Majlis keraian pastinya tidak lengkap tanpa pakaian tradisional, terutamanya baju kurung bagi golongan wanita. Baju kurung merupakan pakaian tradisional masyarakat Melayu yang sering dipakai sewaktu acara rasmi. Untuk anda yang tidak mengetahuinya terdapat beberapa jenis baju kurung seperti Baju Kurung Cekak Musang dan Baju Kurung Teluk Belanga. Namun, dengan peredaran zaman, busana baju kurung ini direka dengan bentuk moden agar sesuai dengan pengayaan pada masa kini. Jika anda sedang mencari baju kurung moden untuk upacara majlis rasmi, senarai pilihan orang ramai ini pastinya membantu anda untuk membuat pilihan.
Senarai Baju Kurung Moden di Malaysia 2022
Contents
- Senarai Baju Kurung Moden di Malaysia 2022
- 1. Alia B Celeste Kurung
- 2. Jovian Heritage Qaseh In Beige Cream
- 3. NH by Nurita Harith Tasneem Kurung
- 4. Mimpikita Karina Lilac Pleated Kurung
- 5. Poplook Linen Widuri Blouse And Skirt Mustard
- 6. Bella Ammara Kurung Printed Naira White
- 7. Ariani Claudia In Pink
- 8. Cala Qisya Taraa In Blueprint
- 9. Kamdar Zayana Kebaya Songket
- 10. IMAAN Boutique Kurung Moden Anggun Burnt Orange
1. Alia B Celeste Kurung
Celeste Kurung merupakan baju kurung moden untuk koleksi “Dreams” oleh Alia B. Rekaan kontemporari ini menampilkan bentuk tidak simetri dengan garis leher cowl yang unik. Manakala, bajunya pula direka dengan korset bergaris di bahagian dalam untuk kesan menarik. Busana kain sifon bercetak ini didatangkan dalam warna peach, membuatkan si pemakai tampak manis.
Kelebihan:
- Rekaan baju yang tidak simetri
- Kain sifon
- Garis leher cowl
Harga: RM500.00
Terdapat di: Laman website Alia B
2. Jovian Heritage Qaseh In Beige Cream
Jovian Qaseh In Beige Cream merupakan busana khas untuk koleksi Heritage yang diinspirasikan dengan elemen tradisional. Motif bunga yang klasik menghiasi pada bahagian hadapan dan belakang baju termasuk lengan. Garis leher berbentuk V pada baju dilengkapi dengan butang untuk kemasan. Walaupun kain baju kurung moden ini tampak cukup ringkas tanpa sebarang butiran, ianya mengimbangi rekaan bajunya.
Kelebihan:
- Motif bunga klasik pada baju
- Rekaan yang ringkas dan elegan
- Kain yang selesa
Harga: RM299.00
Terdapat di: Laman website Jovian
3. NH by Nurita Harith Tasneem Kurung
NH by Nurita Harith Tasneem Kurung menggunakan kain chiffon dan satin yang dicetak dengan motif bunga. Rekaan bajunya moden dengan garis leher berbentuk persegi dan lengan panjang yang dihiasi dengan corak flora. Baju kurung ini menawarkan skirt maxi dengan cetakan bunga yang beralun untuk memberikan kontra yang sempura dengan bajunya yang mengikut bentuk badan.
Kelebihan:
- Motif bunga yang menghiasi baju dan skirt
- Direka dengan skirt maxi yang beralun
- Warna dan rekaan yang sesuai untuk semua jenis majlis
Harga: RM780.00
Terdapat di: Laman website NH by Nurita Harith
4. Mimpikita Karina Lilac Pleated Kurung
Jika anda menyukai rekaan baju kurung yang tampak moden dan elegan, Mimpikita Karina Lilac Pleated Kurung amat sesuai untuk anda. Lipatan di bahagian hadapan baju dan tali pinggang memberikan sentuhan feminin serta memberikan kesan ilusi langsing. Selain itu, cetakan pada baju kurung satin ini juga diinspirasi daripada budaya tradisional masyarakat Melayu.
Kelebihan:
- Direka dengan tali pinggang untuk sentuhan moden
- Cetakan tradisional
- Kain satin yang lembut dan selesa
Harga: RM550.00
Terdapat di: Laman website Mimpikita
5. Poplook Linen Widuri Blouse And Skirt Mustard
Poplook Linen Widuri Blouse And Skirt Mustard merupakan baju kurung dari koleksi Gemalai. Busana ini menampilkan rekaan renda dan sulaman pada bahagian bajunya. Manakala, lengannya pula direka dengan kemasan smock untuk memberikan kesan puffy yang menarik. Untuk baju dan kainnya pula terdapat zip yang tersembunyi rapi. Direka dengan campuran kain kapas, rayon dan linen, baju kurung moden ini amat selesa dipakai sepanjang hari.
