10 Mesin Kopi Murah Dan Terbaik Di Malaysia Yang Sesuai Untuk Penggemar Kopi!

Ngopi?
By: Balqis Ariffin
January 30, 2023

Untuk mereka yang ‘kaki kopi’, secawan kopi yang panas adalah wajib pada waktu pagi, terutamanya sebelum memulakan hari baru. Dengan aroma uniknya yang menyelerakan dan penuh kafein, kopi merupakan bahan perangsang semulajadi yang membantu anda berasa lebih bertenaga. Rata-rata daripada kita selalunya membancuh kopi sendiri, namun jika anda inginkan rasa sedap seperti dibuat oleh barista di cafe, anda boleh mencuba menggunakan mesin kopi. Sebenarnya terdapat banyak mesin kopi murah dan terbaik, oleh itu anda tidak semestinya perlu berbelanja lebih untuk dapatkannya. Jom tengok senarai mesin kopi pilihan kami!

Jenis-jenis Mesin Kopi

Photo by Vlada Karpovich on Pexels

Sebelum anda membeli mesin kopi, pastikan anda ketahui dahulu jenis mesin yang terdapat di pasaran. Terdapat tiga jenis mesin kopi, iaitu:

Manual

Mesin kopi jenis manual memerlukan anda mengisi serbuk kopi ke dalam penapis berbentuk cawan. Alat ini amat sesuai bagi mereka yang ingin meneliti pembuatan kopi mengikut cara tersendiri, seperti jumlah serbuk dan air.

Kapsul

Mesin kopi berbentuk kapsul merupakan pilihan utama orang ramai kerana ianya mudah digunakan dan tidak memerlukan masa yang lama. Anda hanya perlu masukkan kapsul tersebut ke  dalam mesinnya dan air kopi akan dibuat secara automatik. Selain itu, kapsulnya juga mengandungi serbuk kopi yang telah dikisar dan diukur terlebih dahulu. 

Automatik dan Separa Automatik

Untuk mereka yang inginkan lebih kepelbagaian dalam pembuatan kopi, anda boleh memilih antara mesin kopi automatik atau separa automatik. Ciri-ciri yang ditawarkan adalah berbeza untuk setiap model mesin kopi seperti pembersihan secara automatik dan juga pembuatan susu. Malahan, terdapat juga mesin yang menawarkan satu sehingga tiga dandang untuk espresso. 

Senarai Mesin Kopi Murah Dan Terbaik Di Malaysia 2023

1. Delonghi Dedica Style Sleek Metal Pump Espresso Coffee Machines

Delonghi Dedica Style Sleek Metal Pump Espresso Coffee Machines merupakan antara mesin kopi murah dan terbaik pilihan kami. Dengan ciri mesra penggunanya, mesin ini dilengkapi dengan pemanasan pantas dalam 40 saat dan fungsi henti aliran. Selain itu, anda juga boleh memilih antara fungsi dandang tunggal atau berganda untuk espresso. Yang paling best, pembuatan kopi boleh dilakukan menggunakan kapsul dan juga serbuk kopi secara manual. Rekaan saiznya juga amat kompak, dalam anggaran 15cm lebarnya. 

Kelebihan:

  • Dua jenis pilihan untuk pembuatan susu
  • Boleh digunakan untuk kapsul dan serbuk kopi
  • Dulang titisan yang boleh diselaraskan 

Harga: RM1,399.00

Terdapat di: Laman website Delonghi 

2. Breville BES870 Coffee Machine

Meskipun harganya agak mahal, Breville BES870 Coffee Machine menampilkan ciri-ciri khas yang lengkap berbanding mesin kopi lain. Alat ini boleh digunakan untuk mengisar dan juga membuat kopi dengan mudah. Di bahagian atas mesin kopi ini terdapat sudut untuk mengisar biji kopi sebanyak 250gm, iaitu bersamaan 25 cawan kopi. Selain saluran air panas yang khusus, anda boleh memilih antara 18 ketetapan untuk mengisar dan kawalan dos. Manakala, Kawalan suhu PID membantu mengekalkan kestabilan suhu melalui proses pengekstrakan. 

Kelebihan:

  • Boleh digunakan untuk mengisar dan mengekstrak kopi
  • Dilengkapi dengan paparan digital
  • Terdapat alat pembersihan

Harga: RM3,499.00

Terdapat di: Laman website Harvey Norman 

3. Nespresso Essenza Mini Ruby Red D30

Dengan rekaan yang kompak, Nespresso Essenza Mini Ruby Red D30 sesuai untuk mereka yang inginkan mesin kopi yang tidak mengambil begitu banyak ruang. Mesin ini yang menggunakan kapsul boleh digunakan untuk membuat espresso dan lungo. Pemanasan airnya agak pantas dengan hanya 30 saat dan hanya satu sentuhan butang, anda boleh membuat secawan air kopi dengan mudah. 

Kelebihan:

  • Dimatikan secara mod automatik 
  • Saiz kompak
  • Kapasiti tangki air sebanyak enam liter

Harga: RM649.00

Terdapat di: Laman website Nespresso 

4. Philips Fully Automatic Espresso Coffee Machines Series 2200 EP2220

Jika anda ingin nikmati secawan kopi seperti dibuat di cafe popular, anda boleh pertimbangkan Philips Fully Automatic Espresso Coffee Machines Series 2200. Mesin ini menawarkan pembuatan kopi untuk dua cawan pada masa sama. Paparannya merangkumi pilihan untuk kepekatan dan isipadu kopi dengan tiga jenis ketetapan. Direka dengan sistem ekstrak aroma, mesin kopi ini memastikan suhu bancuhan yang optimum untuk rasa menakjubkan.

