Sepotong pizza pasti mampu membuatkan anda terliur dengan keenakannya. Dianggap sebagai antara makanan ruji masyarakat di barat, pizza cukup dikenali dengan rasa sos tomato manis yang diseimbangkan dengan keju serta beraneka topping dan kerak roti yang kenyal. Malahan, menurut sejarah, makanan ini mempunyai sejarah yang panjang, namun dikatakan bahawa tempat kelahiran piza moden adalah terletak di wilayah Campania di barat daya Itali, yang menempatkan bandar Naples. Jika anda sedang mengidam untuk makan pizza, usah risau kerana terdapat lambakan kedai pizza di sekitar Lembah Klang yang popular di kalangan peminat makanan.
Senarai Kedai Pizza Paling Best di Lembah Klang 2024
Contents
1. Mikey’s Original New York Pizza
Senarai kedai pizza di Lembah Klang pilihan kami adalah Mikey’s Original New York Pizza yang mempunyai beberapa cawangan. Sebagai penggemar restoran ini, kami amat menyukai pizzanya kerana saiz yang agak besar, doh yang nipis dan rangup serta beraneka pilihan yang klasik. Kami cadangkan anda mencuba Classic New York Pizza yang menawarkan rasa keju klasik dengan mozarella, sos tomato dan minyak zaitun, memang cukup sedap. Restoran ini juga popular kerana menawarkan saiz pizza sebesar 18 inci.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | United States of Food, G-08, USF 1MK MALL, 1, Jalan Kiara, Mont Kiara |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 11 am – 11 pm |
Nombor Telefon | +6012 523 5331 |
2. US PIZZA
Sebut sahaja US PIZZA, pasti ramai yang tahu akan restoran ini yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. Menu pizza mereka cukup beraneka dengan pilihan yang diinspirasikan daripada antarabangsa dan juga loakl seperti Italian Way Pizza, Tom Yam Chicken Delite Pizza, Sumo Seafood Pizza, dan Penang Special Pizza. Kami amat menyukai Alaska Fish n Chip Pizza yang menggandingkan jari ikan emas, dan sos tartar, rasanya amat menakjubkan dan berbeza dengan pizza lain yang kami pernah rasa. Selain diperakui halal, pizza mereka juga diperbuat menggunakan doh yang diadun dengan tangan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Klik link ini untuk lihat senarai cawangan |
Waktu Operasi | Klik link ini untuk lihat |
Nombor Telefon | Klik link ini untuk lihat |
3. WOP Pizzeria
Jika anda berada di sekitar Sri Hartamas, jangan lupa untuk singgah ke WOP Pizzeria. Berbeza dengan restoran lain, kami dapati mereka menggunakan roti jenis sourdough untuk pizza mereka. Yang paling best, pizzanya juga turut dibakar menggunakan ketuhar kayu api yang memberikan rasa asli. Menunya juga amat pelbagai dengan pilihan klasik yang sukar didapati di kedai pizza lain seperti Tartufo E Straciatella, Wagyu Karubi & Arugula dan Bianca Con Pomodorini. Jika anda sukar membuat pilihan, kami cadangkan anda mencuba Margherita yang mempunyai kombinasi sos tomato San Marzano, daun selasih, mozzarella, dan Parmiggiano Reggiano. Rasa dohnya begitu rangup dan nipis, manakala rasa pizza Margheritanya adalah antara yang terbaik kami pernah rasai.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | H-0-8, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Khamis hingga Selasa: 5.30 pm – 9.30PM |
Nombor Telefon | +603 6419 7530 |
4. CRUST
Di restoran CRUST, mereka menyajikan beraneka hidangan barat seperti burger, pasta, dan banyak lagi. Untuk peminat pizza, anda pasti akan menyukai pilihan pizzanya yang diperbuat menggunakan roti sourdough serta dibakar menggunakan ketuhar kayu api. Berdasarkan pengalaman kami, antara pizza yang wajib anda cuba adalah Salmon, Figaro dan juga Quattro Formaggi yang pasti membuatkan anda terliur. Kami dapati dekorasi restoran ini juga menarik dengan rekaan minimal serta tanaman hijau yang digantung di siling.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Unit #17, 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 11 am – 10 pm |
Nombor Telefon | +603 6419 5708 |
5. Phil’s Pizza
Kedai pizza paling best di Lembah Klang seterusnya adalah Phil’s Pizza. Kami pernah ke restoran ini beberapa kali dan hidangan pizzanya cukup menggamit selera. Selain sepotong pizza, anda juga boleh memilih pizza sebesar 12 atau 18 inci jika anda ingin berkongsi bersama rakan. Kami cadangkan anda mencuba pizza Beef Pepperoni mereka yang mempunyai rasa klasik yang enak dengan hirisan daging serta keju yang banyak.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | REXKL, 80 Jalan Sultan City Centre, Kuala Lumpur, 50000 |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 11 am – 10 pm |
Nombor Telefon | Tiada |
6. La Risata
La Risata mempunyai dua cawangan yang terletak di Damansara dan juga Ampang. Sejak dibuka pada tahun 1996, kedai pizza ini antara yang popular di kalangan penduduk tempatan kerana mereka menyajikan hidangan asli Itali, termasuk pizza dan pasta. Kami amat menyukai pizza mereka kerana ia dibakar secara tradisional menggunakan ketuhar kayu api. Selain rasa pizza yang asli, doh buatan mereka juga nipis dan amat ranggup. Pastikan anda mencuba Pizza Con Crema Di Tartufo E Manzo Essiccato All’aria.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 16, Persiaran Ampang, Kuala Ampang, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 11 – 3 pm, 6 pm – 11 pm |
Nombor Telefon | +603 4252 6269 |
7. Pizza Duo
Pizza Duo yang antara kedai pizza viral ini menawarkan beraneka menu dengan kualiti pizza yang menakjubkan. Di restoran ini anda akan dapat melihat pizza dibuat secara segar serta dibakar di dalam ketuhar neapolitan. Yang paling best, kebanyakkan ramuan mereka diimport dari Itali. Antara menu pizza yang kami sukai adalah Shroomami yang dihidangkan bersama truffle serta pizza Krapow yang mendapat inspirasi daripada hidangan Thailand.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Lot P10, Bamboo Hills, Taman Bukit Bambu, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Dibuka setiap hari: 11.30 am – 11.30 pm |
Nombor Telefon | +6012 599 2980 |
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.