10 Breast Pump Terbaik Di Malaysia Yang Disukai Oleh Para Ibu

Wajib dimiliki oleh ibu
By: Balqis Ariffin
December 22, 2022

Untuk mereka yang akan menjadi bakal ibu, proses mengandung sehingga bersalin sudah semestinya menjadi antara memori yang tidak dapat dilupakan. Dengan kehadiran anak kecil yang baru, terdapat banyak senarai barangan keperluan yang perlu disiapkan terutamanya breast pump. Walaupun alat ini tampak ringkas, ianya memudahkan proses penyediaan susu ketika waktu sibuk. Dengan lambakan produk breast pump terbaik yang menawarkan ciri pintar khas tersendiri, senarai ini pastinya membantu anda membuat pilihan dengan mudah. 

Tips Memilih Breast Pump Yang Sesuai Untuk Anda

Photo by Sarah Chai on Pexels

Jika anda berasa rungsing dengan lambakan breast pump di pasaran, usah risau kerana tips ini membantu anda memilih produk yang sesuai untuk anda.

  • Kos: Breast pump elektrik menawarkan harga yang lebih mahal berbanding manual. Namun ciri-cirinya amat inovatif dan sesuai digunakan pada masa kini. Meskipun begitu, kos produk tersebut haruslah selaras dengan bajet anda. Kami cadangkan agar anda memilih produk yang sesuai dengan bajet serta ciri-ciri yang anda inginkan.
  • Berat: Sebelum anda beli, pastikan anda melihat saiz kerana breast pump yang berat seringkali menyebabkan ketidakselesaan
  • Mudah Alih: Jika anda bekerja, anda disarankan untuk membeli breast pump yang mudah alih
  • Bunyi: Selari dengan perkembangan teknologi, kebanyakkan breast pump menawarkan gelombang bunyi yang perlahan, membolehkan anda menggunakannya di mana sahaja
  • Bebas Tangan: Breast pump yang bebas tangan semestinya lebih mudah tanpa perlu sebarang kord atau wayar ketika penggunaan
  • Kapasiti: Jumlah kapasiti susu yang boleh disimpan haruslah juga berdasarkan penghasilan susu anda. Selalunya jumlah susu yang dihasilkan adalah antara 570 sehingga 900 mL

Senarai Breast Pump Terbaik Di Malaysia

1. Elvie Double Electric Breast Pump

Dengan saiznya yang kecil dan teknologi yang inovatif, Elvie Double Electric Breast Pump diketahui antara breast pump terbaik. Produk ini dilengkapi dengan pump Piezo untuk ciri yang senyap dan pintar berbanding breast pump yang lain. Ianya juga direka untuk mimik penyusuan bayi tanpa sebarang ketidakselesaan. Yang paling best, anda boleh selitkan produk ini dengan mudah ke baju dalam dan sambil itu anda boleh lakukan kerja harian. Oleh itu, ianya amat sesuai untuk ibu yang bekerja. Anda boleh memilih antara dua mod dan tujuh ketetapan yang bersesuaian dengan anda. 

Kelebihan:

  • Boleh dicas semula
  • Saiz yang kecil
  • Tidak perlu tiub atau kord
  • Ciri pintar dengan aplikasi

Harga: RM2,649.00

Terdapat di: Shopee

2. Haenim Nexus Fit Breast Shield Set

Haenim Nexus Fit Breast Shield Set direka dengan pelindung silikon berpaten untuk kesesuaian yang optimum. Ianya juga mempunyai ciri anti blackflow yang menghalang aliran balik dan poket udara daripada terbentuk. Selain rekaannya yang ergonomik, breast pump ini mempunyai silikon berkualiti tinggi untuk proses pengempaman yang mudah dan selesa. 

Kelebihan:

  • Tahan lama
  • Saiz yang kecil dan ringan
  • Rekaan ergonomik

Harga: RM299.00

Terdapat di: Laman website Haenim

3. Imani Hands Free Breast Pump I2 Gen2

Imani Hands Free Breast Pump I2 Gen2 mempunyai dua mod iaitu masssage dan expression, berserta dengan lima tahap ketetapan. Dengan rekaan yang kecil dan ringan, breast pump ini membolehkan anda menggunakannya di mana-mana sahaja. Dilengkapi dengan bateri, ianya boleh digunakan selama tiga jam berterusan dan hanya mengambil dalam dua jam lebih untuk dicas penuh. Antara ciri-ciri pintar lain yang ada ialah anti backflow, paparan LED dan auto off setelah penggunaan selama 20 minit. 

Kelebihan:

  • Tanpa sebarang bunyi
  • Saiz kecil
  • Paparan LED

Harga: RM539.00

Terdapat di: Laman website Imani

4. Original Luxe Bearmom Hands Free Breast Pump 

Original Luxe Bearmom Hands Free Breast Pump merupakan antara pilihan utama para ibu. Produk ini menawarkan empat jenis mod iaitu auto, massage, expression dan lactation.  Malahan, ianya juga mempunyai 12 tahap sedutan yang boleh ditukar dengan sentuhan mudah melalui paparan LEDnya. Walaupun reka bentuknya nipis, produk ini mempunyai isipadu sebanyak 160ml. 