Kelebihan:

  • Pengisar yang diperbuat daripada seramik yang memudahkan pembersihan
  • Tiga jenis ketetapan untuk kepekatan dan isipadu kopi
  • Direka dengan pengisar dan pembuatan susu

Harga: RM1,757.80

Terdapat di: Lazada

5. Khind 1.5L Coffee Maker

Jika anda mencari mesin kopi yang murah dan juga terbaik, Khind 1.5L Coffee Maker mempunyai segala kriteria yang anda inginkan. Dengan harga serendah RM102, mesin kopi manual ini mempunyai penapis yang boleh dikeluarkan. Paparan digitalnya juga dilengkapi dengan fungsi pemasa untuk memudahkan pengguna. Jumlah kapasitinya agak besar iaitu 1.5 liter, membolehkan pengguna membuat 12 cawan kopi dalam sekali penggunaan. 

Kelebihan:

  • Harga murah
  • Mempunyai ciri anti bocor pada titisan
  • Kapasiti yang besar

Harga: RM102.90

Terdapat di: Laman website Khind

6. Panasonic Espresso Coffee Machine NC-ZA1

Panasonic Espresso Coffee Machine NC-ZA1 merupakan mesin kopi jenis automatik yang direka untuk membuat pelbagai jenis kopi seperti espresso, capucino dan latte macchiato. Alat ini menawarkan paparan digital dengan empat jenis ketetapan untuk pembuatan susu dan program pengguna. Rekaannya cukup ringkas tetapi efisien kerana segala tangki air, tangki sisa dan unit membancuh diletakkan di bahagian depan mesin.

Kelebihan:

  • Rekaan yang menjimatkan ruang
  • Paparan digital yang berwarna
  • Pengisar kopi yang boleh dilaraskan

Harga: RM2,999.00

Terdapat di: Shopee

7. BS BOSS Espresso Coffee Machine 

BS BOSS Espresso Coffee Machine pastinya tersenarai dalam mesin kopi pilihan ramai orang. Mesin ini mempunyai rekaan dan warna retro berwarna biru, membuatkan ruangan dapur anda cukup menarik. Ianya dilengkapi dengan tiga ciri asas iaitu fungsi air panas, ekstrak dan wap. Paparannya menampilkan informasi tentang tanda aras air dan juga tahap kepanasan. Direka dengan tekanan pam standard 20 bar, mesin ini memastikan kopi diekstrak dengan pekat dan kaya dengan aroma. 

Kelebihan:

  • Ciri anti-titisan
  • Dilengkapi dengan sistem pembuatan susu
  • Kapasiti tangki sebanyak 1.2 liter

Harga: RM420.00

Terdapat di: Shopee 

8. Nescafe Dolce Gusto BLACK / RED Genio 2 Coffee Machine

Nescafe Dolce Gusto BLACK / RED Genio 2 Coffee Machine menawarkan sistem automatik dengan lebih 10 jenis perasa kopi melalui kapsulnya. Direka dengan sistem tekanan pam tinggi sebanyak 15 bar,  teknologi ini memastikan kopi diekstrak dengan berkualiti tinggi. Selain itu, anda juga boleh memilih antara ketetapan sejuk dan panas dengan mudah. Terdapat juga ciri penjimatan tenaga dengan pemadaman automatik selepas lima minit. Pendek kata, ianya sesuai jika anda mencari mesin kopi untuk digunakan di rumah.

Kelebihan:

  • Mudah digunakan
  • Ketetapan antara sejuk dan panas
  • Pemadaman automatik

Harga: RM659.00

Terdapat di: Shopee 

9. Kitchenaid Cold Brew Coffee Maker 

Adakah anda peminat kopi jenis cold brew? Jika ya, Kitchenaid Cold Brew Coffee Maker amat sesuai untuk anda. Bahannya diperbuat dengan menggunakan komponen kaca dan keluli tahan karat yang berkualiti. Anda hanya perlu masukkan serbuk kopi yang telah dikisar ke dalam penapis dan juga air pada ruangan utamanya. Setelah itu, biarkannya selama sekurang-kurangnya 12 jam. Terdapat juga pili paip untuk memudahkan anda. Mesin kopi ini juga direka dengan pemegang dan saiz yang kompak, membolehkan anda membawanya ke mana-mana sahaja. 

Kelebihan:

  • Khas untuk kopi jenis cold brew
  • Kapasiti yang besar
  • Saiz kompak

Harga: RM699.00

Terdapat di: Laman website Kitchenaid

10. Giselle Coffee Machine  KEA0332FS 

Dengan harga yang murah dan ciri-ciri khas yang lengkap, Giselle Coffee Machine  KEA0332FS sememangnya antara mesin kopi yang terbaik di pasaran. Terdapat beberapa ketetapan yang anda boleh pilih dan laraskan untuk susu serta cara pembuatan kopi. Mesin ini mempunyai 19 bar kawalan suhu manual untuk rasa yang optimum. Ianya juga dilengkapi dengan ciri pembuatan susu agar anda boleh membuat pelbagai jenis kopi. Fungsi-fungsi  yang ditawarkan cukup canggih, oleh itu mesin ini sesuai untuk di rumah dan juga untuk perniagaan.

Kelebihan:

  • Pemadaman automatik
  • Sesuai untuk kopi serbuk, kapsul Nespresso dan Gusto
  • Boleh digunakan untuk dua cawan kopi pada satu masa

Harga: RM435.00

Terdapat di: Laman website HomePro

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.