15 Tempat Menarik Untuk Aktiviti Percutian Di Langkawi

Anda wajib lawati!
By: Balqis Ariffin
September 6, 2023

Dengan pantai yang indah nian serta hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa, Langkawi dikenali sebagai syurga tropika buat pengunjung. Destinasi percutian utama pilihan orang ramai ini menjanjikan pelbagai pengalaman yang menakjubkan dengan lautan biru yang jernih dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga. Pulau Langkawi bukan sahaja diketahui seantero dunia dengan keindahan alam semula jadinya, malahan ianya cukup sinonim dengan cerita-cerita legenda tempatan. Bagi anda yang sedang merancang percutian, pastikan anda melawat tempat-tempat ini untuk mengisi masa anda dengan aktiviti menarik di Pulau Langkawi.

Senarai Tempat-Tempat Menarik Untuk Aktiviti Percutian Bersama Keluarga Di Langkawi 

1. Langkawi SkyCab

Langkawi SkyCab merupakan tempat yang wajib anda kunjungi apabila bercuti di Langkawi. Disenaraikan sebagai kabel mono terpanjang di dunia oleh Malaysia Book of Records, kereta kabel ini membawa pengunjung ke Gunung Machincang dalam 15 minit perjalanan. Di puncaknya terdapat platform yang membolehkan pengunjung melihat panorama 360 darjah. Pendek kata, jika anda ingin isikan masa lapang anda bersama keluarga atau rakan dengan aktiviti yang menarik di Langkawi, tempat ini wajib dilawati. Terdapat pelbagai jenis gondola yang ditawarkan dan harga tiket bermula dari RM33. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatPanorama Langkawi Sdn Bhd Cable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah
Nombor Telefon+604 959 4225
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 9.30 pagi – 6 petang

2. Langkawi SkyBridge 

Sumber: Panorama Langkawi

Alang-alang anda sudah menaiki Langkawi SkyCab, kami cadangkan agar anda melawat Langkawi SkyBridge iaitu jambatan gantung lengkung yang terpanjang di dunia. Terletak 2,300 kaki dari paras laut, jambatan ini menjanjikan pemandangan yang indah, terutamanya panorama Kepulauan Langkawi. Untuk mereka yang sedang bercuti dengan bajet, anda boleh memilih pakej yang menawarkan pelbagai lawatan ke tempat menarik di Langkawi dengan harga yang murah. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatPanorama Langkawi Sdn Bhd Cable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah
Nombor Telefon+604 959 4225
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 9.30 pagi – 6 petang

3. Dataran Lang

Sumber: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Monumen burung helang yang tersergam indah di Dataran Lang merupakan ikon Pulau Langkawi. Ukiran arca setinggi 12 meter ini menggambarkan burung helang dengan sayapnya lebar seakan-akan ingin terbang ke langit. Untuk anda yang tidak mengetahuinya, menurut kepercayaan tempatan, Langkawi mendapat namanya dari “helang” dan juga “kawi” yang bermaksud warna coklat kemerahan. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk bergambar di mercu ikonik ini untuk kenangan. Antara waktu yang sesuai melawat ialah apabila matahari terbit dan juga terbenam. Yang paling best, tempat menarik di Langkawi ini juga tidak memerlukan bayaran.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatPersiaran Putera Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Nombor Telefon+604 960 0600
Waktu OperasiDibuka setiap masa

4. Langkawi Underwater World

Bagi ibu bapa yang sedang mencari  tempat menarik di langkawi untuk kanak-kanak, Langkawi Underwater World seharusnya menjadi pilihan utama anda. Akuarium ini menempatkan pelbagai jenis spesies hidupan laut yang telah dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti hutan hujan tropika, antartika, ekosistem sungai, terumbu karang dan terumbu karang. Antara hidupan laut yang anda boleh lihat dengan dekat ialah ikan jerung, koi, kerapu, penyu, penguin dan juga pari gergasi. Harga tiket kemasukan ialah RM30 untuk kanak-kanak dan RM40 untuk orang dewasa.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatPantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Nombor Telefon+604 955 6100
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 10 pagi – 6 petang 

