13 Kasut Sukan Perempuan Popular Yang Pastinya Tampak Trendy Dan Stailo!

Selesa dan bergaya
By: Balqis Ariffin
November 2, 2022

Walaupun rata-rata daripada  orang ramai lebih mengutamakan pengayaan pakaian dan aksesori, kasut juga membuatkan ketrampilan anda tampak lebih menarik. Kasut atau sneakers bukan sahaja merupakan pelengkap bagi padanan pakaian anda, malahan ianya juga memberikan impak kelainan. Dengan trend yang lebih mengutamakan keselesaan, kasut sukan tidak terhad sahaja untuk dipakai sewaktu aktiviti bersukan. Terdapat lambakan kasut sukan perempuan dari pelbagai jenama yang menawarkan rekaan trendy yang pastinya membuatkan kamu tampak menarik. 

Selain rekaan yang mengutamakan keselesaan, kasut sukan juga mempunyai pelbagai fungsi dan sesuai untuk semua jenis acara, tidak kira santai mahupun formal. Jika anda sedang mencari kasut sukan perempuan untuk kegunaan seharian, terdapat beberapa tips yang anda perlu ketahui dan kami juga telah menyenaraikan beberapa sneakers yang popular untuk anda. 

Tips Untuk Memilih Kasut Sukan Yang Sesuai

Photo Oleh cottonbro di Pexels

Pilih Untuk Tujuan Kegunaan 

Sebelum anda membeli kasut sukan, pastikan anda memilih yang sesuai untuk tujuan kegunaan. Bagi anda yang sedang mencari kasut sneakers untuk aktiviti berolahraga, pilih model yang menawarkan ciri-ciri yang ringan, fleksibel, dan kawalan pergerakan. Manakala untuk kasut sukan perempuaan bagi kegunaan seharian, anda boleh mengutamakan rekaan yang trendy tetapi selesa. 

Saiz Yang Sesuai 

Saiz sesuatu kasut memainkan peranan penting sewaktu pembelian. Oleh itu, anda haruslah memastikan agar kasut pilihan anda mempunyai saiz yang tepat, tidak terlalu longgar atau ketat. 

Bahan Yang Berkualiti 

Kasut diperbuat dengan variasi bahan yang berbeza yang mempengaruhi kualiti sesuatu kasut. Utamakan kasut yang menawarkan bahan yang memberikan keselesaan kepada anda agar tidak menyebabkan melecet ataupun luka. Selain itu, bahan yang digunakan juga memastikan kasut tersebut boleh digunakan untuk jangka masa lama atau tidak. Anda disarankan untuk mencubanya sebelum membeli. Manakal bagi mereka yang membeli belah secara atas talian, anda boleh mengetahui melalui spesifikasi yang ditawarkan dan juga ulasan pengguna.

Senarai Kasut Sukan Perempuan Yang Popular Di Malaysia 2022

1. Koleksi Skechers Tokidoki

Koleksi terbaharu Skechers merupakan kollaborasi dengan Tokidoki yang menawarkan rekaan trendy untuk wanita. Ianya ditawarkan dalam empat rekaan menarik iaitu Sunny Street, Uno – Crossing Hearts, Uno 2 dan Upbeats. Kasut Sunny Street menampilkan watak Unicorno dengan warna yang terang dan Uno – Crossing Hearts direka dengan corak hati yang cukup sinonim dengan Tokidoki. Bagi mereka yang menyukai rekaan retro, Uno 2 amat sesuai dengan rekaan cetakan watak Tokidoki manakala, Upbeats amat seusai untuk digayakan setiap hati dengan rekaan kasut yang putih yang ringkas. 

Kelebihan:

  • Koleksi terhad
  • Rekaan untuk wanita
  • Sesuai untuk semua acara

Harga: Sunny Street (RM399), Uno – Crossing Hearts (RM399), Uno 2 (RM399) dan Upbeats (RM399)

Terdapat di: laman website Skechers, Shopee dan Lazada

2. Adidas Yeezy Boost 380

Bagi anda yang mencari kasut sukan perempuan popular dan trendy, Adidas Yeezy Boost 380 harus menjadi pilihan utama anda. Rekaannya amat unik dengan tapak yang agak tebal untuk keselesaan sempurna. Ianya direka secara inovatif menggunakan Primeknit yang menampilkan tenunan tarikan tulang herring pada tapak luar.  Selain itu, kasut sukan ini juga ditawarkan dalam saiz kanak-kanak perempuan. Walaupun harganya mahal, produk Yeezy ini tampak mewah dan tahan lama. 

