13 Hadiah Terbaik Untuk Hari Ibu Bagi Meraikan Insan Istimewa Anda

Senarai hadiah yang pasti membuat kejutan
By: Balqis Ariffin
May 6, 2022

Apabila sebut sahaja Hari Ibu, pasti ramai yang masih tercari-cari hadiah untuk menzahirkan rasa kasih sayang. Walaupun hadiah tidak akan mampu membalas jasa ibu, ianya pasti cukup bermakna untuk meraikan ibu tersayang pada hari istimewa ini. Jika anda berasa buntu, usah risau kerana senarai hadiah ibu terbaik ini pasti mampu memberi kejutan kepada ibu anda. Untuk mereka yang tidak pasti mahu memberi kejutan apa untuk hadiah hari ibu, kami telah menyenarai pendek pelbagai jenis hadiah seperti tas tangan, telekung, alat pengurut, dan perkakas memasak.

Hadiah Untuk Hari Ibu yang Pasti Bermakna Buat Ibu Tersayang

1.Siti Khadijah Broderie Hua Li

Diperbuat dengan kain berkualiti tinggi, Telekung Broderie Hua Li oleh Siti Khadijah mempunyai tekstur yang amat lembut. Ianya direka dengan inspirasi daripada kebaya nyonya. Di bahagian hadapan telekung terdapat potongan pada tengah dan renda yang disulam. Ianya juga direka agar sesuai dengan semua jenis bentuk muka. Telekung ini ditawarkan dalam beberapa warna yang menarik seperti putih dan merah jambu.

Harga: RM538.00

Terdapat di: Laman website Siti Khadijah 

2. Pandora Sparkling Round Halo Ring

Jika anda sedang mencari hadiah ibu terbaik, Pandora Sparkling Round Halo Ring amat sesuai untuk anda. Dengan ukiran klasik, cincin tersebut disalut dengan emas 14K  dan mempunyai batu berbentuk bulat yang dikelilingi dengan zirconia kubik. Logo Pandora tertera dengan jelas di bahagian dalam cincin.

Harga: RM479.00

Terdapat di: Laman website Pandora 

3.Fossil Kier Vegan Cactus Tote

Untuk mereka yang mencari kelainan bagi hadiah untuk hari ibu, kami cadangkan agar anda membuat kejutan pada hari istimewa ini dengan tas tangan daripada Fossil. Khususnya koleksi Kier Vegan Cactus Tote yang diperbuat dari vegan cactus  amat sesuai kerana ianya mempunyai ruang utama dan poket zip yang boleh ditanggalkan. Dengan tona warna camel brown, tas tangan ini sesuai digayakan dalam semua acara. 

Harga: RM1369.00

Terdapat di: Laman website Fossil 

4. Michael Kors Gen 6 Bradshaw Pavé Two-Tone Smartwatch and Logo Strap Set

Jika ibu anda seorang yang menggemari aksesori fesyen, Michael Kors Gen 6 Bradshaw Pavé Two-Tone Smartwatch and Logo Strap Set amat sesuai untuk anda. Jam tangan ini dilengkapi dengan pemantau denyutan jantung, penderia SpO2 dan teknologi yang serasi dengan telefon canggih seperti iPhone dan Android. Selain direka sebagai kalis air, jam tangan ini boleh dicaj dua kali lebih pantas berbanding jam tangan pintar yang lain. Talinya juga boleh ditukar ganti dengan mudah. 

Harga: RM2249.00

Terdapat di: Laman website Michael Kors

5. OGAWA Snazzy Touch Rechargeable Hand Held Massager

Setelah penat seharian bekerja, alat pengurut pasti mampu mengurangkan sakit sendi dan keletihan. OGAWA menampilkan Snazzy Touch Rechargeable Hand Held Massager yang mempunyai rekaan unik yang boleh digunakan pada pelbagai badan.  Ianya juga mudah alih dan direka tanpa wayar memudahkan anda untuk menggunakannya pada bila-bila masa. Alat pengurut ini dilengkapi dengan tiga alat berbeza yang boleh ditukar. 

Harga: RM449.00

Terdapat di: Laman website OGAWA 

6.Nespresso C122 CitiZ & Milk Coffee Machine 

Masih mencari hadiah untuk hari ibu? Nespresso C122 CitiZ & Milk Coffee Machine pasti sesuai untuk ibu tersayang. Ianya turut dilengkapi dengan mesin susu panas, memudahkan untuk anda membuat minuman dengan satu sentuhan butang. Mesin kopi ini mempunyai rekaan yang moden sesuai untuk seisi rumah. 