5. Pantai Cenang

Gambar oleh Stacey Gabrielle Koenitz Rozells di Pexels

Dengan pantai pasir putih yang berlatar belakangkan awan biru, Pantai Cenang amat sesuai bagi mereka yang ingin berehat. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti-aktiviti air yang anda boleh lakukan seperti mandi-manda, jet ski, parasailing dan banyak lagi. Pantai ini juga terletak berdekatan dengan tempat-tempat menarik seperti tempat makan, pusat beli belah dan juga Langkawi Underwater World.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatPantai Cenang, 07000, Kedah
Nombor TelefonTiada
Waktu OperasiTiada

6. Skytrex Adventure

Jika anda peminat sukan ekstrem, Skytrex Adventure semestinya membuatkan percutian anda lebih menarik. Tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti lasak umpama “sky trekking” yang memerlukan pengunjung merintasi halangan yang agak mencabar. Terdapat tiga jenis pakej yang dikategorikan mengikut tahap, oleh itu ianya sesuai dengan usia dan juga stamina. Harga kemasukan ialah antara RM60 sehingga RM99.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatJalan Teluk Yu, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah
Nombor Telefon+6018 909 5679 (Tiada WhatsApp)
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 9 am – 5 pm

7. Makam Mahsuri

Apabila sebut sahaja, aktiviti percutian yang menarik di Langkawi, ianya pasti tidak lengkap tanpa lawatan ke Makam Mahsuri. Kisahnya cukup dikenali sebagai lagenda tempatan yang sinonim dengan Langkawi. Makam ini cukup luas bagaikan sebuah kompleks lengkap dengan panggung wayang, ruang pameran dan muzium. Pengunjung juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut kisah asal usul Mahsuri serta keturunannya. Anggaran harga tiket ialah RM6 untuk kanak-kanak dan RM12 untuk dewasa. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatJalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Nombor Telefon+604 955 3515
Waktu OperasiIsnin hingga Jumaat: 8 am – 6 pm. Sabtu dan Ahad: 8 am – 6.30 pm

8. Taman Kehidupan Liar Langkawi

Sumber: Taman Kehidupan Liar Langkawi

Taman Kehidupan Liar Langkawi atau dikenali juga sebagai Langkawi Wildlife Park merupakan taman seluas 5.5 ekar. Taman ini direka dengan inspirasi daripada hutan hujan tropika dan dihuni lebih daripada 150 spesies hidupan liar. Yang paling best, pelawat juga dapat melihat haiwan-haiwan seperti burung, ular, rakun, tikus belanda dan juga memerang dengan lebih dekat. Ianya juga dilengkapi dengan laluan pejalan kaki yang tertutup membolehkan pengunjung untuk melawatnya dengan selesa. Harga kemasukan bermula daripada RM16.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatLot 1485, Kampung Belanga Pecah,, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pechah, 07000 Langkawi, Kedah
Nombor Telefon+609 665 855
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 8.30 pagi – 5.30 petang

9. Kilim Geoforest Park

Sumber: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Diiktiraf sebagai geopark pertama di Asia Tenggara, Kilim Geoforest Park menawarkan pemandangan hutan paya bakau dan juga batu kapur yang terbentuk dalam 500 juta tahun lalu. Pelawat dapat menaiki bot mengelilingi taman ini sambil menikmati pemandangan semula jadi dan juga haiwan liar seperti burung helang. Terdapat tiga pakej yang menawarkan lawatan ke beberapa tempat menarik sekitar Kilim Geoforest Park seperti melawat gua kelawar, ladang ikan terapung dan juga berlayar melalui sungai. Harga pakej ini adalah antara RM350 hingga RM500.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatSungai Kilim Tourist JettyKampung Kilim, Mukim Ayer Hangat 07000 Kilim, Langkawi Kedah, Malaysia
Nombor Telefon+6011 6545 2323
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 9 pagi – 5 petang

10. Paradise 101

Senarai tempat menarik untuk aktiviti percutian di Langkawi ini pasti tidak lengkap jika anda tidak melawat Paradise 101. Pulau persendirian ini menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti berkayak, jet ski dan zip line yang sesuai untuk semua lapisan umur. Malahan, ianya juga dilengkapi dengan restoran yang sedap, sesuai untuk mereka yang mencari tempat makan yang best.  Pastikan anda mengalas perut anda di OMG Restaurant yang menyajikan aneka juadah seperti makanan barat dan juga tempatan.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatParadise 101 Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah
Nombor Telefon+60124732901
Waktu OperasiIsnin hingga Khamis: 10 pagi– 6 petang. Jumaat hingga Ahad: 10 pagi – 8 malam