Kelebihan:
- Lengan dengan kemasan smock
- Rekaan renda dan sulaman pada baju
- Warna mustard yang menarik
Harga: RM329.00
Terdapat di: Laman website Poplook
6. Bella Ammara Kurung Printed Naira White
Bella Ammara Kurung Printed Naira White merupakan salah satu rekaan dari koleksi Kurung Printed Naira. Rekaan baju kurung moden ini ditawarkan dalam warna putih dengan corak cetakan yang tampak elegan. Ianya juga direka dengan ciri-ciri yang unik seperti memudahkan pemakai mengambil wudu dan juga sesuai untuk ibu yang menyusu. Fabrik chiffon crepe ini amat selesa dan sesuai untuk cuaca di Malaysia. Corak dan rekaannya cukup ringkas tetapi menarik untuk semua jenis majlis.
Kelebihan:
- Wuduk friendly
- Sesuai untuk ibu yang sedang menyusu badan
- Ringkas dan elegan
Harga: RM179.00
Terdapat di: Laman website Bella Ammara
7. Ariani Claudia In Pink
Untuk mereka yang inginkan kelainan, Claudia In Pink oleh Ariani pasti sesuai untuk anda. Baju kurung yang diperbuat dari kain jenis polyblend twill ini menampilkan rekaan menarik dengan garis bentuk A yang labuh sehingga ke betis. Kainnya pula berbentuk pensel dengan lipatan pada bahagian belakang. Dengan corak putih bunga yang ringkas dan warna merah jambu, rekaannya amat kontemporari tanpa nampak keterlaluan.
Kelebihan:
- Rekaan baju dengan garis bentuk A
- Corak flora abstrak
- Lipatan pada bahagian belakang kain untuk keselesaan
Harga: RM259.00
Terdapat di: Laman website Ariani
8. Cala Qisya Taraa In Blueprint
Cala Qisya Taraa In Blueprint direka dengan ciri-ciri kontemporari namun masih mengekalkan bentuk tradisional baju kurung. Bajunya menampilkan garis bentuk V dengan butang untuk memudahkan pemakai menyusu badan. Selain itu, lengannya juga direka dengan kemasan ruffle untuk keselesaan. Untuk kain baju kurung Taraa In Blueprint, terdapat lipatan pada bahagian depan sisinya dan ianya juga dilengkapi dengan poket. Dengan rekaan yang moden, baju kurung ini sesuai dipakai untuk majlis keraian dan juga sebagai pakaian kasual.
Kelebihan:
- Baju yang direka dengan ciri-ciri moden
- Sesuai untuk ibu yang sedang menyusu
- Kain yang dilengkapi dengan poket
Harga: RM259.00
Terdapat di: Laman website Cala Qisya
9. Kamdar Zayana Kebaya Songket
Zayana Kebaya Songket oleh Kamdar direka dengan kain tenunan songket berwarna merah. Di bahagian hadapan kainnya, terdapat lipatan di sisi, manakala, bajunya pula ialah kebaya merah dengan zip di bahagian hadapan. Baju kurung ini sesuai jika anda menyukai rekaan yang menawarkan gaya yang klasik namun masih tampak terkini.
Kelebihan:
- Kebaya yang direka dengan zip di bahagian hadapan
- Gaya klasik
- Warna kebaya yang padan dengan kain songket
Harga: RM139.90
Terdapat di: Laman website Kamdar
10. IMAAN Boutique Kurung Moden Anggun Burnt Orange
Kurung Moden Anggun Burnt Orange merupakan antara rangkaian koleksi keluaran IMAAN Boutique. Baju kurung moden ini direka dengan kemasan getah pada bahagian pinggang, lengan dan bahu. Dengan rekaan kain yang berbentuk mermaid, ianya membuatkan pemakai tampak menarik. Kain baju kurung ini pula diperbuat daripada Jacquard Satin Silk untuk memastikan keselesaan.
Kelebihan:
- Warna oren yang menarik
- Kemasan getah pada bahagian baju
- Kain berbentuk mermaid
Harga: RM209.00
Terdapat di: Laman website IMAAN Boutique
Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.