Harga: RM1,299.00

Terdapat di: Laman website Harvey Norman 

7. Apom The Most Terrer Mom in Malaysia T-Shirt

Baju t-shrit daripada Apom ini pasti membuatkan kejutan pada hari ibu ini.  Terukir ayat “The Most Terrer Mom in Malaysia” pada bahagian tengah baju berwarna merah jambu ini. Diperbuat daripada kain kapas, ianya amat selesa dan sesuai dipakai tanpa menyebabkan kesan berlengas. Baju t-shirt ini ditawarkan dalam saiz XS,S,M,L dan XL.

Harga: RM50.00

Terdapat di: Laman website Apom 

8.Printcious Mother’s Day I Love You, Mom Mug 

Sempena hari ibu ini, anda tidak semestinya perlu berbelanja besar untuk meraikan orang tersayang. Cawan comel ini tertera perkataan “I Love You, Mom” dan ianya sudah semestinya cukup untuk menzahirkan rasa kasih sayang anda. Ianya terdapat dalam pelbagai jenis warna seperti hitam, briu, putih, merah jambu dan hijau. Malahan, anda juga boleh menambah gambar peribadi sebagai sentuhan 

Harga: RM29.90

Terdapat di: Laman website Printcious

9. Tefal Fresh Start 6 pieces of Non Stick Cookware Set

Hadiahkan ibu anda dengan Tefal Fresh Start 6 pieces of Non Stick Cookware Set sempena hari ibu ini. Diperbuat menggunakan THERMO-SIGNAL® teknologi, ianya memastikan suhu yang bersesuaian agar tekstur, rasa dan warna makanan terasa sedap. Set alat memasak ini mengandungi pelbagai jenis kuali dan periuk. Ianya juga disalut dengan titanium, menjadikan alatan memasak ini tahan lama. Malahan set alat memasak ini juga sesuai untuk dapur memasak jenis elektrik, gas mahupun seramik. 

Harga: RM279.00

Terdapat di: Shopee 

10. Coach Wire Butterfly Frame Sunglasses

Dengan rekaan unik yang moden, Coach Wire Butterfly Frame Sunglasses amat sesuai sebagai hadiah untuk hari ibu. Bingkai besinya diinspirasi daripada rama-rama, manakala kanta berwarna gelapnya amat sesuai untuk dipakai ke mana-mana sahaja. Rekaan cermin mata berjenama ini juga memastikan pemakainya berasa selesa untuk jangka masa lama. Jika ibu anda meminati fesyen, Coach Wire Butterfly Frame Sunglasses pasti membuatkan dia teruja.

Harga: RM 658.80

Terdapat di: Zalora 

11.HOOGA Black Series Reed Diffuser

Aroma wangi daripada HOOGA Black Series Reed Diffuser semestinya membuatkan ruang kediaman anda terasa lebih menyenangkan. Terdapat dalam koleksi lima aroma berlainan, anda boleh memilih wangian yang bersesuaian dengan ibu anda.  Black Series Reed Diffuser oleh HOOGA merupakan antara produk trending yang menajdi pilihan ramai. Malahan ianya juga tahan lama dan mudah digunakan, anda hanya perlu meletakkannya di suatu sudut di rumah.

Harga: RM49.90

Terdapat di: Laman website HOOGA

12. Flower Chimp Timeless Beauty 

Walaupun hadiah bunga untuk hari ibu tampak cliche, sejambak bunga cukup sinonim sebagai kejutan untuk hari yang bersejarah ini. Timeless Beauty oleh Flower Chimp menampilkan gubahan bunga yang terdiri daripada pokok bunga teluki dan ros. Ianya turut diikat dengan hiasan reben berwarna putih. Anda boleh memilih untuk membuat penambahan seperti belon, coklat, kek dan patung. 

Harga: RM129.00

Terdapat di: Laman website Flower Chimp

13. Beryl’s Mother’S Day Special My Mum Is Amazing Hamper Set

BeryLl’s Mother’S Day Special My Mum Is Amazing Hamper Set dijual khas khusus untuk hari ibu ini. Hamper hadiah untuk hari ibu ini mengandungi tiga bahan iaitu Beryl’s Heart Tin Almond Coated with Gianduja Milk Chocolate, Beryl’s Assorted Almond White Milk, Dark Chocolate dan Double Chocolate Chips Cookies. 

Harga: RM80.00

Terdapat di: Laman website Beryl

Pastikan untuk ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.