7 Senarai Gim Di KL Ini Hanya Khas Untuk Wanita Sahaja!

Bersenam tanpa rasa gusar!
By: Balqis Ariffin
January 13, 2023

Dengan kesibukan kehidupan seharian, pasti ramai antara kita yang tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Oleh itu tidak hairanlah ramai orang menggunakan masa yang terhad ini untuk bersenam. Aktiviti ini bukan sahaja membantu meningatkan kecergasan, malahan ianya dapat menyihatkan tubuh badan anda juga. Untuk para wanita di luar sana, bersenam merupakan salah satu cara untuk mendapat berat badan yang ideal. Namun, suasana di gim pastinya membuat anda berasa tidak selesa sewaktu bersenam dan sesetengah peralatan yang tersedia juga tidak sesuai untuk wanita. Usah risau, kerana terdapat beberapa gim di KL yang dibuka khas untuk wanita.

Senarai Gim Di KL Yang Khas Untuk Wanita

1. KOA Fitness

Dengan rating yang tinggi, KOA Fitness merupakan gim di KL yang dibuka khas untuk wanita. Mereka menawarkan beberapa kelas kecergasan seperti Booty Pump, Lean ‘N Mean, Triple A dan Shred. Terdapat juga kelas persendirian untuk mereka yang menyukai sesi bimbingan daripada jurulatih. Program kecergasan ini direka khas untuk membantu anda mencapai matlamat. Harga untuk program latihan peribadi bermula dari RM180.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatB-G-07, Gateway Corporate Suites, No.1 Jalan Desa Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Nombor Telefon+6011 6455 8912
Waktu OperasiIsnin sehingga Jumaat: 7 pagi – 9 malam.Sabtu dan Cuti Umum: 9 pagi – 3 petang

2. Curves

Curves adalah rangkaian gim yang mempunyai kira-kira lapan cawangan di seluruh Malaysia. Terkenal dengan senaman 30 minit, program ini dicipta khusus untuk golongan wanita bagi membakar 500 kalori dalam setengah jam sahaja. Terdapat empat jenis program kecergasan yang ditawarkan iaitu Curves Workout, Curvessmart, Powerjam dan Strength Training. Setiap senama tiga komponen penting untuk meningkatkan kecergasan, fleksibiliti dan penurunan berat badan. Jika anda mencari gim untuk muslimah, Curves harus menjadi pilihan utama anda.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatKlik sini untuk lihat senarai cawangan
Nombor TelefonKlik sini untuk lihat nombor telefon setiap cawangan
Waktu OperasiKlik sini untuk lihat

3. Phillip Wain 

Phillip Wain merupakan kelab kesihatan dan kecantikan yang dibuka secara eksklusif untuk wanita. Tempat ini juga dilengkapi dengan spa yang menawarkan urutan, rawatan wajah dan badan. Manakala untuk gimnya pula, terdapat beberapa kelas yang anda boleh mencuba kelas seperti MetaFit, Aerobic Class, Aerial YogaFree Dance, Total Body Resistance (TRX) and Strong by Zumba. Manakala, untuk kelas persendirian pula, anda akan dibimbing oleh jurulatih peribadi mereka yang berpengalaman. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatLevel 2, Mercu 2, No. 3, Jalan Bangsar, KL ECO City, 59200 Kuala Lumpur
Nombor Telefon+603 2092 2200
Waktu OperasiIsnin sehingga Jumaat: 7 pagi – 9 malam. Sabtu: 7 pagi – 6 petang. Ahad: 11 pagi – 6 petang

4. Lola Fitness Studio

Untuk mereka yang lebih menyukai tarian berbentuk senaman, pastikan anda ke Lola Fitness Studio. Tempat ini menawarkan jazzexercise, yang merupakan gabungan antara senaman dan tarian jazz. Mereka menawarkan RM20 untuk satu kelas dalam studio.Tetapi, kami mencadangkan agar anda memilih program keahlian mereka yang berharga RM200 untuk pas tanpa had dan RM100 untuk 10 kelas pilihan anda. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatG67-1, Jalan Teknologi 3/9, Bistari De Kota, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nombor Telefon+6012 2747 468
Waktu OperasiLihat jadual waktu setiap kelas di link ini

5. Feminine Fitness Force

Gim di KL khas untuk wanita yang menjadi pilihan kami seterusnya ialah Feminine Fitness Force. Mereka menawarkan beberapa program kecergasan yang amat sesuai untuk semua peringkat tahap. Jika anda ingin mencuba senaman yang intensif, kami sarankan anda program HIIT yang membantu mengawal berat dan menyingkirkan toksin. Gim ini dilengkapi dengan peralatan senaman yang canggih dan suasananya juga amat selesa. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatJalan Bazar U8/99 Bukit Jelutong 40150 Shah Alam, Selangor
Nombor Telefon+6018 229 0265
Waktu OperasiIsnin sehingga Jumaat: 8 pagi – 9 malam

6. STOMP Fitness Studio

Ditubuhkan pada tahun 2002, STOMP Fitness Studio menawarkan kelas berunsurkan tarian dan juga senaman. Selain jazzexercise, anda juga boleh mengikuti kelas zumba dan yoga. Tambahan lagi, buat mereka yang sibuk, terdapat juga kelas yang dilakukan atas talian. Dengan harga yang murah serta jurulatih yang bertauliah, STOMP Fitness Studio merupakan antara gim di kl yang kgas untuk wanita yang popular.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatSTOMP PJ:
No. 30-3 (2nd Floor), Jalan 14/22, 46100, Petaling Jaya, Selangor

STOMP Ara Damansara:
No. G-2-05, Block G, 2nd Floor, Jalan PJU 1A/3, Ara Damasara, 47301, Petaling Jaya, Selangor

STOMP Bandar Sri Damansara:
No. 5-2 (2nd floor), Jalan Ara SD7/3A, Bandar Sri Damasara, 52200, Selangor
Nombor Telefon+6011 2121 7037
Waktu OperasiLihat jadual waktu kelas di link ini 

7. My Addict Fitness

My Addict Fitness merupakan butik kecergasan untuk wanita yang menawarkan pelbagai jenis kelas. Antara kelas yang ditawarkan adalah aerial yoga, kelas persendirian, fisio, pilates dan banyak lagi. Manakala untuk kelas berkumpulan pula, anda boleh memilih antara wanderlust yoga, calorie killer, TRX suspension training dan fitness boxing. Pakej yang tersedia bermula dari harga RM340 sehingga RM2220.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatH-1-15 , Plaza Arkadia, Jalan Intisari Perdana , 52200 Desa Park City, Kuala Lumpur
Nombor Telefon+6017 543 1688
Waktu OperasiIsnin sehingga Jumaat: 6 pagi – 9 malam. Sabtu: 8 pagi – 4 petang. Ahad: 8 pagi – 4 petang 

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.