Kelebihan:

  • Ciri pintar anti backflow
  • Mudah alih
  • Selesa

Harga: RM629.00 – RM656.00

Terdapat di: Laman website Bearmom 

5. Philips Avent Double Electric Breastpump SCF398/11

Jika anda sedang mencari breast pump terbaik, pasti anda akan lihat Philips Avent Double Electric Breastpump SCF398/11 dalam senarai. Produk ini mempunyai ciri-ciri dan kelebihan terbaik berbanding breast pump lain. Ianya direka dengan  Teknologi Natural Motion yang membantu proses mengepam susu dengan mudah dan dalam masa yang singkat. Terdapat 16 tetapan expression dan 8 tetapan simulasi yang anda boleh pilih. 

Kelebihan:

  • Kusyen silikon yang selesa
  • Dilengkapi dengan fungsi memori
  • Bateri yang boleh dicas

Harga: RM1,599.00

Terdapat di: Lazada 

6. MafaBabe Wireless Breast Pump 

MafaBabe Wireless Breast Pump amat sesuai jika anda sedang mencari breast pump yang mudah alih dan tanpa sebarang bunyi. Produk ini mempunyai lima tahap ketetapan yang boleh diselaraskan berserta fungsi memori, mod massage dan mod pumping. Diperbuat dengan kusyen silikon yang lembut, ianya amat selesa dan tidak menyebabkan kerengsaan. Ianya juga mudah digunakan dan dibersihkan, menjadikannya sesuai untuk ibu yang bekerja. 

Kelebihan:

  • Bunyi yang perlahan
  • Mudah dibersihkan
  • Direka dengan silikon yang lembut 

Harga: RM469.00

Terdapat di: Lazada 

7. Anakku Manual Breast Pump

Bagi mereka yang lebih menyukai prdouk yang bercirikan manual, Anakku Manual Breast Pump harus menjadi pilihan utama anda. Produk ini bukan sahaja mudah alih, malahan ianya mengeluarkan bunyi yang sangat perlahan. Oleh itu, breast pump ini sesuai untuk digunakan di mana sahaja. Rekaan bentuknya membantu merangsang pengempamam susu secara semula jadi. Silikon dan botolnya diperbuat dengan bahan berkualiti tinggi agar tahan lama. Anakku Manual Breast Pump sememangnya terbaik dan juga murah.

Kelebihan:

  • Mudah Alih 
  • Senyap
  • Saiz bibir pam yang selesa

Harga: RM74.90

Terdapat di: Laman website Anakku 

8. Spectra S1 Breast Pump

Dengan ciri khasnya yang setanding dengan di hospital, Spectra S1 Breast Pump merupakan produk yang laris dijual di seluruh dunia. Breast pump elektrik yang mudah alih ini dilengkapi dengan 12 tetapan expression dan lima mod massage. Mesinnya juga dilengkapi dengan paparan LED dan menghasilkan gelombang bunyi yang amat perlahan.  Tambahan lagi, ianya mempunyai dua mod cahaya yang boleh diselaraskan agar anda boleh menggunakannya dengan mudah pada waktu malam. 

Kelebihan:

  • Mudah alih
  • Berkualiti tinggi dengan gred setanding di hospital
  • Ciri anti backflow 

Harga: RM1,438.30

Terdapat di: Laman website Spectra

9. Shapee Milkee Lab Lacfree Wearable Breast Pump

Shapee Milkee Lab Lacfree Wearable Breast Pump direka dengan Teknologi Two-phase Expression yang membantu mimik penyusuan bayi untuk proses yang optimum. Selain saiz yang ringan dan mudah alih, produk ini juga tidak memerlukan sebarang kord atau wayar. Walaupun saiznya tampak kecil, breast pump ini boleh menyimpan sebanyak 150ml susu. Dengan cas penuh, anda juga boleh menggunakannya sebanyak dua sehingga empat kali. 

Kelebihan:

  • Paparan LED yang mudah digunakan
  • Boleh dicas dengan usb
  • Fungsi auto off setelah 20 minit

Harga: RM199.00

Terdapat di: Laman website Shapee 

10. Medela Solo Single Electric Breast Pump

Medela menampilkan Solo Single Electric Breast Pump yang direka dengan ciri saiz kecil, efektif dan mudah digunakan. Dengan Teknologi Two-phase Expression, ianya  menawarkan proses yang berdasarkan penyusuan bayi. Manakala, PersonalFit Flex™ pula memastikan breast pump ini sesuai dengan anda untuk keselesaan. Produk ini mempunyai bateri yang boleh dicas semula dengan penyambung USB. Selain itu, anda boleh menggunakannya tanpa perlu mengecas semula sehingga enam sesi mengepam.

Kelebihan:

  • Bateri yang tahan lama
  • Mudah digunakan
  • Saiz kecil

Harga: RM1,099.00

Terdapat di: Shopee

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.