lautan biru kehijauannya dan juga hutan hujan yang memenuhi setiap pelosok pulau tersebut. Malahan, terdapat juga beberapa hotel yang menjanjikan pemandangan menghadap laut, sesuai bagi anda yang inginkan percutian yang indah dan tenang. Untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti selaman, anda boleh ke Pulau Sapi yang terletak di bahagian barat daya Pulau Gaya.
Ulasan pelawat:
“Saya amat menyukai tempat ini. Dari perjalanan bot ke pulau, bilik yang indah, monyet, makanan yang menakjubkan, perkelahan di pantai adalah luar biasa, perjalanan ke bandar sungai – kolam renang, hiburan – semuanya amat sempurna. Jika anda bercadang untuk melawatinya, lakukan!
Judy Abramson, ulasan Google
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
7. Pulau Pangkor
Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak merupakan destinasi utama percutian bagi pelancong dalam dan luar negara. Walaupun keluasannya cuma 2,200 hektar, pulau ini penuh dengan pelbagai aktiviti menarik seperti berkayak, snorkel, memancing dan berenang. Terdapat juga tempat bersejarah anda harus lawati contohnya Kubu Belanda dan Batu Bersurat. Jika anda ingin bercuti secara bajet dengan pulau ini juga menawarkan hotel dengan harga yang jauh murah. Untuk pemandangan laut yang indah, pastikan anda ke Teluk Nipah, Pasir Bogak atau Coral Bay.
Ulasan pelawat:
“Jika anda menyukai aktiviti luar, tempat ini amat sesuai sebagai percutian. Anda boleh melakukan aktiviti island hopping atau melawat keindahan semula jadi yang ditawarkan di pulau tersebut. Anda juga boleh mengambil gambar sebagai kenangan.”
hang kasturi27, ulasan Google
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
8. Pulau Rawa
Pulau Rawa yang terletak di daerah Mersing dimiliki oleh keluarga sultan Johor. Ianya diberi jolokan Maldives Johor kerana pantai pasir putihnya serta lautan biru dengan air yang jernih. Pelancong yang datang boleh menerokai pulau tersebut dengan pelbagai aktiviti menarik seperti selaman skuba, berkhemah, berkayak dan juga mendaki. Bagi mereka yang sedang mencari pulau dan pantai yang tercantik di Malaysia untuk percutian, tempat ini harus menjadi pilihan utama anda.
Ulasan pelawat:
“Tempat yang indah, pulau yang cantik, orang yang peramah… suka semua dekat sini. Saya pasti akan kembali lagi.”
Hanks Lai, ulasan Google
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
9. Port Dickson
Port Dickson amat sesuai bagi mereka yang inginkan percutian yang singkat tanpa perlu membuat perjalanan jauh. Ianya hanya terletak dalam 90 kilometer dari Kuala Lumpur. Dengan lokasinya di pinggir laut, anda boleh berehat sambil menyaksikan pemandangan yang indah. Port Dickson juga seringkali menjadi tumpuan pelancong dari dalam negara untuk berkelah. Selain itu, tempat ini juga diketahui akan pilihan makanan lautnya yang banyak dan juga sedap.
Ulasan pelawat:
“Saya melawatnya buat pertama kali dan ia benar-benar tempat yang bagus! Saya ingin berkunjung ke sini lagi. Anda akan dapati terdapat banyak makanan Tradisional Malaysia yang dijual dengan harga yang murah dan rasanya enak!”
Syed Evan, ulasan Google
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
10. Pantai Batu Ferringhi
Pantai Batu Ferringhi merupakan antara tempat menarik di Penang yang sangat sesuai untuk aktiviti berkelah bersama keluarga. Buat mereka yang meminati sukan lasak, anda juga boleh mencuba jetski dan parasailing. Walaupun ianya terletak berdekatan dengan pusat bandar, Pantai Batu Ferringhi turut diketahui akan panorama yang indah dan juga pemandangan matahari terbenam.
Ulasan pelawat:
“Tempatnya agak sesak tetapi terdapat banyak aktiviti untuk dilakukan dan mempunyai begitu banyak tarikan! Luangkan waktu malam anda di sini untuk melihat matahari terbenam dan bunyi hempasan ombak untuk mengurangkan tekanan.”
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
11. Pulau Sibu
Pulau Sibu yang berkeluasan enam kilometer merupakan antara gugusan pulau yang terletak di pesisiran laut Johor. Gugusan pulau ini terdiri daripada Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung. Walaubagaimana pun, rata- rata daripada pelancong sering kali melawat Pulau Sibu Tengah kerana ianya dilengkapi dengan fasiliti dan juga tempat penginapan yang selesa. Dengan kepelbagaian ekosistemnya, Pulau Sibu menjanjikan pengalaman menakjubkan bagi pelancong dengan datang. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang anda boleh buat bersama keluarga adalah snorkeling, menyelam, berkayak dan banyak lagi. Suasana pantainya cukup indah, oleh itu jika anda ingin beristirehat, pulau ini sememangnya sesuai untuk percutian.
Ulasan pelawat:
“Pulau yang indah dan terdapat pelbagai aktiviti yang menarik.”
Roslee A Rashid, Ulasan Google
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
12. Pulau Kapas
Pulau Kapas yang terletak di Marang, terengganu merupakan antara destinasi percutian pilihan untuk pelancong. Malahan, disebabkan lokasinya yang hanya mengambil masa sekitar 30 minit dengan perjalanan menggunakan bot, pulau ini menjadi tempat percutian untuk mereka yang inginkan staycation. Untuk mereka yang tidak mengetahuinya, Pulau Kapas terkenal dengan pantai pasir putih serta lautan biru yang indah. Oleh itu, tidak hairanlah ianya mendapat jolokan nama sebagai antara pantai di malaysia yang terkenal bagi pelancong luar.
Ulasan pelawat:
“Pulau yang amat indah, antara salah satu pulau terbaik yang saya pernah lawati.”
Bojan Vasic, Ulasan Google
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
13. Pulau Lang Tengah
Meskipun Pulau Lang Tengah agak terpencil, ianya seringkali menjadi lokasi pilihan untuk melancong. Pulau ini terletak kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari Jeti Merang. Selain itu, ianya juga terletak berdekatan dengan Pulau Perhentian dan juga Pulau Redang. Dengan pantainya yang tersembunyi,, anda pasti berasa tenang apabila bercuti di sini. Walaupun tiada kemudahan seperti jalan, pulau ini mempunyai empat buah hotel.
Ulasan pelawat:
“Salah satu tempat terbaik untuk menyelam skuba dan snorkeling. Pantai yang indah dan tempat yang sesuai untuk bersantai.”
Rasyid Ismail, Ulasan Google
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.