Kelebihan:

  • Selesa
  • Tampak mewah
  • Senang dipadankan untuk semua jenis pakaian

Harga: RM1,100.00

Terdapat di: laman website Adidas

3. Nike Air Zoom Alphafly NEXT% 2

Nike Air Zoom Alphafly NEXT% 2 menampilkan rekaan yang ringan, tapak yang tebal dan ketahanan yang luar biasa. Ciri-ciri yang ditawarkan sesuai bagi mereka yang mencari kasut sukan perempuan untuk aktiviti olahraga. Rekaannya juga mengutamakan keselesaan untuk pemakai tanpa mengkrompomi kelajuan. Ianya diperbuat dengan bahan berkualiti iaitu AtomKnit yang diketahui amat ringan. Tapak kasutnya pula direka menggunakan data daripada ratusan pelari untuk memberikan cengkaman pada seluruh tapak kaki. 

Kelebihan:

  • Amat ringan
  • Diperbuat dengan bahan AtomKnit
  • Tapak yang tebal

Harga: RM1,209.00

Terdapat di: laman website Nike 

4. PUMA x DUA LIPA Cell Dome King ML Women’s Trainers

PUMA berkoloborasi bersama DUA LIPA untuk menampilkan koleksi kedua mereka. Tetapi  kasut Cell Dome King ML Women’s Trainers sudah pastinya menarik perhatian para wanita. Tidak seperti kasut sukan perempuan lain yang menawarkan rekaan yang agak ringkas, kasut ini ditawarkan dalam warna menarik iaitu merah jambu, oren dan hijau. Dengan inspirasi tahun 90an, rekaannya menampilkan tapak CELL yang tebal dan juga bahagian lidah kasut yang boleh ditanggalkan. 

Kelebihan:

  • Lidah kasut dengan logo Puma yang boleh ditanggalkan
  • Warna menarik
  • Kemasan yang tampak metalik 

Harga: RM799.00

Terdapat di: laman website Puma 

5. Reebok Royal Ultra Shoes

Reebok Royal Ultra Shoes sesuai bagi mereka yang menyukai rekaan yang ringkas tetapi tampak bergaya. Tapak tengahnya diperbuat dengan Die-cut EVA untuk membantu menyerap kejutan dan hentaman untuk keselesaan. Manakala tapak luarannya diperbuat dengan getah yang berkualiti tinggi agar tahan lama dan tidak cepat haus. Di dalam, kasutnya dikelilingi dengan kusyen untuk keselesaan. Dengan rekaan dan ciri yang bagus, kasut sukan ini amat sesuai untuk kegunaan seharian anda. 

Kelebihan:

  • Rekaan yang ringkas
  • Logo Reebok yang tertera di bahagian luar kasut
  • Tahan alam

Harga: RM144.99

Terdapat di: Laman website Runner Inn

6. New Balance 327

New Balance 327 menampilkan rekaan yang cukup sinonim dengan kasut berjenama ini, terutama logonya.  Tapaknya juga tebal dengan lapisan getah yang diinspirasikan daripada kasut 320, 355, dan Supercomp. Manakala lidah kasutnya pula menampilkan rekaan retro dengan logo New Balance. Kasut yang direka khas untuk perempuan ini sangat sesuai untuk seharian dengan keselesaan yang ditawarkannya. Dengan harga yang berpatutan, ianya amat sesuai untuk mereka yang mencari kasut di bawah RM500 yang murah. 

Kelebihan:

  • Rekaan yang retro
  • Tapak dengan ketahanan luar biasa
  • Kusyen dalaman yang selesa 

Harga: RM335.30

Terdapat di: laman website New Balance 

7. Vans x Stranger Things Authentic 

Vans x Stranger Things Authentic merupakan kasut sukan perempuan berjenama yang menjadi pilihan kami.  Ianya menampilkan rekaan dengan corak yang diinspirasi daripada siri rancangan popular di Netflix, Stranger Things terutamanya watak Argyle. Jika anda lihat dengan lebih dekat, anda akan dapati rekaannya mempunyai cetakan petak hitam putih, logo pizza dan pokok palma dengan style pada tahun 80an. Tapak getahnya menampilkan ciri ala waffle yang sinonim dengan jenama Vans. 