11. Splash Out Langkawi

Sumber: Splash Out Langkawi

Splash Out Langkawi merupakan tempat menarik di Langkawi yang sesuai untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak. Dengan 12 tarikan berbeza, pengunjung boleh alami keseronokan yang menjanjikan pengalaman menakjubkan untuk semua peringkat umur. Antara tarikan yang ditawarkan adalah Wild Water, Sprinkle Island, River of Life, Ragin’ Racers, Poseidon’s Revenge, Perfect Storm dan Shipwreck Falls. Taman tema air ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, kedai, surau dan gazebo. Harga kemasukan tiket bermula dari RM25.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

Alamat79, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi, Kedah
Nombor Telefon+604 9611 520
Waktu OperasiWednesday to Sunday: 11 am – 7 pm

12. Sunset Cruise oleh Royal Langkawi Yacht Club

Sumber: Royal Langkawi Yacht Club

Untuk mereka yang inginkan kelainan atau percutian romantik untuk honeymoon, pastikan anda menghabiskan masa di Sunset Cruise oleh Royal Langkawi Yacht Club yang menjanjikan aktiviti menarik di Langkawi. Terdapat tiga pakej yang ditawarkan iaitu basic sunset cruise, sunset dinner cruise dan non-alcoholic sunset dinner cruise. Selain pemandangan laut yang indah nian, anda juga dapat menikmati aktiviti-aktiviti lain seperti berkayak, karaoke dan juga jakuzi. Harganya bermula dari RM115.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatGround Floor, Royal Langkawi Yacht Club, Jalan Dato Syed Omar, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah (tempat berlepas)
Nombor Telefon+604 966 4078
Waktu Operasi

13. Tasik Dayang Bunting

Sumber: Lembaga Pembangunan Langkawi

Tasik Dayang Bunting merupakan antara tempat menarik di Langkawi yang wajib dilawati apabila anda bercuti di Pulau Lagenda ini. Berdasarkan lagenda, tasik tersebut merupakan kolam mandi kegemaran Mambang Sari yang telah berkahwin dengan seorang putera raja, Mat Teja. Malangnya, anak mereka telah meninggal dunia pada usia tujuh hari. Mambang Sari yang berasa sedih telah meninggalkan jenazah anaknya di tasik dan pulang ke syurga. Terdapat juga kepercayaan bahawa wanita yang mandul akan dikurniakan anak apabila ke tasik ini.Tasik ini juga dilengkapi dengan platform terapung untuk anda yang ingin beristirahat sambil merendamkan kaki. Harga tiket untuk dewasa adalah RM3 manakala, kanak-kanak pula RM1. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatTasik Dayang Bunting07100 Langkawi, Kedah
Nombor Telefon+604 966 7789
Waktu Operasi

14. Air Terjun Telaga Tujuh

Sumber: Lembaga Pembangunan Langkawi

Air Terjun Telaga Tujuh amat sesuai jika anda ingin dikelilingi dengan alam semulajadi. Namanya diinspirasikan daripada tujuh mata air yang membentuk air terjun tersebut. Di kawasan sekitarnya turut kaya dengan flora dan fauna yang indah. Pastikan anda berpakaian sesuai kerana anda perlu mendaki serta melalui anak tangga yang curam. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatGunung Mat Chincang, Langkawi, Malaysia
Nombor Telefon
Waktu Operasi

15. Nasi Dagang Pak Malau

Sumber: Nasi Dagang Pak Malau

Nasi Dagang Pak Malau merupakan antara tempat makan best di Langkawi. Restoran ini menjanjikan pemandangan yang cukup indah dengan sawah serta gunung-ganang. Malahan nasi dagangnya juga sedap dengan harga yang murah. Tambahan lagi, pengunjung juga boleh memilih lauk pauk tambahan seperti ayam gulai, daging kerutup dan kambing kurma. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini. 

AlamatNo. 186, Jalan Makam Mahsuri, Mukim Ulu Melaka, Langkawi, Kedah, Langkawi, Malaysia
Nombor Telefon+6012 271 1977
Waktu OperasiDibuka setiap hari: 8 pagi – 2 petang

Pastikan anda ikuti Glitz di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.