Kelebihan:

  • Rekaan trendy
  • Koleksi yang diinspirasi dari Stranger Things
  • Selesa

Harga: RM379.00

Terdapat di: laman website Vans

8. B.U.M Equipment Ladies Sport Shoes 

Adakah anda sedang mencari kasut sukan perempuan yang murah?  Usah risau kerana anda tidak perlu berbelanja besar hanya untuk mendapatkan kasut yang terbaik. B.U.M Equipment Ladies Sport Shoes mempunyai rekaan dan ciri yang setanding dengan jenama yang mahal. Ianya direka dengan lidah kasut dan kusyen dalaman yang selesa untuk membantu menyokong tendon Achilles. Selain beratnya yang amat ringan, tapaknya juga membantu menyerap kejutan apabila waktu bersukan. Dengan warna yang trendy dan menarik, kasut ini juga sesuai untuk digunakan seharian. 

Kelebihan:

  • Harga yang murah
  • Warna menarik
  • Ringan

Harga: RM79.00

Terdapat di: laman website B.U.M Equipment

9. North Stars Women Sneakers 

Kasut sarung rekaan North Stars Women Sneakers ini cukup selesa untuk aktiviti bersukan ataupun kegunaan seharian. Tapak tebalnya diperbuat dengan PVC (polyvinyl chloride) agar tahan lama dan untuk keselesaan pemakai. Walaupun rekaannya agak ringkas, bahan yang digunakan cukup berkualiti untuk memastikan kasut tersebut ringan dan juga telap udara. Ianya bukan sahaja murah tetapi kasut ini amat sesuai untuk perempuan dan juga kanak-kanak. 

Kelebihan:

  • Ringan
  • Harga yang murah
  • Bahan telap udara

Harga: RM79.99

Terdapat di: laman website Bata 

10. Fila Disruptor II Women’s

Fila Disruptor II Women’s sangat sesuai bagi mereka yang mengutamakan gaya yang trendy. Kasut ini diperbuat dengan campuran kulit dan bahan sintetik untuk memberikan kemasan yang tampak mewah. Tapak yang tebalnya pula memastikan kaki anda kekal selesa untuk jangka masa lama. Selain itu, ianya juga direka untuk memberikan cengkaman yang kuat. Dengan warna putih salji dan cetakan jenama Fila pada bahagian luarnya, kasut ini cukup stailo untuk anda. 

Kelebihan:

  • Tapak yang tebal dengan cengkaman kuat
  • Kusyen dalaman yang selesa
  • Gaya trendy dan mewah 

Harga: RM349.00

Terdapat di: laman website JD Sports

11. Under Armour Women’s UA Phade RN 2 Running Shoes

Jika anda sedang mencari kasut sukan perempuan untuk aktiviti bersukan, Under Armour Women’s UA Phade RN 2 Running Shoes pastinya sesuai untuk anda. Kasut ini amat ringan dengan bentuk rekaannya yang memberikan sokongan pada pemakai. Di bahagian dalamnya, terdapat ‘sockliner’ yang boleh ditanggalkan untuk keselesaan pada bawah kaki. Manakala, tapak kasut tengah pula menampilkan kusyen EVA dan tapak luar getahnya direka untuk fleksibiliti tambahan. Meskipun kasut jenama ini terkenal dan berkualiti, harganya juga murah.

Kelebihan:

  • Ringan
  • Tapak yang direka untuk keselesaan dan fleksibiliti
  • Bahagian sockliner yang boleh ditanggalkan

Harga: RM179.00

Terdapat di: Laman website Under Armour 

12. Bata POWER Women Grey Running Shoe

Bata POWER Women Grey Running Shoe menampilkan ciri-ciri ringan dan selesa, menjadikannya antara kasut sukan perempuan yang terbaik. Diperbuat daripada kulit sintetik yang berkualiti tinggi dan mesh, kasut ini amat sesuai untuk sewaktu bersukan dan juga penggunaan harian. Rekaan kasut berwarna kelabu ini juga ringkas tanpa nampak terlalu keterlaluan. Jika anda sedang mencari kasut sukan perempuan bawah RM100, ianya amat sesuai untuk anda.

Kelebihan:

  • Rekaan yang ringkas
  • Harga yang murah
  • Sesuai untuk penggunaan harian

Harga: RM70.00

Terdapat di: Zalora 

13. Asics Novablast 3 Women Running Shoes

Dengan rekaan serta warna yang kontra, Asics Novablast 3 Women Running Shoes sememangnya menarik. Kasut ini direka dengan inspirasi dari bentuk geometri origami pada bahagian tapak hadapan dan tengah. Lidah kasut pula menampilkan rekaan sayap yang unik untuk memastikan keselesaan pemakai. Selain itu, bentuknya juga dikukuh dengan rekaan tumit yang membantu menyokong kaki agar lebih kawalan. 

Kelebihan:

  • Rekaan unik
  • Ringan
  • Bentuk kasut yang memastikan keselesaan dan keseimbangan

Harga: RM529.00

Terdapat di:  Zalora

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.